Saturday, February 24, 2018

Idea Kolumnis: Pakatan Harapan Bakal menyambung Konsesi Tol Jika Menang Pusat?

Dua hari yang lalu, Najib Tun Razak memberitahu dalam satu majlis umum bahawa beliau antara orang yang menentang projek tol yang dimulakan Mahathir. Ramai rakan saya daripada golongan makmum Pakatan Harapan serta para imam didalam gabungan tersebut menyindir Najib Razak kerana kata-katanya itu. Namun, saya mempunyai pendapat berbeza mengenai hal tersebut. Saya tidak menjadi makmum ataupun pengikut kepada pembangkang dalam isu ini. 

Ini kerana jika kita melihat kepada statistik, sepanjang 9 tahun Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menutup lebih daripada 10 buah tol berbanding kerajaan Selangor yang mempunyai saham terbesar dan berkuasa besar untuk menutup 2 buah tol KESAS dan LKSA selepas 2 penggal menjadi kerajaan. Namun, cakap-cakap Pakatan Harapan ini hanya ibarat tin kosong, mereka tidak mahu membeli baki saham beberapa puluh peratus tersebut dan terus menikmati kekayaan hasil kutipan tol di Selangor itu. Malah, ada juga kroni mereka dilantik menjadi CEO dalam syarikat konsesi tersebut. 

Sebab itu apabila saya katakan usaha Najib menutup tol ini harus dipuji sebagaimana Haji Hadi Awang berjaya menutup tol di Terengganu selepas PAS memenangi Terengganu, ramai penyokong Pakatan Harapan menuduh saya pro Najib dan terus membuta tuli tanpa memahami isu ini dengan jelas. 

Apa lagi yang menyebabkan saya kata Pakatan Harapan bakal meneruskan tol jika mereka memerintah? 

Ayuh kita lihat bagaimana projek terbaru lebuhraya dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Selangor. SUKE, DASH dan KIDEX, kedua-duanya ini adalah projek penuh dibawah Kerajaan Negeri Selangor dipimpin Azmin Ali. Malah, ketika meluluskan projek ini, Rafizi Ramli cuba membantah namun apakan daya, Rafizi Ramli hanya seorang diri dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR yang ada keberanian sedikit untuk melawan pemimpin parti mereka. Walaubagaimanapun, projek itu gagal dihalang oleh Presiden PKR kerana para pemimpin PKR sendiri hanya mengikut telunjuk Azmin bagi memastikan mereka mendapat sedikit habuan daripada projek berkenaan, mungkin. 
Sila rujuk kenyataan ini disini: 

Manakala di pihak Najib Razak, Najib telah berjaya membuktikan projek lebuhraya Pan Borneo dan projek lebuhraya Pahang-Kelantan sejauh 411 KM telah pun dimulakan dan tanpa dikenakan tol. 

Lebih menguatkan hujjah bahawa Pakatan Harapan akan membuat duit melalui tol ialah apabila bakal PM Pakatan Harapan sendiri memarahi wartawan yang mempertikaikan tol di Malaysia terlampau banyak dengan mengatakan bahawa tindakan beliau semasa menjadi PM dahulu membina tol adalah baik dan bagus malah dikatanya paling murah di dunia. Boleh rujuk kenyataan Mahathir itu disini: 

Masihkah anda percaya dengan manifesto Pakatan Harapan? Oleh itu, jika saya menjadi seorang pengundi, saya akan mengundi parti mana yang lebih memberi manfaat kepada saya, anak dan cucu saya. Undi saya adalah rahsia. 
antara berpuluh tol yang telah ditutup oleh kerajaan di era Najib Razak. Kerajaan terpaksa membayar gantirugi yang besar kepada konsesi akibat tindakan Mahathir yang memberikan konsesi hampir seratus tahun kepada kroninya pengusaha tol. 


Oleh Khalid Mohd Ismath
Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia.