Wednesday, June 12, 2019

Isunya Bukan Gay atau Bisexual, tetapi integriti menteri yang nampak suci dan baik serta bersih.

Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh mangsa seks Azmin Ali. Mungkin antara kita,  ada yang tidak kisah mengenai kelakuan songsang menteri itu,  namun bagi saya isunya yang lebih besar adalah "penipuan" menteri itu terhadap ahli keluarganya yang paling mempercayainya. 

Bayangkan jika anak dan isterinya pun dicurangi,  apatah lagi rakyat biasa yang tidak kenal ini.

Jika dalam bab berumah tangga pun seorang menteri yang kononnya suci bersih ke mekah, umrah dan haji diulangi berkali-kali,  apatah lagi dalam bab pengurusan wang rakyat? 

Sebab itu moral hendaklah diambil kira jika kita mahu memilih seorang pemimpin yang memimpin negara. 

Di negara Asia seperti Jepun dan Korea,  hubungan seks luar nikah biasa juga menjadikan menteri wajib meletakkan jawatan. Kerana isunya adalah integriti dan moral pemimpin kerajaan. 

Maka,  di Malaysia,  menteri yang menipu kita memakai kopiah dan jubah,  duduk didalam Gua Hira memuatnaik gambarnya sedang berdoa,  Tetapi melakukan penipuan dan berdusta pula,  maka wajiblah rakyat menolak.

Apatah lagi, melantik seseorang yang tiada kredibiliti didalam lantikan pegawai tinggi kerajaan seperti Haziq Aziz dilantik,  menggunakan wang rakyat dan kerajaan.  Hanya kerana?  Hanya kerana Haziq adalah skandalnya, maka Haziq layak mendapat jawatan tinggi itu.  Maka adakah itu masih integriti?  Masih pertahan menteri?

(Haziq Ketika ditahan di depan upsi tahun 2013)