Friday, December 20, 2019

KL Summit dan 2 Wajah Pak Mufti bersongkok Melayu

Sebaik sahaja Mahathir umum Iran dipanggil untuk sertai KL Summit menghimpunkan negara-negara Islam anti Barat, kanak-kanak riang di Institut Al-Qayyim menjerit-jerit sorakan anti Iran dan Syiah. 

Dalam pengajian, group whatsapp mahupun didalam tandas markaz, mereka menghamburkan harapan bahawa Iran tidak akan sertai kerana para tok guru mereka memomokkan bahawa Iran dan Syiah adalah ciptaan Barat untuk memperdayakan Umat Islam bermazhab Sunni yang dikatakan sebagai mazhab yang paling benar dan tepat kerana tok guru mereka mungkin mempunyai talian terus kepada Tuhan. Jika habib-habib dikatakan mendapat pesanan daripada nabi mealui mimpi, tok guru wahabi barangkali mendapat mimpi secara terus daripada Ilahi.

Bertahun-tahun memaki, mengganas, menabur dan menjaja fitnah terhadap Iran dan Syiah, tiba-tiba salah seorang tok gurunya tampil dalam sidang media memuji Iran dan menyebut Iran sebagai negara Islam, walhal dahulunya Iran digelarnya negara Kafir, pembunuh umat Islam, ajaran Yahudi dan ciptaan Yahudi. Apa lagi tuduhan yang tidak pernah kita dengar? Hinggakan ada tok gurunya yang berkata bahawa Ultraman dan Ejen Ali watak kartun animasi pun dicopnya sebagai propaganda Syiah. 

Ultraman kerana 12 ketua, manakala Ejen Ali kerana namanya Ali sebagai hero, manakala Abu, Omar dan Osman sebagai watak jahat. Mungkin benar, ada kaitannya dengan Syiah? terpulanglah kepada pemilik filem dan penerbitan tersebut. Itu karyanya. Kita menyokong kreativiti dan percaya kepada kebebasan berkarya. 

Rakan wartawan saya yang duduk didalam sidang itu, senyum terkumpul sahaja menahan ketawa melihat Asri memuji-muji Iran. Orang-orang Iran pula, melihat Asri dengan senyuman sinis. Seorang pemuda Melayu bermazhab Syiah yang menterjemah pula menceritakan kepada orang-orang Iran betapa jahatnya perilaku Asri ke atas orang-orang Syiah sebelum itu. 

Disoal wartawan mengenai Iran dan Syiah, Asri segera mencari jalan untuk tidak menjawab dan cuba tukar tajuk. berkali-kali wartawan cuba bertanya, agar jelas pendiriannya terhadap Syiah. Namun, dia lari dan lari lagi. 

Saya ingatkan dia berani untuk menyatakan "kebenaran" edisi tengkoloknya yang sebelum ini dijaja ibarat pisang goreng panas. Bahawasanya, sebelum ini dia pernah berkata, orang Syiah ini tidak berani bersemuka berhujjah dan dia sentiasa menanti peluangnya. Kini, peluang itu telah pun sampai. Bapak segala bapak Syiah berkumpul di KL Summit dengan serban besar dan "batu" karbala, namun Asri tidak berani komen mengenai Syiah apabila ditanya wartawan. 

Inilah yang sasterawan negara kita panggil, "ular dalam semak", bukannya ulamak. 

gambar pemuda sekadar hiasan. 

Sunday, December 8, 2019

5 Pengorbanan Utama Azmin Ali untuk PKR.

Saya mengikuti ucapan Tian Chua yang memuji Azmin Ali sebagai individu yang banyak berkorban untuk Parti Keadilan didalam Kongres Keadilan di Melaka tadi.

Ramai orang boo apabila Tian Chua mengatakan bahawa Azmin banyak berkorban untuk parti.

Marilah sama-sama kita perincikan apa yang Azmin Ali korbankan untuk parti kesayangannya itu.

1) Azmin menolak daripada menjadi jawatankuasa ketika PKN mula-mula ditubuhkan kerana takut ditahan polis.

2) Azmin tidak pernah ditahan dibawah ISA atau apa-apa akta ketika ramai pemimpin ketika itu ditahan dalam tempoh yang agak lama.

3) Azmin melantik dirinya sendiri sebagai MB apabila PKR berjaya menguasai Selangor dengan masuk melalui pintu belakang. Pengorbanannya ialah merampas elaun dan gaji sebagai MB dan puluhan GLC dengan pendapatan lebih RM 100,000 sebulan.

4) Azmin meminta namanya dipilih menjadi menteri walaupun portfolio menteri sudah penuh ketika itu sehinggakan kerajaan terpaksa menubuhkan kementerian baru iaitu kementerian ekonomi hanya untuk menjaga hati Azmin.

5) Azmin meliwat aktivis2 mahasiswa Keadilan yang dibawa masuk untuk "berkorban" untuk parti.

Inilah antara 5 pengorbanan Azmin yang sangat dibanggakan Tian Chua.


Persoalannya adakah Azmin Ali berkorban untuk parti atau parti yang berkorban untuknya? 

Thursday, December 5, 2019

Pemuda PAN pilih Samseng Kampung Sebagai Ketua.

Pemuda AMANAH memilih ketuanya hari ini. Pelbagai blok diketengahkan namun yang menang adalah tetap yang tidak berwawasan.

Begitulah jika kita membiarkan sistem demokrasi memilih tanpa berbekalkan akal fikiran.

Mereka tidak menilai individu berdasarkan keupayaan dan kebolehan. Mereka menilai jawatan terkini individu itu didalam kerajaan.

Akibatnya, lahirlah pemimpin yang jengkel seperti YB Tajudin Abdul Rahman yang merupakan samseng taik kucing di Perak, manakala dalam blok Pakatan pula, mereka ada Hasnul Zulkarnain sebagai Tajudin junior.

Persamaannya adalah kedua-duanya berlagak samseng.

Saya masih ingat, satu ketika dahulu, Hasnul ini pernah datang ke program diskusi ilmu dengan Benz Ali. Benz Ali seorang penulis muda yang progresif sedang menyampaikan syarahannya di sebuah tempat di UPSI. Tiba-tiba ada seorang pemuda datang dan terus menengking Benz Ali. Mereka berhujjah namun Benz Ali tenang sahaja, tetapi Hasnul ini sangat garang dan gersang. Maka, selepas tidak mampu dijawab lagi hujjah daripada Benz Ali, hasnul mengambil secawan air dan menyimbah muka Benz Ali.

Itu satu.

Peristiwa kedua, pada ketika satu sidang media oleh Rafizi di Perak, hasnul ini tiba-tiba jadi emosional dengan orang awam. Wartawan yang memperkenalkan dirinya sebagai wartawan cuba masuk ke dalam sidang media yang menjemput para wartawan tadi pun tidak dibenarkannya masuk. Lebih memalukan, wartawan ini perempuan yang kecil sahaja badannya. Entah apa yang boleh dibuat olehnya kepada Rafizi pun. Hasnul mengherdik dengan kata-kata kasar dan biadap kepada wartawan wanita tersebut.

Sebaik Rafizi ke rostrum, Rafizi meminta maaf dan meminta supaya wartawan itu dapat naik dan bersama dalam sidang media yang dibuat oleh Rafizi itu.

Ketiga,

ingat lagi isu piala celah kangkang. Jika tidak bodoh dan poyo, bukanlah Hasnul namanya.

Saya merasakan, Tajudin Abdul Rahman ini bakal ada penggantinya. Siapa? Hasnul Zulkarnain.

Sunday, December 1, 2019

Para Bekas Pejuang PKM Berkumpul Memperingati Perjanjian Damai

Bertumpahan darah mempertahan tanah air daripada penjajahan Jepun dan British, jasa para bekas anggota Parti Komunis Malaya tidak dapat dinafikan. 

Ramai antara mereka yang terkorban menjadi mangsa kepada Jepun dan British. Selepas merdeka, mereka dijadikan pula kambing hitam oleh British supaya orang ramai di Tanah Melayu membenci komunis. 

Zaman itu tiada internet dan hanya bergantung pada satu sumber berita. Sumber itu adalah British. British menguasai negara. Surat Khabar juga tidak bebas. Menulis melawan British boleh dikenakan ISA. ISA adalah undang-undang yang diperkenalkan penjajah. Diteruskan oleh Tunku untuk  mengekalkan kuasa. 

Sesiapa sahaja yang membunuh orang awam, terus dicop komunis. Asal Cina sahaja, mereka adalah komunis. Bercakap melawan British sahaja, terus dianggap geng komunis. Begitulah orang-orang tua kita diperdaya dan dimomokkan. 

Melayu-melayu yang belajar sejarah dan berpendidikan tinggi biasanya faham mengenai perjuangan komunis ini. 

Baru-baru ini saya bertemu dengan beberapa orang Profesor dari universiti awam di sebuah program mengenai "Melayu" di pejabat NSI, mereka jelas mengenai sejarah. Mereka bercakap juga mengenai isu ini dan mereka juga mengakui bahawa Komunis ada peranannya dalam memerdekakan negara. Parti Komunis yang telah berulang kali meminta supaya kerajaan membenarkan mereka bergerak secara demokrasi pilihanraya bukanlah kumpulan teroris. 

Jika teroris, mereka tidak meminta untuk mendaftar sebagai parti politik atau pertubuhan berdaftar. Mereka setuju meletakkan senjata dengan syarat British keluar dari Malaya. Adakah permintaan ini salah? 

Banyak juga dakwaan dan tuduhan palsu dibuat ke atas ahli-ahli komunis. Sebagai contoh, Komunis menolak Tuhan. Komunis merogol wanita Melayu. Komunis membunuh orang Melayu. Semua ini kita dapati daripada sejarah acuan penjajah British. Jika kita mengenali anggota-anggota komunis, mereka terdiri daripada orang agama, pemimpin-pemimpin pekerja, dan bukanlah seperti apa yang dimomokkan oleh British dan menjadi ikutan kerajaan Malaya. 



Perhimpunan yang berlangsung di Kajang, Selangor siang tadi menampilkan ratusan bekas pejuang PKM terdiri daripada pelbagai kaum. 

turut hadir ialah wakil PSM, PRM, PKR dan DAP. 



Memahami Perjanjian Dengan Parti Komunis Malaya- Al Fadhil Ustaz Nurhadi Muhamad

MEMAHAMI SEJARAH DAN ISI PERJANJIAN DAMAI HAT YAI 1989: WAJARKAH ABU CHIN PENG DIBAWA PULANG KE MALAYSIA?

(Chin Peng)

Esok tarikh 2 Disember 2019 merupakan hari ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang telah dimeterai pada tahun 1989 di antara Parti Komunis Malaysa (PKM), Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand di Hotel Lee Garden, Hat Yai.
Melihat kepada polemik yang timbul berikutan tindakan sekumpulan individu membawa pulang abu mayat mendiang Setiausaha Agung PKM, Ong Boon Hua @ Chin Peng, penulis mengambil keputusan untuk menulis panjang apakah sebenarnya isi perjanjian damai yang telah dicapai.
Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang dilontarkan. Ada yang menentang tindakan itu dengan mengatakan ianya tidak menghormati perasaan anggota dan kelurga pasukan keselamatan yang terkorban dan cedera sewaktu tempoh darurat satu masa dahulu.
Namun demikian, seorang tokoh wartawan veteren, Datuk A Kadir Jasin dalam tulisannya yang disiarkan oleh MalaysiaKini mengatakan, jika orang Melayu membaca dan memahami isi Perjanjian Damai yang telah dimeterai itu, mereka tidak akan bertegang leher berbahas secara tidak rasional mengenai debu mayat Chin Peng yang dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan.
“Malangnya orang Malaysia - khususnya orang Melayu - bukanlah manusia yang gemar membaca, mengutamakan sejarah dan berbahas secara rasional. Maaf cakaplah kalau saya katakan, majoriti orang Malaysia adalah manusia yang malas membaca, malas berfikir, tidak gemarkan sejarah dan sangat mudah lupa.
“Sebab itulah saya berulang kali berkata, Malaysia tidak akan menjadi negara maju, atau amat sukar menjadi negara maju, dalam pengertian sebenar. Untuk menjadi negara maju, kita mestilah bertamadun. Untuk menjadi negara bertamadun, kita mestilah banyak membaca, kita mesti berilmu dan kita mesti berbudi pekerti tinggi,” ujar beliau yang kini bertugas sebagai penasihat media Perdana Menteri.
Kadir turut merujuk kepada kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor yang terlibat secara langsung dengan proses rundingan bagi memastikan perjanjian damai tersebut dapat dicapai.
Abdul Rahim ketika ditemubual Malaysiakini baru-baru ini mengatakan, tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng bukanlah satu kesalahan dengan mengatakan pemimpin komunis itu bukan lagi menjadi suatu ancaman.
“Perjanjian tu jelas tunjukkan yang sudah tu sudahlah. Negara kita menghadapi masa depan berdamai. Dan memang sejak benda itu ditandatangani, tidak ada langsung (ancaman komunis), kecuali you boleh semak dengan SB (cawangan khas), tunjukkan orang komunis nak tubuh parti komunis baru.”
Jelas Rahim, syarat-syarat perjanjian itu membolehkan semua pemimpin PKM untuk kembali ke tanah air, termasuk Chin Peng. Bagaimanapun, menurut beliau, Chin Peng dan beberapa pemimpin kanan PKM pada masa itu membuat keputusan untuk tidak pulang.
“Menurut perjanjian ini, salah satu sebut mereka ni boleh balik, tapi janganlah ulang balik cerita lama, nak tubuh balik PKM. Jadi kalau Chin Peng boleh balik, takkanlah abu dia tak boleh balik, kenapa pula heboh-heboh ini kata tak boleh,” katanya lagi.
Oleh yang demikian, mari kita selusuri sejarah perjanjian damai yang telah dimeterai hampir 30 tahun dahulu ini dan apakah isi perjanjiannya.
Pengajaran Dari Kegagalan Rundingan Baling 1955
“Salah satu di antara kita mesti mengaku kalah, saya tidak akan mengaku kalah,” Tunku Abdul Rahman
“Kalau kami dipaksa menyerah diri, kami akan terus berperang hingga ke pejuang kami yang terakhir.” Chin Peng
Perundingan Baling yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 gagal menemui sebarang kata sepakat dan ia sewajarnya memberi pengajaran kepada semua pihak. Dalam rundingan tersebut, kerajaan Malaya telah diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Dato’ Sir Tan Cheng Lock (kini Tun) dan David Marshall, manakala pihak PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Chen Tian dan Rashid Maidin. Rundingan tersebut menemui jalan buntu berpunca dari kedegilan kedua-dua pihak yang masing-masing tidak bersetuju dengan usul atau tuntutan yang diberikan.
Pihak kerajaan Malaya berkeras meminta PKM menyerah kalah dan mahu menahan semua anggota PKM yang menyerah diri. Pihak PKM pula bersetuju untuk meletakkan senjata tetapi bertegas mahu pihak PKM dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah selain meminta anggotanya tidak ditahan dan sumbangan mereka dalam perjuangan mencapai kemerdekaan melalui perjuangan bersenjata diikitiraf.
Said Zahari dalam memoir politiknya, Meniti Lautan Gelora mendedahkan bagaimana Tunku Abdul Rahman sendiri memang tidak mahu perundingan itu berjaya (Rujuk Gambar).
Akibat gagal mencapai kata sepakat dalam menamatkan peperangan, ribuan nyawa telah terkorban sama ada dari pihak PKM mahupun pihak tentera Malaya (kemudiannya Malaysia) bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
Usaha Awal
Setelah melalui 40 tahun yang penuh konflik, air mata dan darah, usaha untuk mewujudkan kembali perundingan damai mula berputik kembali hasil usaha dan inisiatif beberapa individu
Antara yang terlibat secara langsung pada peringkat awal adalah (Allahyarham Datuk Haji) Mokhtar Mahmud Baginda yang merintis usaha perdamaian dengan menjadi penghubung antara pihak pasukan Rejimen ke-10 PKM dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, (Allahyarham Tun) Ghafar Baba.
Allahyarham Datuk Mokhtar Mahmud Baginda pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada dua orang Menteri Besar Pahang iaitu Datuk Abdul Rahim Abu Bakar dan Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak. Beliau dapat berhubung dengan pihak PKM kerana kakak kandung beliau, Siti Norkiah Mahmud Baginda adalah isteri kepada salah seorang pemimpin utama pasukan Rejimen ke-10 iaitu Abu Samah Mohd Kassim.
Mokhtar adalah adik kandung Norkiah tetapi berlainan ibu. Semasa Mokhtar baru dilahirkan, kakaknya itu sudah mendirikan rumah tangga namun tidak mempuyai anak. Norkiah sempat menjaganya semasa beliau masih kecil sehinggalah kakaknya itu masuk ke hutan untuk menyertai perjuangan bersenjata ketika Mokhtar baru berusia 10 tahun.
Norkiah semasa bersama perjuangan bersenjata di sempadan Malaysia-Thailand telah beberapa kali cuba untuk mencari adiknya, Mokhtar dengan mengutus surat melalui dua orang utusan iaitu Kamal dan Mahmud@Pak De. Beliau kemudian mendapat tahu Mokhtar telah menyertai pasukan askar di Singapura.
Pilihan Mokhtar untuk menyertai askar itu tidak mendapat persetujuan ayah mereka, Mahmud Baginda yang merupakan seorang pejuang anti-British. Mahmud Baginda adalah anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan turut aktif bersama sayap pemudanya Angkatan Pemuda Insaf (API). Sewaktu Darurat diisytiharkan, Mahmud Baginda antara mereka yang ditangkap oleh penjajah British dan dipenjarakan selama lima tahun.
Mahmud Baginda beranggapan apabila Mokhtar menyertai askar kerajaan, anaknya itu akan ditugaskan untuk memburu komunis dan jika ditugaskan untuk masuk ke hutan, sudah tentu Mokhtar akan bertempur dengan kakaknya sendiri yang sudah dianggap ‘pengganas komunis’ oleh pihak berkuasa.
Selepas mendapat perkhabaran Mokhtar telah pulang ke Malaysia pada tahun 1984 dan menetap di Kuantan, Norkiah akhirnya dapat berhubung kembali dengan adiknya itu dengan dibantu oleh Mahmud@Pak De yang menjadi perantara. Mokhtar pula setelah mendapat kepastian bahawa kakaknya masih hidup, bertekad untuk mencari kakaknya itu sekalipun terpaksa menempuh cabaran dan risiko yang tinggi.

