Saturday, February 17, 2018

31 Kerusi Parlimen Pakatan Harapan Bakal Saksikan Perlawanan Sesama Sendiri?

Menurut seorang sumber sekretariat Pakatan Harapan, 31 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan oleh Pakatan Harapan bakal menyaksikan perlawanan sesama parti dalam Pakatan Harapan. Ini berikutan terdapat parti dalam komponen Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan pengumuman majlis presiden Pakatan Harapan. 

Walaupun pengumuman itu diumumkan muktamad oleh Mahathir pada satu majlis konvensyen tahun lalu, parti-parti yang bertanding tidak rasa berpuas hati justeru akan mengabaikan keputusan majlis presiden. 

Dianggarkan lebih kurang 31 kerusi dalam senarai Parlimen yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan akan menyaksikan perlawanan sesama parti komponen sama ada PKR bertemu DAP atau PPBM bertemu PKR serta PAN bertemu PKR. 

Antara kerusi yang bakal menyaksikan perlawanan sesama ahli Pakatan Harapan ialah Parlimen Shah Alam dan Parlimen Pandan. 

Justeru itu, Revolusi Habib difahamkan bahawa majlis presiden akan bersidang dalam waktu terdekat bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru itu bagi memfokuskan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum akan datang. 

wartawan: Ahmad Saidi Ismail. 
Kerusi Parlimen Shah Alam dijangkan akan direbut oleh Azmin dari PKR dan akan bertembung dengan Khalid Samad dari PAN.