Tuesday, April 10, 2018

Syed Saddiq Gagal Jawab Soalan Mengenai Polisi Pendidikan Oleh Genius Matematik, Adiputra.

Debat antara Pemuda Pakatan Harapan dan Barisan Nasional beberapa hari lalu di Shah Alam berlangsung tanpa kehangatan memandangkan wakil daripada kedua-dua blok parti politik utama negara menampilkan pendebat pra-matang sekaligus menyebabkan kehadiran dalam sesi debat berkenaan sangat kurang. Selain dewan tidak penuh, mutu perdebatan juga dilihat sebagai kualiti sekolah rendah. 

Menurut seorang pensyarah UITM, beliau kecewa dengan mutu perdebatan daripada Pemuda BN dan PH kerana mereka kedua-duanya merupakan pemimpin politik nasional tetapi memperdebatkan isu-isu yang tidak matang dan tidak dapat memberikan penerangan yang baik. 

Turut hadir dalam sesi debat itu sebagai penonton dan pengkritik ialah genius matematik negara, Adiputra yang pernah menggegarkan dunia dengan kehebatannya dalam bidang Matematik dan English. Beliau turut bangun bertanya soalan kepada Syed Saddiq selaku pendebat daripada PH mengenai bagaimana PH akan mengubah sistem pendidikan negara supaya lebih maju ke hadapan. Malangnya jawapan yang diberikan oleh Syed Saddiq ialah, beliau akan memastikan tidak ada lagi bendera BN dikibarkan oleh pelajar sekolah. 

Adiputra kelihatan kecewa dengan soalannya yang tidak dijawab dengan baik kerana soalan beliau adalah berkenaan dengan polisi tetapi dijawab oleh Syed Sadiq dengan menyentuh isu politik dalam sekolah.
Adiputra, kini merupakan pensyarah di beberapa buah institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang matematik.