Mokhtar selepas mendapatkan keizinan pihak polis telah mengikut perantara iaitu Mahmud@Pak De menuju ke selatan Thailand. Akhirnya pada tahun 1985, Mokhtar berjaya menemui Norkiah di sebuah rumah penduduk Kampung Sowo yang terletak di daerah Sukhirin. Setelah terpisah hampir 40 tahun, Norkiah pada awalnya tidak dapat mengecam Mokhtar dan sedikit ragu sama ada orang yang datang menemuinya itu benar-benar adiknya sehinggalah beliau melihat tanda yang ada pada badan adiknya itu.
“Siti Norkiah memegang tangan Mokhtar dan mengurut satu demi satu jarinya dan apabila tiba ke jari telunjuk sebelah kanan, dia bertanya tentang risa (ketumbuhan) di jari itu dan Mokhtar memberitahu bahawa ia telah ada sejak dia dilahirkan. Maka barulah Siti Norkiah memeluk adiknya dan menangis penjang kerana itulah tanda pengenalan yang dicarinya.”- Dipetik dari buku Hari Itu Sudah Berlalu tulisan Tan Sri Zainudin Maidin.
Mokhtar kemudian dijemput oleh suami Norkiah, Abu Samah dan Ketua Rejimen ke-10, Abdullah CD untuk menjejakkan kaki ke kem pasukan Rejimen ke-10 di dalam hutan di selatan Thailand dengan jarak perjalanan berjalan kaki selama dua hari.
Dalam beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan dan anggota PKM, Mokhtar yang pernah bertugas sebagai wartawan di syarikat Utusan Melayu dapat menyampaikan perkembangan semasa negara terutama dasar yang dibuat oleh beberapa orang Perdana Menteri. Contohnya dasar sosialisme yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak dengan memberi tanah kepada rakyat miskin setelah berkunjung ke China. Tun Dr. Mahathir pula mengamalkan dasar ‘Pandang ke Timur’ dan 'Beli Barangan British Terakhir’ yang menjadi kempen boikot yang telah menggugat penguasaan ekonomi syarikat-syarikat British di Malaysia.
Mokhtar juga menghadapi saat-saat genting apabila terpaksa berdebat dengan Rashid Maidin dan beberapa anggota PKM lain apabila mengatakan perjuangan PKM adalah ‘sia-sia’ dan tiada penghujung kerana musuh yang dihadapi oleh mereka ketika itu hanyalah bangsa sendiri. Lalu beliau mencadangkan agar PKM menamatkan peperangan yang telah berlanjutan sejak sekian lama melalui satu perundingan damai dengan kerajaan Malaysia. Tambahan pula ketika itu situasi politik dunia menyaksikan blok Komunis sudah semakin lemah.
Selepas berbincang, pimpinan pasukan Rejimen ke-10 telah bersetuju dengan idea perundingan dan mengusulkan laporan tersebut kepada pimpinan tertinggi PKM iaitu Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM) namun tidak mendapat respon yang positi dan terdapat perbezaan pendapat berkenaan usul yang diutarakan itu. Dengan erti kata lain, pimpinan tertinggi PKM tidak yakin idea tersebut akan berhasil.
Pada 25 Jun 1986, Markas Besar Rejimen ke-10 tetap meneruskan usaha berkenaan dengan mengutus surat atas nama Abdullah CD kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba (rujuk Gambar).
Di dalam surat tersebut, Abdullah CD kembali membangkitkan kenangan semasa mereka bersama-sama berjuang di dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum pertubuhan tersebut diharamkan oleh pihak penjajah British setelah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Selepas sabar menunggu dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih dari setahun, Mokhtar kembali semula ke markas Rejimen ke-10 dengan membawa surat balasan dari Ghafar Baba yang bertarikh 7 September 1987 (rujuk Gambar). Ghafar Baba dalam suratnya itu memberi persetujuan untuk menjayakan proses perundingan dimulai satu perjumpaan di antara pihak Rejimen ke-10 dengan wakil beliau di satu tempat dan masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Abdullah CD kemudian melaporkan hal itu kepada DCCUM dan mendapat maklum balas yang positif. Namun perundingan yang dijalankan tetap atas nama Abdullah CD dan bukan atas nama PKM. Terdapat maklumat yang mengatakan pada masa itu, Chin Peng masih tidak yakin perundingan yang dicadangkan itu boleh menamatkan peperangan.
Pihak Rejimen ke-10 kemudian menghantar Idris Yusof (Majid) untuk memaklumkan kepada pihak Operasi Ketumbukan ke-4 Tentera Diraja Thailand yang berpangkalan di selatan Thailand tentang perkembangan itu dan mereka ternyata amat berbesar hati dengan keputusan untuk memulakan perundingan damai tersebut.
Hal ini kerana Mejar Jeneral Kitti Rattanachaya sendiri pernah beberapa kali mengutus surat kepada Rashid Maidin dan pimpinan PKM yang lain untuk mengadakan perundingan damai. Mereka juga berjanji untuk memberikan sepenuh sokongan dengan sedia menyalurkan sebarang bantuan dan jaminan keselamatan serta berharap perudingan tersebut akan menamatkan peperangan yang telah berlanjutan sejak sekian lama.
Rundingan Peringkat Rendah
Rundingan peringkat rendah diadakan sebanyak tiga pusingan. Pusingan pertama diadakan di Hat Yai pada 23 dan 24 Mei 1988 bertempat di My House Hotel. Pihak Rejimen ke-10 diwakili oleh Idris Yusof (Majid) sebagai ketua rombongan, Md Ali Haji Said (Suti) sebagai anggota dan Drome Binza sebagai penterjemah bahasa Melayu-Thai. Abdullah CD tidak dapat turut serta atas beberapa faktor terutama keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan. Wakil pihak Ghafar Baba pula adalah Datuk Husin dan Haji Rahmat.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengajak pihak tentera Thailand menyertai perundingan tersebut sebagai menghormati kerajaan Thailand yang menyokong usaha perundingan ini. Pihak Tentera Diraja Thailand diwakili oleh Kolonel Wara, Leftenan Kolonel Akanit dan Sarjan Thong. Melalui rundingan pada hari kedua yang tidak dihadiri pihak kerajaan Thailand, wakil Rejimen ke-10 membawa beberapa usul atau cadangan untuk menamatkan perang diberikan keadilan dan hak-hak yang sewajarnya kepada pihak PKM.
Perundingan pusingan kedua pula diadakan pada 10 dan 11 Ogos 1988 betempat di Pulau Pinang. Lokasi itu dicadangkan oleh Ghafar Baba sendiri untuk memberi peluang kepada wakil Rejimen ke-10 melihat sendiri keadaan dan kemajuan Malaysia. Wakil pasukan Rejimen ke-10 masih deketuai oleh Idris Yusof (Majid) dengan disertai Siti Norkhiah Mahmud Baginda (Minah), Yaakub Salleh (Napi) dan Drome Binza (Deroman) selaku penterjemah.
Wakil pihak Ghafar Baba pula adalah Datuk Husin, Haji Rahmat, Nasir dan Hambali. Seorang anggota polis berpangkat Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernama (Datuk) Yau Kong Yew bertindak selaku penasihat. Yau dipilih sendiri oleh Pengarah Cawangan Khas PDRM iaitu Datuk Abdul Rahim Noor (kini Tan Sri) kerana Yau mempunyai banyak pengalaman kerana pernah menjadi pegawai soal siasat anggota PKM sejak zaman British. Wakil dari pihak Tentera Diraja Thailand pula adalah sama seperti pusingan pertama iaitu Kolonel Wara, Leftenan Kolonel Akanit dan Sarjan Thong.
Yaakub Salleh (Napi) ditugaskan untuk membacakan naskhah usul yang telah ditulis lebih awal oleh Abdullah CD. Dalam surat tersebut, Abdullah CD menyingkap kembali sejarah panjang perjuangan kaum patriot Melayu yang ditohmah dan difitnah sebagai penderhaka hanya kerana tidak mahu tunduk pada keangkuhan penjajah British. Ramai yang berjuang untuk menegakkan kemerdekaan telah dipenjarakan dan dibunuh dengan kejam.
Selepas darurat diisytiharkan pada 1948 kebanyakan anggota parti dan gerakan berhaluan kiri telah diburu, ditangkap dan dipenjarakan. Maka pergerakan anggota PKMM telah terbahagi kepada dua. Pertama, sebahagiannya memilih untuk terus bergerak secara sah dengan menyertai parti-parti politik seperti UMNO termasuklah Ghafar Baba sendiri. Kedua, sebahagian lain yang diburu telah melarikan diri ke Temerloh dan menyertai PKM lalu menubuhkan sebuah rejimen tentera Melayu yang dikenali sebagai pasukan Rejimen ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Kejadian itu merupakan faktor utama penyertaan orang Melayu beramai-ramai ke dalam PKM.
