Thursday, September 27, 2018

5 Penjuru Pilihanraya Kecil Port Dickson?

Setakat hari ini sebanyak 5 pihak daripada pelbagai kumpulan telah menyatakan hasrat akan menghantar pencalonan untuk pilihanraya kecil Parlimen Port Dickson. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada BN dan PAS kerana tidak bertanding dalam pilihanraya ini nampaknya terpaksa menarik balik ucapan tersebut selepas PAS mengumumkan calonnya hari ini. BN pula bakal meletakkan Isa Samad dan mungkin akan dihantar sebagai calon bebas bagi mengelakkan maruah BN diinjak-injak jika tewas sekali lagi. 

Selain BN dan PAS, wakil kumpulan "super liberal", Stevie Chan yang didakwa Anwar sebagai tiada tempat di Malaysia juga akan meletakkan calon di Port Dickson. Beliau merupakan penggiat seni dan sastera. Latar belakang beliau tidak didedahkan didalam sebarang maklumat calon. 

Ezam pula dikatakan bakal dibiaya oleh taikun politik anti-Anwar bagi melawan bekas bosnya itu. Ezam merupakan ahli politik yang paling kerap bertukar parti menewaskan Ibrahim Ali dan lain-lain ahli politik di Malaysia.