Monday, October 9, 2017

Karpet Merah Untuk MB Selangor Disediakan Bagi Perjelas Isu Roboh dan Usir Penduduk Masjid Lapangan Terbang Subang

Pada esok, 1O oktober, jam 8 malam, satu forum terbuka bagi memberi penjelasan mengenai isu perobohan dan pengusiran paksa ke atas penduduk di Masjid Lapangan Terbang Subang akan diadakan.

Forum ini diadakan di tempat Pak Amjal, seorang aktivis politik veteran pro kerajaan Pakatan Harapan. Dengan harapan, pihak Pakatan Harapan sudi untuk turun dan menjelaskan.

Saudara Edy, aktivis Parti Keadilan juga merupakan seorang pemimpin SAMM, menghantar surat, call dan menghantar SMS serta whatsapp kepada barisan exco kerajaan negeri, pegawai kanan MB serta MB Selangor sendiri untuk menjemput dan membentang karpet merah bagi mempertahankan imej kerajaan negeri yang semakin tercalar dek isu ini.

Bagi menyediakan platform lebih adil, pengerusi majlis untuk forum esok dipilih daripada kalangan pemimpin PKR, iaitu saudara Syukri Razab, seorang pemimpin muda dalam PKR yang dikenali mempertahan kerajaan negeri.

Umum tahu, perobohan dan pengusiran ini adalah diarahkan oleh Menteri Besar sendiri mengikut penjelasan pegawai khas MB, YB Suhaimi. Namun, blogger-blogger dan cybertrooper murahan PH pula begitu menafikan keterlibatan MB walaupun pegawai khas MB sendiri sahkan arahan dan dengan pengetahuan MB perobohan ini dilakukan.

Jemputan dan karpet merah yang disediakan oleh penganjur di dewan Pak Amjal itu sendiri akhirnya ditolak. Menurut seorang pegawai kanan MB, pihak kerajaan negeri masih belum bersedia untuk bercakap mengenai hal ini.

Persoalan yang cuba ditimbulkan ialah, adakah isu ini begitu rumit sehingga tidak mampu untuk diperjelaskan dihadapan orang awam, atau sememangnya kerajaan negeri bersalah dan takut dikecam?

Berani kerana benar, takut kerana salah.