“Di sini kami ingin menyatakan bahawa setelah tamatnya perang, kami akan mematuhi Perlembagaan Negara dan kami mahu bergerak atas nama PKM. Kami menganggap Malaysia yang merdeka patut menerima PKM sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang. Ini akan memanfaatkan rakyat negara kita dalam memakmurkan ekonomi, memperbaiki kehidupan, mengembangkan demokrasi serta membela perdamaian dan ketenteraman negara. Tambahan pula lain-lain parti politik semuanya mempunyai kedudukan yang sah asal sahaja mereka mematuhi perlembagaan. Oleh itu kami merasa kami patut menikmati hak yang sama dengan mereka. Setelah PKM menikmati kedudukan yang sah lagi halal di sisi undang-undang juga setelah tamatnya perang dan sesuai dengan Perlembagaan Negara Malaysia, masalah tentera dan senjata kami baru boleh dirundingkan secara konkrit.”
Tulisan Abdullah CD ini membuktikan, tuntutan PKM sewaktu Perundingan Baling pada tahun 1955 tidak berubah iaitu mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti yang sah. Kemudian Abdullah CD mengemukakan beberapa tuntutan lain iaitu mereka bersetuju untuk menamatkan perjuangan bersenjata dengan syarat semua anggota mereka diberi jaminan keselamatan
Pada pusingan ini, perwakilan Ghafar Baba telah menyatakan keikhlasan mereka hendak mewujudkan perdamaian. Sungguhpun begitu, mereka tidak memberi apa-apa jawapan terhadap usul pihak Rejimen ke-10 supaya PKM dihalalkan pergerakannya sekiranya rundingan damai dapat dicapai. Dalam persidangan itu wakil Ghafar Baba hanya mendengar pernyataan dari wakil Rejimen ke-10 dengan hasrat perang dapat ditamatkan secepat mungkin.
Mengikut catatan Norkiah, untuk pusingan kedua itu, rombongan wakil Rejimen ke-10 dibawa dengan kereta melalui Golok dan Kota Bharu, kemudian melalui lebuh raya timur-barat yang menghubungkan Jeli-Grik hingga sampai ke Pulau Pinang. Manakala untuk perjalanan pulang pula, mereka dibawa dengan pesawat dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dan kemudian dengan kereta ke Sukhirin.
Pusingan ketiga diadakan sekali lagi di My House Hotel, Hat Yai pada 22 dan 23 Oktober 1988 dan merupakan siri terakhir rundingan tingkat rendah. Kali ini Pasukan Rejimen ke-10 diwakili oleh Aziz Said (Yaman), Siti Norkhiah Mahmud Baginda (Minah), Yaakub Salleh (Napi), Drome Binza dan Raha. Rombongan Ghafar Baba terdiri daripada Datuk Husin, Haji Rahmat dan Yau Kong Yew. Pihak Tentera Diraja Thailand pula masih mengekalkan wakil yang sama iaitu Kolonel Wara dan Leftenan Kolonel Akanit.
Memandangkan rundingan tiga pusingan ini adalah rundingan di peringkat rendah, pihak Rejimen ke-10 hanya dapat membentangkan beberapa usul terutama melibatkan hak-hak anggota PKM untuk hidup secara bebas dan tidak ditangkap serta dilakukan penyiasatan ke atas mereka setelah selesainya perjanjian damai di antara kedua-dua pihak.
Wakil pihak Ghafar Baba pula tidak dapat memberikan apa-apa jawapan terhadap usul yang dikemukan oleh wakil Rejimen ke-10. Pokok pangkalnya kedua-dua pihak bersetuju agar perundingan peringkat tinggi di antara Kerajaan Malaysia dan Jawatankuasa Pusat PKM dapat dilaksana secepat mungkin bagi memuktamadkan perjanjian damai.
Selepas itu Rejimen ke-10 kemudian menghantar laporan mengenai hasil rundingan peringkat rendah itu kepada DCCUM dan mula mendapat respon yang positif.
Di pihak kerajaan Malaysia, rundingan damai harus disegerakan kerana negara telah pun membelanjakan wang yang amat tinggi untuk memerangi PKM. Menurut Rahim Noor, hasil perkiraan terperinci Polis Cawangan Khas, kos untuk menghapuskan seorang anggota komunis memerlukan tidak kurang dari RM1 juta yang meliputi perbelanjaan perisikan dan operasi pemburuan.
Rahim Noor dan Yau pula berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bagi mendapatkan keizinan untuk menghubungi Chin Peng yang ketika itu berada di China. Selepas mendapat ‘lampu hijau’, Yau dapat berhubung dengan orang kanan Chin Peng iaitu Chang Ling-Yun hasil maklumat dari perisik Thailand.
Dengan bantuan Ketua Polis Negara ketika itu, (Tun) Hanif Omar, Rahim dan Yau pergi menemui Robert Kuok, seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong. Kuok yang mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin besar di China diharapkan dalam menyampaikan hasrat Malaysia untuk memulakan perundingan dengan PKM.
Namun begitu, PKM tidak bersetuju perundingan damai yang dirancang itu melibatkan mana-mana pihak dari China kerana kebanyakan anggota PKM bertapak di selatan Thailand. Maka cukup sekadar melibatkan tiga pihak iaitu PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand.
Chin Peng pula bertindak menghantar wakilnya Zainun (Ah-Yen) pulang ke selatan Thailand untuk menbincangkan dengan pimpinan Jawatankuasa Pusat PKM lain mengenai rundingan peringkat tinggi yang akan diadakan.
Rundingan Peringkat Tinggi
Pada peringkat ini, perundingan dibuat bukan lagi atas nama peribadi tetapi melibatkan pimpinan tertinggi bagi ketiga-tiga pihak iaitu antara pimpinan tertinggi PKM, kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Thailand. Maka peranan Mokhtar Mahmud Baginda dan Ghafar Baba secara tidak langsung telah pun berakhir.
Sungguhpun tidak lagi terlibat untuk rundingan peringkat tinggi ini, jasa Mokhtar Mahmud Baginda dan Ghafar Baba dalam memainkan peranan untuk memulakan usaha perdamaian adalah amat penting.
Sifat rendah diri Ghafar Baba terbukti kerana sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, beliau enggan menerima sebarang anugerah atau pangkat dari mana-mana pihak istana dan yang dipertua negeri sekalipun menjawat beberapa jawatan penting seperti Ketua Menteri Melaka, Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 1995, beliau dianugerahkan gelaran Tun selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 Oktober 1993.
Pusingan pertama rundingan tingkat tertinggi diadakan di Pulau Phuket, Thailand pada 2 dan 3 Februari 1989.
Rombongan dari pihak PKM yang diwakili oleh Chang Ling-Yun (Ah Soo) sebagai ketua rombongan, Rashid Maidin, Zainun (Ah Yen), Indrajaya Abdullah (Anas) dan Huang Sheng telah diterbangkan dengan helikopter oleh pihak tentera Thailand dari kawasan kem markas mereka di Air Teka, Sukhirin. Wakil kerajaan Malaysia diketuai oleh Datuk Abdul Rahim Noor (kini Tan Sri) selaku Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia dan delegasi dari kerajaan Thailand pula diketuai oleh Mejar Jeneral Kitti Rattanachaya.
Rundingan dipengerusikan oleh pihak pemerhati iaitu wakil dari kerajaan Thailand. Suasana pada hari pertama persidangan menjadi hangat apabila pihak kerajaan Malaysia melalui wakilnya iaitu Datuk Abdul Rahim Noor telah bersikap dingin dan agak keras dalam menempelak pihak PKM dalam ucapannya.
Melihat keadaan tersebut, pihak PKM mengusulkan agar persidangan ditangguhkan untuk membuat persediaan rapi dan dibenarkan oleh pengerusi Mejar Jeneral Kitti Rattanachaya. Pada hari kedua, tiba giliran pihak PKM untuk menjawab segala tuduhan dan membentangkan segala bukti serta peristiwa yang lengkap dengan tarikh dan tempat segala penganiayaan terhadap PKM oleh pihak penjajah British dan diteruskan oleh kerajaan Malaysia selama 40 tahun.
(Rashid Maidin) 

