Wednesday, July 26, 2017

Bagaimana AMANAH akan dihancurkan seperti PAS?- Siri 1

Mutakhir ini parti Parti Sosialis mendapat perhatian banyak pihak apabila mengumumkan kerusi bertanding di lebih 24 tempat seluruh negara. 

Jumlah kerusi yang ditandingi PSM ini hanyalah 2 peratus sahaja berbanding parti lain yang bertanding ratusan kerusi. 

PSM hanya parti kecil, justeru kita sedar kemampuan kita adalah di 24 kerusi tersebut. Hanya 2 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. Pakatan bertanding di 98 peratus kerusi tanpa diganggu PSM pun. 

PSM juga hanya melawan wakil-wakil rakyat yang dilihat meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai Yang Berhormat di kawasan berkenaan, bukan lawan wakil rakyat yang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan luhur dan baik. Contohnya di kerusi Hulu Kelang, YB saari melakukan tugasnya dengan baik, maka PSM tidaklah melawan disitu. Begitu juga dengan beberapa kerusi lain yang sedang disandang oleh pemimpin AMANAH seperti Sepang dan lain-lain. 

Namun entah mengapa, cybertrooper AMANAH malah Pengarah Komunikasi AMANAH sendiri melakukan serangan ala UMNO ke atas PSM beberapa hari kebelakangan ini. PKR tidak, DAP tidak tetapi AMANAH menggunakan Pengarah Komunikasinya sendiri mengepalai serangai ke atas PSM yang dikatakan sebuah parti kecil, tidak ada hala tuju dan tidak ada masa depan ini. 

Saya tak pasti sama ada dia sedang risau tak dapat bertanding di Semenyih kerana PSM akan meletakkan calon disitu atau dia memang terbawa-bawa perangai PAS kedalam parti barunya itu? 

Dia marah benar kenyataan Arul yang mengatakan PSM akan bertanding 2 peratus kerusi, katanya PSM ini suka buat keputusan sendiri dan tidak pernah berbincang dengan Pakatan Harapan. 

Saya selaku budak mentah dalam dunia politik ni nak tanya pada Pengarah Komunikasi AMANAH ni: 

1} Kenapa PSM perlu minta izin daripada Pakatan untuk bertanding? Bukankah Pakatan sendiri yang dari awal menolak untuk berunding dengan PSM? Pengarah komunikasi AMANAH memang jenis tak baca news politik dan nasional ke? ke lantikan serkap jarang je?

2} Mendiang Karpal Singh sendiri pernah ingatkan Majlis Presiden Pakatan agar segera berunding dan fikirkan mengenai PSM yang semakin berkembang, merujuk kepada kenyataan beliau pada tahun 2O13, Jun. 

3} Mengapa dia sebagai seorang Pengarah Komunikasi parti boleh dengan terbuka mengutuk rakan dalam pakatannya didepan media seluruh negara tetapi bila PSM yang bukan parti dalam gabungan Pakatan mengkritik Pakatan, dituduhnya PSM sebagai sebuah parti yang tak faham prioriti perjuangan? {rujuk gambar dibawah}

4} Bagaimana dengan mudah anda membiarkan cybertrooper anda mengemukakan hujah-hujah fitnah dan berunsur sektarian sedangkan AMANAH ditubuhkan untuk melawan sektarian dalam PAS kononnya? 

5} Jika anda mengatakan musuh utama anda adalah BN, maka anda patutnya meraikan PSM melawan BN, dan bukannya menghabiskan masa menyerang PSM. 

Ini  lima soalan awal saya selaku "budak mentah" yang dikatakan dalam FB-nya dan memohon dia menjawab menggunakan akal, bukan kepala lutut.

Untuk mengetahui bagaimana AMANAH akan menjadi rosak selepas apa yang dilakukan oleh pemimpin AMANAH hari ini kepada PAS, kita akan sambung dalam siri ke 2 tulisan ini.


PSM sebagai sebuah parti yang berdaftar, mempunyai logo sendiri, sudah tentulah akan menggunakan logo yang dibenarkan oleh SPR, mana boleh sebuah parti mencuri logo parti lain untuk bertanding dalam PRU dengan suka-suka?

Ketika AMANAH mendaftarkan parti sebagai sebuah parti pekerja, adakah PSM menentang usaha itu? PSM meraikan lagi ada lah. Kenapa bila PSM nak guna logo sendiri, dituduh macam-macam pula?
Saya pun pelik bagaimana seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti besar seperti AMANAH tidak tahu bagaimana proses penganugerahan ini dilaksanakan. Sebenarnya, yang cadang dan hantar Pak Samad itu adalah kerajaan negeri yang memerintah, iaitu Pakatan Harapan. Pelik bagaimana dia sebagai seorang pemimpin parti neo-liberal tetap gagal faham perkara semudah ini. 



Bila orang PSM kritik PKR secara profesional, dia kata PSM serang Pakatan. 
Tapi dia siap bagi gelaran kepada PKR, secara tidak profesional, adakah kita marah dan tegur?

Sudah tentu PSM tidak marah, kerana PSM bukan dalam keluarga Pakatan, dan PSM raikan kebebasan bersuara mana-mana pihak. 

Jadinya, mengapa sukar untuk faham apabila PSM mengkritik dasar dan polisi mengarut yang dilaksana oleh parti yang sama dikutuk oleh Pengarah Komunikasi AMANAH ini sendiri? 


Berjuang bukan kerana jawatan, baguslah.
Cumanya, kalau dah berjuang bukan kerana jawatan dan pangkat, mudah ja, tak payah marah-marah orang lain bertanding dan dapat jawatan. Tak payah buat kenyataan depan media macam ni, dan tak payah nak bagitahu, "kami berjuang bukan kerana jawatan". senyap-senyap je.

Bila buat kenyataan media macam ni, nampak sangat macam kebulur dan gila jawatan, tapi tak salah pun kalau gilakan jawatan untuk jatuhkan orang gila daripada jawatan itu. Oleh itu, mudah saja, raikan kepelbagaian, henti menghina parti lain.

Namun, posting ini memang bertujuan untuk menyerang balas AMANAH kerana masyarakat perlu mendapat penjelasan akibat daripada serangan bertubi-tubi AMANAH kepada PSM dua-tiga hari ini.

BAGAIMANA AMANAH AKAN JADI SEPERTI PAS? NANTIKAN SIRI 2 TULISAN INI>