Tuesday, March 27, 2018

PH dan BN Tidak Sokong Mansuhkan AUKU, Mahu Mahasiswa Terus Dikongkong

Sekumpulan mahasiswa yang diketuai oleh Asheeq Ali, mahasiswa jurusan undang-undang UKM yang digantung pengajian mengadakan satu protes senyap di depan Parlimen. Gesaan mansuhkan AUKU yang telah lama sunyi selepas gerakan mahasiswa terlalu sibuk fokus dalam isu 1MDB kini dicetuskan kembali oleh sekumpulan mahasiswa non partisan. 

Protes ini walaubagaimanapun tidak mendapat perhatian dan sokongan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Wartawan kami yang berada di lokasi mendapati tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menghampiri dan memberikan sokongan kepada kumpulan mahasiswa berkenaan. Sebahagian Ahli Parlimen malah dilihat mencemik ke arah mahasiswa berkenaan yang menutup mulut mereka sebagai simbolik mahasiswa dibisukan oleh kerajaan. 

Sekumpulan anggota polis berpakaian FRU, berpakaian biru biasa dan pereman, kira-kira seramai 50 orang cuba menghalang mahasiswa berkanaan daripada terus berhimpun dan mengadakan gimik mereka ketika kehadiran para YB ke Parlimen. 

Turut kelihatan memberi solidariti adalah pemimpin pemuda Parti Sosialis. 

(video ehsan FMT)