Dalam persidangan ini juga pihak PKM membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia agar membenarkan mereka bergerak sebagai sebuah parti yang sah, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), membebaskan semua tahanan politik dan mengiktiraf peranan PKM dalam usaha ke arah kemerdekaan negara melalui perjuangan bersenjata.
Rahim Noor mengatakan mereka boleh mengakui peranan dan sumbangan PKM terhadap kemerdekaan tetapi tidak boleh mengiktirafnya secara rasmi dan terbuka. Kerajaan tidak akan menghalang ahli sejarah untuk membuat penilaian masing-masing akan sejauh mana sumbangan tersebut.
Sebelum persidangan berakhir, Mejar Jeneral Kitta Rattanachaya telah berpesan kepada kedua-dua pihak agar berhenti dari mengungkit kisah silam, tuduh-menuduh dan mencari salah antara satu sama lain kerana matlamat perundingan ini adalah untuk menghentikan peperangan yang sudah berpuluh tahun dan mencari jalan untuk berdamai.
Sebulan kemudian iaitu pada 15 hingga 17 Mac 1989 diadakan pula pusingan kedua di tempat yang sama dan semua pihak diwakili oleh individu yang sama. Namun pada pusingan ini kedua-dua pihak masih gagal untuk mencapai kata sepakat terutama melibatkan tuntutan pihak PKM yang tidak dapat diterima oleh pihak kerajaan Malaysia. Kedua-dua pihak hanya menyatakan harapan-harapan sahaja dan tiada sebarang keputusan dapat dicapai.
Pada pusingan ketiga yang diadakan pada 11 hingga 13 Mei 1989, pihak PKM terpaksa membuat perubahan perwakilan apabila Chang Li-Yun selaku ketua deligasi telah meninggal dunia akibat penyakit barah beberapa hari sebelum persidangan. PKM melalui ketua deligasi yang baru iaitu Wu Yi-Shek mula mengendurkan tuntutan mereka terutama dalam mengiktiraf kedudukan PKM sebagai sebuah parti yang sah dan berberapa tuntutan lain. Tetapi lain pula halnya dengan pihak kerajaan Malaysia apabila mereka pula bertegas mahu menahan semua anggota PKM di bawah ISA. Keadaan ini menyebabkan perundingan ini seakan-akan menemui jalan buntu dan bakal berakhir.
Setelah perundingan ini dilihat seakan-akan gagal dan bakal terkubur, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia telah menyerahkan satu surat yang bertarikh 21 Ogos 1989 kepada Rahim Noor yang baru dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau menyeru agar perundingan untuk mencapai perdamaian dapat diselesaikan dengan terus memberikan kerjasama kepada kerajaan Thailand melalui pegawainya iaitu Jeneral Chavalit Yongchaiyuth dan Mejar Jeneral Kitti Rattanachaya (rujuk Gambar).
Selepas 4 bulan tertangguh, rundingan peringkat tertinggi bersambung semula pada 2 dan 3 Oktober 1989 yang memasuki pusingan keempat. Kali ini pihak kerajaan Malaysia tidak lagi membangkitkan usul tentang menyerah diri dan penahanan dibawah ISA. Adat dalam berunding, perbincangan serius dan pertelagahan terus berlaku bagi memastikan kedua-dua pihak boleh mencapai keputusan menang-menang.
Sementara itu, perundingan di antara perwakilan PKM dengan pihak kerajaan Thailand berjalan lancar dan mencapai persetujuan bersama yang memuaskan. Pihak kerajaan Thailand memberi keizinan kepada anggota PKM untuk menjadi warga Thailand yang bebas dan memberi hadiah penamatan peperangan seperti rumah, tanah dan beberapa bantuan lain. Bermula 15 Oktober 1989, pihak kerajaan Thailand secara rasmi menghentikan sebarang tindakan ketenteraan terhadap pihak PKM.
Persetujuan Dicapai
Pada pusingan kelima iaitu rundingan pusingan terakhir yang berlangsung pada 2 hingga 4 November 1989, kedua-dua pihak mengakhiri perbincangan setelah mencapai persetujuan bersama dalam menamatkan segala persengketaan yang telah berlanjutan selama lebih 40 tahun. Pada pusingan ini Chin Peng sebagai Setiausaha Agung hadir sebagai ketua perwakilan bagi pihak PKM untuk memuktamadkan segala perjanjian.
Selesai segala perbincangan dan rungingan, terdapat 10 perkara utama yang menjadi persetujuan bersama.
Perkara 1: Penamatan Aktiviti-Aktiviti Bersenjata
Kerajaan Malaysia dan PKM akan menamatkan semua aktiiti bersenjata dan sebarang kenyataan akhbar haruslah dibuat dengan semangat persetujuan dan tidak menggunakan istilah ‘penyerahan diri’ dan ‘kapitulasi’ (pengkhianatan) kerana PKM bertegas Perjanjian Damai bukan bermaksud mereka di pihak yang kalah dan salah.
Perkara 2: Pembubaran Pasukan-Pasukan Bersenjata
PKM bersetuju membubarkan semua pasukan bersenjata khususnya Tentera Rakyat Malaya (TRM) dan akan menyerahkan senarai nama yang mengandungi butir-butir peribadi anggota pasukannya yang memilih untuk bermastautin (pulang) ke Malaysia kepada pihak berkuasa untuk tujuan pengesahan.
Selain itu, semua senjata api, amunisi dan bahan-bahan letupan akan dimusnahkan dengan disaksikan oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand, namun tiada sebarang gambar atau video boleh direkodkan. Secara prinsipnya, keputusan untuk memusnahkan sendiri semua senjata adalah bukti PKM bersetuju untuk menamatkan peperangan secara bermaruah. Mereka tidak akan bersetuju dengan permintaan untuk meletakkan atau menyerahkan senjata sebagai tanda telah menyerah kalah dan berada di pihak yang bersalah.
Pimpinan PKM juga bertanggungjawab untuk mencari dan memusnahkan jerangkap samar yang ditemui di dalam hutan serta menyerahkan pelan kasar tentang lokasi jarangkap samar yang ada di Malaysia. Segala kos pemusnahan ditanggung oleh pihak berkausa Malaysia. Sekiranya berlaku kematian atau kecederaan kepada anggota PKM yang melakukan kerja memusnahkan jerangkap samar, pihak berkuasa Malaysia bertanggungjawab untuk memberikan rawatan perubatan, elaun dan pampasan.
Perkara 3: Barang-Barang Persendirian
Semua barang persendirian termasuk cenderamata, gambar dan lain-lain boleh disimpan sekiranya pemilikannya tidak menyalahi undang-undang.
Perkara 4: Pemastautinan di Thailand dan Kebebasan Bergerak
Anggota PKM boleh memilih untuk menetap di Thailand dan bebas memasuki Malaysia mengikut saluran yang sah bagi membolehkan mereka bercuti serta menziarahi saudara-mara dan sahabat handai mereka. Bagi yang memilih untuk menetap di Malaysia, mereka juga boleh berkunjung ke Thailand.
Perkara 5: Pemastautinan di Malaysia
Bekas anggota PKM dibenarkan untuk bermastautin di Malaysia termasuk anggota yang bukan berketurunan Malaysia. Mereka dibahagikan kepada tiga kategori iaitu warganegara Malaysia, suami/isteri/anak-anak bukan warganegara daripada warganegara Malaysia dan orang asing. Mereka diberi tempoh setahun untuk membuat keputusan dan memaklumkan kepada pihak berkuasa. Butir-butir peribadi perlu diserahkan untuk pemeriksaan dan pengesahan.
Mereka yang dibenarkan untuk menetap di Malaysia selepas lulus proses saringan akan diberikan dokumen pengenalan sebaik sahaja memasuki Malaysia sebelum meneruskan perjalanan ke tempat permastautinan masing-masing dan harus memberitahu alamat semasa serta perubahan alamat untuk memudahkan pembayaran bantuan kewangan. Mereka yang dibenarkan menetap di Malaysia tidak akan diberi sebarang publisiti untuk mengelak dari memberi malu.
Perkara 6: Keperluan Undang-Undang
Anggota yang memilih untuk menetap di Malaysia harus menumpahkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agung serta harus mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Mereka yang dulunya mempunyai kad pengenalan biru dan merah atau sijil kewarganegaraan boleh terus menggunakannya sebagai dokumen yang sah. Bagi dokumen yang telah hilang atau rosak akan digantikan dengan segera.
Ahli keluarga anggota yang bukan warganegarara dan orang asing akan diberikan kad pengenalan merah dan boleh memohon untuk mendapat kewarganegaraan selepas dua tahun menetap mengikut saluran undang-undang.
Pihak berkuasa Malaysia juga memberi jaminan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 terhadap mana-mana anggota PKM di atas aktiviti-aktiviti lampau mereka.
Mereka yang merupakan warganegara dan memilih untuk menetap di Malaysia akan menikmati keistimewaan-keistimewaan yang sama seperti lain-lain warganegara di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 7: Penyertaan Dalam Aktiviti-Aktiviti Politik
Anggota yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia bebas untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik termasuk dibenarkan untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi serta menubuhkan parti politik menurut ketentuan yang terkandung dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 8: Bantuan
Bagi yang memilih untuk pulang dan menetap di Malaysia, pihak berkuasa Malaysia akan memberikan RM3,000 kepada setiap orang sebagai permulaan sebaik sahaja mereka memasuki Malaysia sebagai bantuan untuk membina kehidupan di tempat baru.
Kemudian dalam tempoh 36 bulan, subsidi sebanyak RM300 akan diberikan berkuat kuasa dari tarikh mereka mula memasuki Malaysia. Selepat tamat tempoh 36 bulan tersebut, jumlah terakhir sebanyak RM5,000 akan diberikan.
Di samping itu, pihak berkuasa Malaysia juga akan membantu anggota untuk mencari pekerjaan. Mereka juga bebas untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan tidak akan menyekat untuk mereka membawa masuk sebanyak mana wang untuk membangunkan perniagaan selagi modal dan keuntungan yang diperolehi daripadanya tidak digunakan untuk tujuan yang melanggar undang-undang.
Bagi anggota yang terdiri daripada orang-orang tua dan cacat, pihak berkuasa Malaysia akan memberikan bantuan yang munasabah dalam bentuk tempat tinggal dan rawatan perubatan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh mereka pulang.
Perkara 9: Jawatankuasa Penghubung
Sebuah Jawatankuasa Penghubung terdiri daripada wakil kedua-dua pihak akan didirikan di Thailand dengan keizinan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul dalam pelaksanaan pengaturan pentabiran.
Perkara 10: Penandatanganan Persetujuan dan Pengaturan Pentadbiran
Persetujuan dan Pengaturan Pentadbiran akan ditandatangani secara berasingan di tempat yang ditetapkan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di depan umum. Semangat persetujuan akan diumumkan dalam satu Pengumuman Bersama selepas penandatanganan selesai.
Hari Bersejarah
Pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Gardens, Hat Yai, telah berlangsungnya majlis menandatangan perjanjian antara pihak PKM, kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung PKM, Abdullah CD sebagai Pengerusi PKM dan Rashid Maidin sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PKM.
Sementara kerajaan Malaysia pula diwakili oleh Datuk Wan Sidik Wan Abdul Rahman (kini Tan Sri Dato’) selaku Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jeneral Tan Sri Hashim Mohd Ali (kini Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri) sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia dan Tan Sri Mohd Haniff Omar (kini Tun) sebagai Ketua Polis Negara.
Pihak kerajaan Thailand pula diwakili oleh Jeneral Tan Sri Chaovalit Yongchaiyudh selaku Pangliman Angkatan Tentera Diraja Thailand, Pol. Jeneral Sawaeng Therasawat sebagai Ketua Polis Diraja Thailand, Anek Sithpresasana sebagai Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Leftenan General Yoodhana Yamphundu sebagai Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4 Tentera Diraja Thailand.
PKM beranggapan perjanjian itu berpegang pada prinsip adil dan munasabah selepas persetujuan menamatkan perjuang bersenjata itu selesai tanpa mereka perlu menyerah diri.
Pasca Perdamaian
