Friday, October 26, 2012

Dr Maza dan Nik Abduh keduanya JAHIL MURAKAB

bila saya tengok tuduhan Dr Maza, saya nak tergelak juga. memang semua tahu Dr Maza anti Syiah dan kesempatan inilah yang dia ambil utk mengaitkan kelemahan PAS dengan mengenakan agenda Syiah. kita pun ada ejen dalam parti yang sedang mengikuti perkembangan Dr Maza :-)

tapi dia terlupa bahawa mcm mana ulamak syiah di Iran boleh terus mendapat sambutan dan sokongan yg jitu sehingga rakyat sanggup berani mati demi ulamaknya.

ulamak PAS pula, saya tak pasti kalau ada org PAS yang sanggup mati demi ulamaknya.

saya sendiri sayang para ulamak dalam PAS.

tapi untuk sanggup mati itu, tidaklah.

saya selitkan disini kisah ketika Haji Hadi di dalam satu demontrasi di kuala lumpur.

ketika itu, ramai bodyguardnya.

tapi bila polis datang tembak gas, semua bodyguard lari. lupa dah mana pergi ust hadinya.

bukan saya sinis. tapi itulah realiti "kecintaan" kita pada ulamak kita di malaysia ni.

ada juga kisah bagaimana ulamak(yang betul dicintai) seperti allahyarham ust fadhil noor.

satu demontrasi di kuala lumpur juga.

bila polis berpangkat datang merapati allahyarham,

terus seorang orang lama harakah ketika itu datang dan menumbuk dada polis itu lantas tersungkur dan jatuh. semua anggota polis berlari melarikan pegawainya dan ust fadhil terus bertenang. :-) ( i love u ust fadhil)

ini baru betul cintakan ulamak. :-) tapi adakah lagi ahli yang sanggup berani mati mempertahan ulamak PAS hari ini? wallahuaklam. kita doakan supaya ada.

lagi satu persoalan kenapa rakyat iran sanggup mati demi ulamaknya dan mengapa kita tidak sanggup mati mempertahan ulamak pAS walaupun kita bilang setiap hari kita taat pada pemimpin, kita wala'. tapi bab nak mati kerana pemimpin, tak ada nye.

ulamak iran ditaati tahap gaban kerana

1) ayatullah tidak pernah hidup mewah walaupun dia berhak kerana dia tahu dia pemimpin no 1 di negaranya dan menjadi perhatian rakyatnya yang miskin dan susah. Ayatullah Ruhullah sebagai contoh, hanya meninggalkan sebuah rumah sederhana ketika hayatnya dan semua harta lain diberikan kepada rumah kebajikan. ayatullah pun bukan semua baik. saya setuju. sebagai contoh ayatullah Ali Rafsanjani. dia adalah ejen perpecahan. rakyat Iran singkir dan tolak dia dari muka bumi iran. hari ini, dia disingkir! alhamdulillah.

2) Ayatullah sanggup mati dan menerima risiko nyawa demi Islam dan Nabi nya. Peguam PAS pusat, juga peguam kepada Presiden PAS menulis didalam HARAKAH cetak edisi bulan september mengenai peranan AYATULLAH mempertahan NABI MUHAMMAD dan UMAT ISLAM. satu muka penuh. sila rujuk. apabila ayatullah ini sanggup dihalau, diherdik dan diboikot Barat dan Eropah kerana NABI MUHAMMAD dan ISLAM, maka rakyat Iran yang majoriti agama Islam melihat betapa sanggupnya ulamak mereka menggadaikan diri demi agama mereka dan nabi mereka. anda juga boleh rujuk kes SALMAN RUSHDIE. semua negara Islam diam diri kerana Salman Rushdie dipertahan oleh USA. tapi Iran, sanggup menerima risiko dipulau ekonominya demi mengganjar pembunuh kepada Salman Rushdie.

3) Kebebasan bersuara. Ayatullah adalah ulamak yang paling cool dan hot. siapa sahaja nak beragama, silakan. siapa sahaja nak ethist , silakan. tetapi umat Islam yang menghina Islam, wajib dilawan. lihat lah di Iran, ada 500 masjid Sunni. rujuk pada Dr Faisal Tehrani untuk bukti yang lebih kukuh. di Iran juga ada masjid terbina sebelah gereja. dan gereja juga besar-besar di Iran sebagaimana kita lihat kuil Buddha besar di kelantan. Iran dan Kelantan tidak banyak beza dari segi kebebasan beragama. sebab itu setiap tahun ulamak iran akan berkunjung ke kelantan sama ada atas jemputan atau program rasmi. terbaru, YB Husam Musa bersama Ayatullah di Kelantan dalam satu ekspo.

saya nak gariskan semua, saya tidak punya masa. maklumlah sekarang sudah jadi ejen parti politik. hahaha.

apapun, tuan-tuan boleh terus membaca dan merujuk kepada pakar2 yang ahli dalam setiap bidangnya. kalau nak belajar mazhab syafie, carilah ulamak yang betul2 ikut mazhab syafie. kalau nak belajar syiah imamiiya, carilah ulamak yang betul2 org syiah imamiyyah. jgn cari ulamak mazhab hanafi utk belajar fikahnya imam hanbali. :-) cari yang kena pada tempatnya.

oleh itu, apa yg saya nak kaitkan ialah,

Dr Maza dan Nik Abduh keduanya tak mengerti konsep ketaatan kepada Ayatullah . lantas Dr Maza menyindir ketaatan kepada ulamak PAS yang diberikan oleh orang-orang PAS. bagi saya, ini salah satu taktik BN utk menjatuhkan Nik Aziz kerana ulamak UG dalam PAS sedang dalam usaha menjatuhkan NIk Aziz. kita telah pun diberikan bukti oleh ABU NAWAS minggu lalu bukan? jadi, awaslah. dalam PAS sudah ada ejen Datuk ASri yang pernah membawa PAS bergabung dengan UMNO pada era lalu. jangan biar diulang!

dan sehingga hari ini...Ulamak Iran yang memimpin Iran semakin maju dalam pemerintahan dan Iran diisytihar oleh Korea sebagai negara Asia yang hampir setanding jepun dan meninggalkan negara Islam di ASIA yang dilihat lembap dalam bab teknologi khususnya ketenteraan. 

hah, jangan lah cakap aku promote syiah pulak.. hahaha. aku hanya tengah promote komunis. hidup komunis untuk rakyat malaysia. 

pengawal peribadi Anwar, saudara Fayyad hilang pancaindera kerana mempertahan Anwar dan Wan Azizah. dua kali fayyad diserang. pertama ketika BERSIH 2. Fayyad rosak tulang pipinya dan matanya. kali kedua, Fayyad berkeras masih mahu "mati" untuk pemimpinnya itu, Fayyad diserang dengan jarum racun sehingga sebabkan dia koma. 

Sham Kamikaze bergambar bersama gerilla. aku yang pakai baju askar tu. baru tamat latihan tentera komunis. 

Arul. sanggup mati demi SOSIALISME di malaysia! 

Saras! sanggup mati demi SOSIALISME di MALAYSIA!

kisah Fayyad yang menyayat hati. gua respek lu bro...