Monday, July 2, 2018

Sokongan Rakyat Pada Nik Nazmi Lebih Banyak Berbanding Syed Saddiq

Berikutan pelantikan barisan menteri pada hari semalam oleh Perdana Menteri disertai majlis angkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong, sebahagian besar rakyat Malaysia rata-ratanya golongan muda melancarkan petisyen atas talian bagi menunjukkan sokongan kepada YB Nik Nazmi selaku ketua Pemuda Pakatan Harapan untuk dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Petisyen ini juga sebagai bantahan kepada pelantikan YB Syed Saddiq Ketua Pemuda BERSATU yang terlalu banyak kontroversi murahan dan masalah sosial.

Pada tahun lalu seorang wartawan pernah memaparkan gambar beliau di kelab malam berserta gambar minuman keras dan menari bersama para wanita kelab. Gambar itu diakui tulen oleh Syed Saddiq sendiri dan beliau kemudiannya berjanji akan berubah. Namun selepas menang pilihanraya pula beliau sering menggunakan “title” sebagai Ahli Parlimen untuk meminta bergambar dengan para artis wanita muda apabila terjumpa dengan mereka dalam program-program seni dan bergambar dengan cara penuh kontroversi. Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat kritikan netizen dan para pemimpin politik Pakatan Harapan sendiri yang meminta beliau supaya jangan memaparkan imej buruk sebagai pemimpin muda parti.

Minggu lalu semua stesen media menjangkakan YB Nik Nazmi akan dilantik menggantikan YB Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan namun jangkaan itu meleset. Para ahli pemuda Pakatan Harapan juga menyatakan rasa kecewa mereka kerana Nik Nazmi tidak dicalonkan sebagai Menteri Belia yang sepatutnya lebih berpengalaman dan lebih lama dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan. Petisyen itu telah melebihi 10,000 undi yang menyokong YB Nik Nazmi sebagai Menteri Belia dan Sukan namun Syed Saddiq dikatakan rapat dengan Mahathir Perdana Menteri ke 7 tiba-tiba dilantik tanpa pengetahuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Gambar Syed Saddiq bersama para wanita dan minuman keras di sebuah Kelab Malam di Kuala Lumpur.