Sejurus selepas selesainya Perjanjian Damai Hat Yai, anggota PKM pada waktu itu dianggarkan hanya tinggal sekitar 1,200 orang. Kira-kira 400 bekas anggota memilih untuk pulang ke Malaysia dan selebihnya memilih untuk menetap di Thailand kerana kerajaan Thailand telah berjanji untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan sebagai hadiah kerana bersetuju menamatkan peperangan seperti mana yang termaktub dalam perjanjian yang ditandangani antara pihak PKM dengan kerajaan Thailand. Pasukan Rejimen ke-10 pada waktu itu mempunyai kira-kira 350 orang anggota sahaja.
Hasil perbincangan antara pihak PKM bersama pihak Tentera Diraja Thailand, empat buah perkampungan akan dibuka untuk anggota PKM yang memilih untuk menetap di Thailand. Dua perkampungan dikhususkan kepada anggota PKM yang beragama Islam dan dua perkampungan lagi untuk anggota bukan beragama Islam. Pihak Tentera Diraja Thailand telah memberi kebenaran untuk memilih sendiri tempat untuk dijadikan tapak perkampungan.
Beberapa orang pimpinan utama Rejimen ke-10 seperti Abdullah CD, Suriani Abdullah dan Abu Samah Mohd Kassim memilih kawasan markas mereka yang bertempat di Air Teka, Sukhirin kerana tempat tersebut terletak di kawasan tanah rata dengan sebatang sungai sederhana besar yang mengalir di kawasan itu menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan sebuah perkampungan. Rashid Maidin dan sebahagian anggota beragama Islam lain pula ditempatkan di kampung yang bertempat di daerah Yaha dalam wilayah Yala. Manakala dua perkampungan lagi untuk anggota bukan Islam bertempat di Ban Lang dan Betong. Semua perkampungan ini dinamakan sebagai Kampung Perdamaian atau nama rasminya Ban Rattana Kitti 1 (Ban Lang), Ban Rattana Kitti 2 (Betong), Ban Rattana Kitti 3 (Yaha) dan Ban Rattana Kitti 4 (Sukhirin).
Untuk permulaan, pihak kerajaan Thailand melalui Unit Penghubung telah memberikan pelbagai bentuk bantuan seperti sebuah rumah dan tapaknya, elaun sara hidup sebanyak 540 baht sebulan bagi setiap anggota untuk tempoh selama tiga tahun dan bantuan perubatan percuma. Selain itu, untuk memastikan penduduk kampung mampu meneruskan kehidupan untuk jangka masa panjang, pihak kerajaan Thailand telah menganugerahkan tanah seluas enam ekar untuk setiap anggota bagi menjalankan aktiviti pertanian. Bantuan untuk membeli alatan pertanian termasuk baja dan benih juga diberikan selain memberikan pinjaman sebanyak 30,000 baht untuk setiap keluarga bagi menguruskan kebun yang telah diusahakan.
Selain itu, dengan menggunakan wang parti, pihak pimpinan telah memberi hadiah wang tamat perkhidmatan kepada semua anggota sebanyak 10,000 baht bagi setiap keluarga untuk menyempurnakan kelengkapan rumah mereka dan 2,000 baht lagi untuk perbelanjaan elektrik. Pihak pimpinan kampung telah menubuhkan Badan Kebajikan untuk menyalurkan bantuan lain berbentuk saguhati kepada penduduk kampung yang bersalin, mendapat bayi pertama, orang tua yang uzur serta orang cacat atau kurang upaya.
Daripada 350 orang anggota pasukan Rejimen ke-10, hanya kira-kira 40 orang sahaja yang berasal daripada Malaysia dan kebanyakannya dari Temerloh, Pahang. Hanya kira-kira 20 orang sahaja yang memutuskan untuk pulang ke kampung masing-masing manakala selebihnya menetap di selatan Thailand sehingga akhir hayat mereka.
Bagi anggota yang pulang ke Malaysia, mereka dihantar secara berperingkat dengan melalui beberapa proses saringan termasuk ditempatkan di beberapa pusat transit di sempadan Malaysia-Thailand dan Kuala Lumpur.
Namun sebahagian daripada mereka yang pulang itu tidaklah menempuh kehidupan yang lebih baik berbanding rakan seperjuangan mereka yang memilih untuk menetap di selatan Thailand. Ada yang tidak lagi diterima oleh keluarga dan saudara-mara mereka dan terpaksa hidup menumpang di erata tempat. Mereka tidak dikurniakan tanah, rumah dan bantuan lain seperti mana rakan-rakan mereka yang lain di Thailand. Pihak kerajaan cuma memberikan wangvpendahuluan dan penamatan serta elaun sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh tiga tahun sahaja.
Ada yang pulang dengan anggapan mereka akan kembali mewarisi harta pusaka keluarga mereka, tetapi disebabkan mereka sudah terlalu lama meninggalkan tanah air dan terputus hubungan dengan ahli keluarga yang lain, maka bahagian mereka telah dijual atau diserahkan kepada pihak lain kerana mengandaikan mereka telah pun mati.
Kemudian mereka yang pulang sudah pun berusia dan tiada banyak kerja yang sesuai untuk mereka lakukan. Namun masih ada yang menyara hidup dengan menoreh getah, membuka kedai runcit, mengubat orang sakit, menjadi bidan, membawa kereta sewa dan sebagainya.
Selain itu, ada juga di antara mereka yang menghadapi masalah untuk mendapatkan kad pengenalan kerana mereka tiada menyimpan sebarang dokumen pengenalan diri semasa meninggalkan negara ini. Mungkin hilang, tidak dapat dikesan, musnah atau memang tidak ada. Masalah itu menyebabkan mereka amat sukar untuk berurusan sama ada untuk urusan bank, urusan pekerjaan atau memohon pekerjaan.
Ada yang mengakui menyesal tidak memilih untuk menetap di selatan Thailand bersama rakan-rakan yang lain yang dilihat menikmati kehidupan yang lebih baik. Namun demikian, sebahagian yang lain pula tetap merasakan keputusan untuk pulang ke tanah air adalah pilihan yang lebih tepat.
Kesimpulan
Sekalipun kita tidak mahu mengiktiraf sumbangan PKM dalam usaha ke arah kemerdekaan negara, kita seharusnya menghormati perjanjian damai yang telah dimeterai 30 tahun dahulu yang telah pun ‘membebaskan’ semua anggota PKM dari sebarang hukuman di atas perjuangan bersenjata mereka yang telah berlarutan selama berpuluh tahun itu.
Jika kita mendakwa mereka telah berdosa menyebabkan kematian ramai anggota keselamatan negara, di pihak mereka juga telah banyak nyawa yang terkorban akibat pertempuran yang berlaku.
Majlis Perjanjian Damai itu berlangsung dengan suasana yang harmoni. Segala persengketaan yang telah berlarutan selama berpuluh tahun sepatutnya dinoktahkan pada hari tersebut di mana kedua-dua pihak akan melupakan segala kejadian silam walaupun ianya melibatkan kecederaan, kecacatan kekal dan kehilangan nyawa kedua-dua belah pihak.
Perjanjian Damai adalah untuk menjamin keselamatan dan bukannya mencipta permusuhan yang tiada bekesudahan. Perjanjian Damai bererti tiada pihak yang kalah dan bersalah. Semua pihak menang kerana bersetuju untuk meletakkan senjata bagi mengelakkan tiada lagi nyawa yang terkorban.
Selepas perjanjian damai, semua anggota PKM yang dibenarkan untuk pulang ke Malaysia diiktiraf sebagai warganegara yang sah dan berhak mendapat keistimewaan seperti warganegara yang lain serta diberikan kebebasan untuk memulakan kehidupan baru di negara ini.
Mengiktiraf sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan bukan bermaksud bersetuju dengan 'tindakan ganas' dilakukan oleh sebahagian anggota PKM. Rakyat berhak untuk mengetahui bahawa perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah British bukan hanya diperjuangkan oleh satu pihak sahaja.
Seperti yang dikatakan oleh Tun. Dr. Mahathir ketika ditemubual oleh Astro Awani, isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diperbesarkan kerana pemimpin utama PKM itu telah pun meninggal dunia.
“Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah. Cuma abu dia sahaja yang balik.”
Tun Dr. Mahathir cuba untuk mengajak rakyat Malaysia menyingkap kembali sejarah bahawa ‘kekejaman’ yang berlaku terhadap rakyat negera ini bukan hanya dilakukan PKM, tetapi turut melibatkan penjajah seperti Jepun dan British.
Lupakah kita cerita tentang kebangkitan rakyat tempatan dalam perjuangan menentang penjajahan British melalui perjuangan bersenjata satu masa dahulu?
Dimulai oleh Dol Said yang mempertahankan kedaulatan kerajaan Naning dalam peperangan selama 18 hari pada tahun 1831, seterusnya penentangan terhadap James Brooke di Sarawak oleh Sharif Masahor pada tahun 1843 dan Rentap pada tahun 1853, Datuk Maharaja Lela yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875 dan Yamtuan Antah di Seri Menanti pada tahun 1875.
Begitu juga dengan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang memimpin kebangkitan rakyat Pahang pada tahun 1891, diikuti Mat Salleh yang menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) di Sabah pada tahun 1897, perjuangan Tok Janggut dalam memimpin rakyat Kelantan menentang dasar cukai dan peraturan tanah pada 1915 dan yang terakhir Haji Abdul Rahman Limbong yang membela pemberontakan bersenjata rakyat Terengganu kerana menentang cukai yang dikenakan oleh pihak penjajah British terhadap tanah yang dibuka untuk pertanian pada tahun 1928.
Ada di antara mereka yang terkorban dalam peperangan, dihukum bunuh, dipenjara, diseksa dan dibuang negeri.
Jika dibentangkan statistik kematian anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban akibat peperangan dengan pihak PKM, apakah jumlah itu jauh lebih besar berbanding kematian yang berlaku akibat kekejaman penjajah British dan Jepun satu masa dahulu?
Adakah hari ini ada di antara kita yang mahu membalas dendam dengan masih mencari waris tentera atau pegawai British dan Jepun yang satu masa dahulu pernah membunuh, menyeksa dan merogol rakyat negara ini? Pernahkah kita menghalang ‘pengganas’ Jepun dan British itu dari memasuki negara kita? Atau kita sudah pun melupakan segala kekejaman mereka dan membebankan segala kesalahan di atas bahu PKM semata-mata?
Malah kita tidak pernah rasa satu kesalahan apabila meletakkan beberapa nama pegawai British sebagai nama tempat di negara kita sama ada bandar, bangunan, sekolah, jalan dan sebagainya. Sedangkan ada di antara mereka ini bertanggungjawab di atas kekejaman dan kematian yang berlaku satu masa dahulu.
Chin Peng seperti yang diketahui tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sewaktu beliau masih hidup. Ada pendapat mengatakan kepulangannya dihalang oleh pihak berkuasa Malaysia. Tetapi sebahagian yang lain mengatakan ianya disebabkan masalah dokumentasi kerana beliau tidak dapat menunjukkan bukti kelahirannya di negara ini.
Namun begitu, mengikut isi perjanjian Perkara 6, isu dokumentasi tidak boleh diterima kerana anggota PKM yang bukan warganegara dibenarkan untuk memilih menetap di Malaysia dengan diberikan kad pengenalan merah dan boleh memohon untuk menjadi warganegara selepas tempoh beberapa tahun.
Chin Peng juga telah memilih untuk menjadi warga Thailand seperti sebahagian anggota PKM yang lain. Selepas memiliki pasport antarabangsa beliau sepatutnya boleh pulang ke Malaysia sebagai ‘pelawat’, tetapi itu juga tidak berlaku.
Oleh yang demikian, pendapat pertama mungkin lebih tepat, iaitu kepulangannya ke negara ini telah dihalang oleh pihak berkuasa di atas sebab-sebab tertentu.
Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam satu wawancara eksklusif bersama MalaysiaKini pada 2011 mempertahankan hak Chin Peng untuk memasuki negara ini sekurang-kurangnya dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Tegas beliau, Perjanjian Damai yang telah dipersetujui itu meliputi semua ahli PKM dari lapisan paling bawah sehinggalah lapisan tertinggi melibatkan pimpinan utama organisasi itu. Bagi mereka yang memilih untuk menetap di Thailand termasuk Chin Peng, mereka seharusnya dibenarkan pulang untuk sekurang-kurangnya menziarahi sanak saudara dan juga melawat kuburan ibu bapanya.
Rahim Noor memberi contoh salah seorang pemimpin Rejimen ke-10 iaitu Abdullah CD dan isterinya Suriani Abdullah yang berpeluang kembali ke tanah air menggunakan pas lawatan sosial untuk melawat saudara mara dan melihat kemajuan negara ini. Malah mereka berdua telah dijemput mengadap Sultan Perak di Istana.
Tun Dr. Mahathir turut menyebut mengenai hal ini dalam temubualnya bersama Astro Awani.
“Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya.

