Monday, March 12, 2018

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Boikot Azmin Ali Dalam Parlimen?

Sidang Parlimen isnin lalu kecoh mengenai sindiran Najib Razak kepada Azmin Ali selepas menjawab soalan Azmin dengan sindiran isu air yang berlaku di Selangor. Video berdurasi kurang 10 minit itu ditayangkan secara langsung oleh Parlimen dan dipetik oleh beberapa portal media seperti malaysiakini dan lain-lain. 

Video menunjukkan Perdana Menteri memberi laluan kepada MB Selangor itu bertanyakan soalan ketika beliau sedang berbahas. Selepas Azmin selesai bertanyakan soalan, Najib dilihat bangun dengan tenang sambil memulakan jawapan beliau dengan sindiran meminta Azmin Ali menyelesaikan terlebih dahulu isu air di Selangor. Azmin kemudiannya berang dan cuba mempertahankan diri beliau namun tidak mendapat perhatian seorang pun ahli parlimen pembangkang didalam dewan. 

Lebih mengejutkan, krew Revolusi Habib yang bertandang ke Parlimen pada hari berkenaan mendapati, hampir 90% ahli parlimen pembangkang meninggalkan dewan sebelum Azmin memulakan soalan dan 10% yang berada didalam Parlimen tidak bangun untuk membantah tindakan Najib Razak menyindir Azmin Ali itu. 

Krew Revolusi Habib kemudiannya mendapatkan penjelasan beberapa orang Ahli Parlimen mengenai video itu. Sebahagian mereka menganggap itu adalah kesilapan Azmin kerana telah menyebabkan isu air yang patutnya selesai di zaman Tan Sri Khalid tetapi dipanjangkan dizaman Azmin.

Azmin telah membatalkan segala usaha Tan Sri Khalid ketika beliau menjadi MB yang ingin mengambil-alih semula hak pengurusan air supaya terus berada dibawah kerajaan Selangor. Namun selepas Azmin menjatuhkan Khalid, Azmin dilihat lebih mesra dengan syarikat pro Barisan Nasional itu untuk memberikan hak kepada mereka menguruskan air Selangor. Akibat daripada tindakan Azmin ini, telah menyebabkan pelbagai masalah berlaku kepada rakyat Selangor kebelakangan ini dalam isu air. 

Kerusi bahagian Ahli Parlimen pembangkang dilihat kosong ketika Azmin berucap dan bertanya soalan. 



Wartawan: Ahmad Saidi Ismail