Thursday, December 5, 2013

orang alim dan warak menjadi Tuhan di Masjid




secara jujurnya, saya memang takut dan tak suka pergi ke masjid dan surau di malaysia ni. 

bukan sahaja khutbah dan pengajiannya penuh penghinaan kepada org lain, malah juga tindakan2 ahli masjid dan surau kadang kala amat bengis dan menakutkan. 

dulu, saya Imam di Surau al-Muttaqin, dalam sebuah kampong di Kuala Pilah semasa saya belajar disana pada tahun 2008

kemudian, imam di masjid UITM Kedah. malah menjadi seorang AJK MASJID dan menjaga program2 masjid. 2009

namun, selepas saya dikatakan sebagai "pencinta ahlulbayt", bengis2 mereka(orang masjid) mula timbul dan kemudian penuh fitnah dilempar. termasuk ahli2 dan pimpinan jemaah kampus sendiri ketika itu. 

bukan sahaja itu, malah, mereka menjadi informer kepada musuh untuk menjatuhkan ahli jemaah sendiri. 

barangkali, inilah yang Marx katakan dalam bukunya, "agama itu candu". 

selain itu, ada banyak lagi yang saya amat tidak bersetuju dengan cara masjid di malaysia. 

nanti kita panjangkan lagi isu ini. 

pesanan buat mereka yang suka menjadi "alim dan warak" di masjid, sila lah bersikap berlapang dada kepada mereka yang susah dan meminta-minta di masjid. 

bukannya menghukum dan memainkan peranan sebagai malaikat maut. 

Polis diharap ambil tindakan kepada si pembelasah dan pemukul yang terdiri daripada org2 yg "alim dan warak" ini. 

sebaiknya hukum penjara seumur hidup agar tidak membinasakan nyawa orang lain.