Ramai pemimpin PKM lain yang diizinkan melawat negara ini dan negara-negara lain seperti Rashid Maidin dan Abu Samah. Manakala Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Chik pula kembali menetap di negara ini.
Kini selepas Chin Peng sudah pun meninggal dunia, adalah tidak masuk akal apabila membawa masuk abu mayatnya ke negara ini menjadi isu yang terlalu besar.
Akhir kata, saya suka untuk memetik tulisan saudara Mukhriz Mat Rus dalam bukunya Siapa Bukan Teroris?:-



“Bukan teroris bukan semestinya bermaksud individu atau kumpulan itu bebas dari kesalahan atau layak dipuji. Kita harus keluar dari melihat sesuatu fenomena sosial secara hitam dan putih. Berwaspada dengan label adalah satu langkah untuk menumpukan kepada kandungan dan substansi sesuatu fenomena. Bahkan sejarah mengajar kita bahawa label teroris itu adakalanya bersifat sementara. Beberapa tokoh perjuangan kemerdekaan dulu dilabel sebagai teroris, tapi kini dijulang sebagai pejuang tanah air. Hakikatnya menafikan label teroris pada seseorang individu atau suatu kumpulan bukanlah bermakna kita menyokong mereka, tapi kita berusaha untuk melihat sesuatu perkara secara objektif dan adil, tanpa membiar diri dirundungi ketakutan tidak berasas”
Sekian,
Nur Hadi Mohamad

