Tuesday, May 15, 2012

Amalan semasa dalam lokap dan tahanan

Dalam berita ASTRO AWANI sebentar tadi ada diberitahu bahawa polis malaysia akan mulakan kerja-kerja menangkap dan memburu 120 peserta BERSIH yang dipapar dalam UTUSAN dan akhbar-akhbar UMNO lain bermula hari ini. oleh yang demikian, ada beberapa nasihat untuk amalan yang bakal bergelar tahanan. 

pertama, 

1) dalam lokap jangan lupa solat. tak ada jam dan tak nampak siang malam bukan alasan. ikut gerak hati bila agaknya masuk waktu. 

2) bagi yg dilokap bersama tahanan jenayah lain seperti penagih dadah, pencuri dan perogol, sila pastikan kerja-kerja dakwah islamiah dapat berjalan dengan baik. cuba sedaya upaya menghasut mereka menjadi baik dan beriman serta bertaqwa. oh ya, selitkan juga pasal mengundi pakatan rakyat. dapat pahala. huhu. 

3) mulut jangan lepa daripada bersolawat dan bertawassul. minta pada Tuhan dan minta belas syafaat para maksumeen supaya sentiasa dianugerah kekentalan. 

4) makan dan minum lah jika diberi. kalau tak beri, biarkan sahaja anda mati dalam tahanan. bila anda mati, pasti akan ratusan ribu membela anda dalam pilihanraya nanti. hihihih. 

5) pastikan anda ada peguam. boleh hubungi nombor kumpulan peguam LFL yang bekerja siang malam demi kebajikan para tahanan politik. sila rujuk akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru untuk mendapatkan nombor mereka. 

6) pastikan anda maklum jam berapa anda ditahan dan jam berapa anda dibebaskan. ini kerana ada kes sebelum ini pihak polis menahan secara tidak sah. 

oleh yang demikian, setelah anda keluar dari lokap, pastikan anda cerita jenis apa penderaan yang berlaku ke atas anda. saya yakin pihak polis sentiasa berhemah dan adil dalam menjalankan tugas mereka. 

anda adalah pejuang wahai semua tahanan BERSIH. 


kita tidak akan lupa ini. 

dan ini...

as-syahid BAHARUDIN (bersih 2.0) 

harapnya polis bertindak dengan hemah dan islamik.