Monday, January 6, 2020

Tiada Menteri Mahu Pertahan Maszlee

Kakak saya seorang penyokong tegar Maszlee. Mak Bapak saya juga. 
Ramai orang kata Maszlee adalah orang yang baik-baik. 
Sememangnya saya tak nafikan dia adalah orang baik. 

Banyak juga perkara baik yang Maszlee lakukan. Dikhabarkan, ramai guru yang dahulu sukar hendak menukar tempat mengajar, kini dipermudahkan. Kerja-kerja pengkeranian para guru juga kini sudah dikurangkan. Itu sumbangan Maszlee. Kita sokong usaha Maszlee ini. 

Namun, baik-baik Maszlee ini bukan bermakna beliau layak menjadi menteri, malahan tadi, saya baca dua tiga karangan oleh para bekas pekerja Maszlee yang sendiri mengatakan Maszlee tidak pandai bermain politik. Bermakna, orang yang pernah bekerja rapat dengan Maszlee sendiri akui, Maszlee tidak layak menjadi menteri. 

Dalam diam, kita tidak tahu rupanya Maszlee cuba bawa pengaruh Arab Saudi. Cubaan Maszlee merapatkan diri dengan kerajaan Arab Saudi adalah perkara nombor satu yang wajib kita tentang bersama demi masa depan anak cucu kita. Maszlee dalam usaha untuk menghidupkan semula pusat "keamanan" yang diketuai kepala pengganas iaitu Arab Saudi (seperti yang dilapor FMT). 

Islam gaya Arab Saudi bukan budaya kita. Kerajaan telah pun ambil tindakan terawal menutup segala pusat berkaitan agenda Arab Saudi di negara kita. Dalam bab ini, Mahathir wajar dipuji, dibantu Mat Sabu. 

Ramai kata isu Maszlee dibuang adalah kerana Mahathir bengang dengan tindakan Maszlee membatalkan projek YTL dibawah KPM, namun syarikat yang menerima projek baru tersebut juga adalah kroni Mahathir, Syed Mokhtar Bukhari iaitu TM. Jadi, apakah isunya tidak beri projek kepada kroni? bukan isu kroni semestinya. 

Puluhan menteri dalam barisan kabinet, tidak seorang pun yang membantah pemecatan Mazslee. Tidak ada seorang pun yang bersuara beritahu sebab Maszlee dibuang. Saya sembang dengan orang-orang kuat menteri dan bertanya mengapa semua menteri diam? Rupanya ramai menteri yang tidak senang dengan Maszlee. Kenapa? 

Antaranya, Maszlee dilihat cuba melakukan agenda perubahan, namun didalam perubahan itu wujud anasir-anasir yang tidak wajar dibawa bersama seperti pengaruh Saudi seumpamanya dan juga pendekatan satu agama(Islam) dalam akademik yang mana akademik sewajarnya sekular sebagai tindakan adil untuk semua pihak.

Saya yakin, bukan orang tidak soleh seperti saya sahaja yang tidak sukakan Saudi tetapi orang yang alim seperti Tuan Guru di pondok-pondok dan Ulama gerakan Islam diseluruh dunia tidak sukakan kerajaan Saudi. 

Entah mengapa, beriya-iya Maszlee mahu bawa masuk dan bekerja rapat dengan kerajaan paling kejam selepas Israel dan Amerika itu. 

Maszlee juga dinobatkan sebagai menteri paling banyak diserah memorandum bantahan akibat tindakan-tindakannya yang bertentangan dengan aspirasi rakyat. Antaranya ialah melantik diri sendiri menjadi pengerusi di sebuah universiti. Melantik kawan-kawan IKRAM-nya sebagai pegawai tinggi di universiti dan juga membawa isu-isu remeh seperti kasut sekolah untuk dijadikan agenda utama dalam sidang media. Sama ada para pegawai Maszlee sengaja mensabotaj atau kebodohan Maszlee sendiri, hanya mereka dua pihak sahaja tahu. Maszlee juga sering lari daripada wartawan, menipu wartawan dan pelbagai taktik licik seolah-olah beliaulah artis yang sedang dikerumuni paparazi. Ini pernah jadi tajuk berita di media utama. 

Dalam banyak perkara baik yang Maszlee bawa ke dalam dunia pendidikan negara, namun disebabkan oleh satu dua tindakannya yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak kita (contohnya: diajar dan dipengaruhi oleh guru-guru Arab Saudi), lebih baik kita memilih untuk mengenepikan Maszlee. 

Tindakan sama juga kita lakukan pada Najib Razak. Punyalah banyak perkara baik Najib buat untuk rakyat seperti pembinaan LRT, MRT yang tambangnya sangat murah serta BRIM dan lain-lain, namun disebabkan oleh tindakan Najib dalam isu 1MDB dan Altantuya, kita memilih untuk mengenepikan Najib. 

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya, takkanlah kawan baik Maszlee dalam JIM dahulu yang kini sama-sama menjadi menteri dan sangat rapat, pun tidak mahu membela dan bersuara untuk Maszlee? 

Pasti ada salah yang Maszlee lakukan sehingga membuatkan mereka terdiam untuk berkata-kata. 

King Salman, sekutu kuat Israel dan USA yang sangat dibenci oleh Mahathir , Anwar , Kit Siang dan Mohamad Sabu. 

perkara pertama Mahathir lakukan dalam kerajaan adalah menutup Pusat Keagamaan berkaitan Arab Saudi namun Maszlee cuba membukanya semula tanpa restu Mahathir.