Rujukan
1. Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan (SIRD 2016)
2. Mohamed Salleh Lamry, Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara (SIRD 2011)
3. Suriani Abdullah, Rejimen ke-10 dan Kemerdekaan (Nan Dao Publisher 1999)
4. Abdullah CD, Perjuangan di Sempadan dan Penamatan Terhormat (SIRD 2009)
5. Rashid Maidin, Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian (SIRD 2005)
6. Abu Samah Mohd Kassim, Sejarah dan Perjuangan Kemerdekaan (Nan Dao Publisher 1996)
7. Rashid Maidin, Dari API ke Rejimen ke-10 (SIRD 2005)
8. Mukhriz Mat Rus, Siapa Bukan Teroris? (Ilhambooks 2018).

9. Said Zahari, Meniti Lautan Gelora – Sebuah Memoir Politik (Utusan Publications 2001)
10. Azar Ishak, Abu Ching Peng di Banjaran Titiwangsa? Ini Kisah di Sebalik Perjanjian Damai Hatyai (SosCili 2019)
11. Hariz Mohd, Kalau Chin Peng Boleh Balik, Kenapa Abunya Tidak – Bekas IGP (MalaysiaKini 2019)
12. A Kadir Jasin, Kalaulah Orang Melayu Rajin Membaca (MalaysiaKini 2019)
13. Rahimah Abdullah, Chin Peng: Dia Bukan Boleh Buat Apa, Abu Dia Sahaja Balik - Tun Mahathir (Astro Awani 2019)

(Ustaz Nurhadi Mohamad merupakan hafiz Al-Quran dan seorang guru agama serta aktivis sosial)

Saturday, November 16, 2019

Penunjuk Perasaan Hong Kong Bukan Anarki

Tidak semena-mena saya tergelak membaca tulisan The Patriot yang terus menyalahkan Anarki berkaitan protes di Hong Kong. Asal berbaju hitam, melakukan porak-peranda, terus dicop Anarki.

Berikutan kebodohan penulis itu, saya ingin memberikan gambaran jelas bagaimana black-bloc kumpulan anarki dan apa isu-isu yang dibawa anarki dalam protes.

Pertama, kita perlu faham apa isunya yang berlaku di Hong Kong ini. Isu utama adalah Kerajaan Hong Kong cuba memberikan hak kepada China untuk membawa pulang penduduk Hong Kong yang dikehendaki oleh kerajaan China atas kelakukan jenayah yang dilakukan di China.

Kebanyakan orang di Hong Kong yang datang dari tanah besar China biasanya melarikan diri ke Hong Kong untuk lari daripada tuduhan, tangkapan mahupun dakwaan oleh kerajaan China. Mereka juga ada sebahagiannya lari kerana di Hong Kong mengamalkan budaya Barat dan penduduk China yang terkinja-kinja mahukan pengamalan Budaya Barat akan rasa lebih selesa menetap di Hong Kong.

Itu isu utamanya.

Dan kita kena faham, anarki adalah salah satu aliran kiri, manakala China adalah satu kerajaan yang berasal dari fahaman komunis. Walaupun ada beberapa perkara telah melonggarkan amalan fahaman kiri dalam pemerintahan kerajaan China itu, namun China masih berpaksikan kepada komunisme. \

Anarki tidaklah sama dengan komunis namun mereka boleh dikatakan lebih mudah hidup bersama daripada bermusuhan. Walaupun ada beberapa perkara yang anarkisme tidak bersetuju dengan komunisme, namun anarkis tidak melontarkan dalam bentuk rusuhan sepertimana yang dilakukan terhadap kapitalis.

China telah berjaya menambah bilangan orang kaya dan mengurangkan secara mendadak bilangan orang miskin. Pendek kata, dalam tempoh 10 tahun lagi, tidak akan ada golongan miskin tegar di China walaupun berdepan banyak kesukaran sepanjang puluhan tahun kebelakangan ini dek cabaran dan sekatan serta pemboikotan yang dilakukan oleh negara berkiblatkan barat.

Kembali kepada tajuk, adakah dakwaan The Patriot bahawa "Hong Kong jatuh ke lembah anarkisme" ini merupakan satu dakwaan yang benar dan tepat?

Ini kita kena faham mengenai anarki. Budak-budak skema tidak faham mengenai anarki kerana anarki tidak pernah diajar didalam bilik kuliah. Anarki adalah gerakan jalanraya yang hidup akibat penindasan oleh golongan berkuasa. isu-isu yang dilawan oleh anarki antaranya:

1) penindasan ke atas kaum pekerja.
2) penindasan kepada kelas minoriti seperti LGBT.
3) Penindasan ke atas orang miskin

Siapakah golongan taukeh-taukeh yang menindas?

1) Pengusaha-pengusaha perniagaan gergasi seperti H&M, Nestle yang banyak menindas dan mengerah pekerja.
2) Golongan polis yang banyak menahan secara salah dan salahguna kuasa.
3) Bank-Bank yang banyak melakukan penipuan dan pemerasan atas nama undang-undang.
4) Badan-badan berkuasa yang banyak menindas dan menekan minoriti.

Jika kita kaitkan dengan situasi di Hong Kong, tidak ada satu kumpulan anarki pun yang terlibat sebenarnya. Yang ada hanyalah kumpulan gangster Joshua Wong dan rakan-rakannya yang menibai orang tua, orang biasa dan membakar pengangkutan awam seperti tren dan bas. Ini bukan kerja anarki. Anarki tidak menyerang pengangkutan awam kerana mereka menyokong pengangkutan awam.

Dan jika kita lihat juga, kedai-kedai mahal milik taikun-taikun barat tidak pun dirosakkan kerana pemikiran mereka di Hong Kong ini sangat mengagumi kapitalis kulit putih manakala anarki pula memang fokus merosakkan milikan-milikan kapitalis barat.

Kesimpulannya disini, yang merusuh di Hong Kong bukanlah anarki tetapi adalah samseng yang berkiblatkan kuasa barat untuk menjatuhkan kerajaan komunis China.
Anarki di Malaysia. Walaupun kecil bilangannya dan kurang agresifnya tetapi Anarki wujud di malaysia. 

Anarki di Sepanyol. Target anarki bila setiap kali mereka marah adalah perniagaan-perniagaan milik kapitalis barat. namun, anarki tidak menyerang manusia dan orang awam kecuali polis. 

Tindakan menyerang pengangkutan awam di Hong Kong seperti ini dan gambar dibawah adalah bukan kerja kumpulan anarki. Anarki pro kepada pengangkutan awam. 


Mcdonald adalah simbol penindasan dan pemerasan kapitalis barat terkemuka. Di seluruh negara, Mcdonald membayar pekerja dengan paras gaji paling minima dan memeras tenaga pekerja dengan teruk sekali walaupun keuntungannya beratus kali ganda meningkat setiap tahun.