Sunday, August 13, 2017

Mahathir masih belum insaf, dengan bangga akui Ulama di Memali layak dibunuh!

Ketika menulis karangan ini, tiada lagi apa yang boleh saya harapkan kepada Pakatan Harapan terutamanya daripada parti Amanah Negara yang turut hadir dan dengar dalam forum tersebut. 

Kita semua maklum peristiwa Memali, bagaimana 14 orang dibunuh dengan rakus, kejam dan zalim oleh kerajaan Mahathir pada tahun 8O an itu. 

Kita telah melihat bagaimana Ustaz Ibrahim Libya seorang ulama besar ketika itu ditembak, dibelasah oleh pasukan polis atas arahan Mahathir. 

Tadi berlangsungnya forum Nothing to Hide anjuran PPBM. Parti yang dipimpin Mahahtir. JIka sebelum ini, menurut Mohamad Sabu, Mahathir sudah berubah, insaf dan menjadi baik serta suci alim dan warak. Menyesali dosa silam dan mengakui kesilapannya. Bertaubat dalam erti kata lain. Namun, tadi siang, Mahathir dengan bangga mengakui dihadapan ratusan pengikutnya dan para pemimpin parti Amanah (PKR dan DAP tidak hadir} bahawa pembunuhan di Memali adalah halal, sah dan mengikut SOP. 

Apakah pemimpin AMANAH yang berada dihadapan itu tidak bangun, membantah, mempertikai? 

Dosa apakah yang sudah Ibrahim Libya lakukan sehingga turut menjadi mangsa pembencian parti AMANAH? 

Jika tidak kerana Ibrahim Libya, nama-nama pemimpin AMANAH hari ini mungkin tidak ada. PAS mungkin tidak terkenal dan dikenali. Mohamad Sabu yang lantang bercakap isu memali dalam ceramah-ceramah mengutuk Mahathir mungkin tidak dapat menjadi Timbalan Presiden PAS. 

Namun, beginilah politik. Sangat mengecewakan. Jika PAS dikatakan menunggang agama, AMANAH juga apa kurangnya. Masih menjual nama Islam dan sanggup bersekongkol dengan pembunuh yang tidak pernah insaf, Mahathir Mohamad. 

Semoga semua orang muda dapat melihat, beginilah politik kotor, dahulu najis, sekarang suci, dahulu firaun, sekarang maksum.