Tuesday, May 15, 2012

kisah tentera perut buncit

saya yakin dan percaya, pasukan tentera sentiasa teguh menjaga keselamatan negara.

tapi saya tidak yakin bila tengok ada pasukan tentera yang berperut buncit. hendak-hendak lagi menimbulkan provokasi dihadapan rumah orang awam. di kawasan taman perumahan.

saya tak kisah kalau ada anggota tentera mahu guna dadah atau alkohol. itu urusan dia dengan tuhan.

tapi kalau dah sampai menimbulkan gangguan kepada orang awam, memang lah menjadi satu perkara yang patut dijadikan isu moral yang besar.

senaman punggung yang dilakukan pasukan tentera siang tadi dihadapan seorang wanita adalah jelas menjatuhkan reputasi perdana menteri dan juga pasukan bekas tentera.

memang betul, bahawanya kumpulan bekas tentera yang buat senaman punggung dihadapan rumah ambiga itu hanya dalam sekitar 10 orang. mereka tidak mendapat sokongan para pesara tentera. kesian mereka. namun, masih, apabila mereka mengguna nama suci pasukan tentera itu, mereka telah mempersenda kemurnian pasukan penjaga keselamatan negara yang terletak dibawah mandat Yang DiPertuan Agong itu.

saya pun tak faham apa nak jadi dengan UMNO. sudah lah pada tahun 1993 mereka melucut kuasa besar raja-raja Melayu, kini mahu mencemarkan institusi diraja pula. hmm....

bertawassul kita tumbangkan Barisan Nasional.

video senaman bontot 10 orang bekas tentera perut buncit itu boleh diambil dari sini: (KLIK)

pasukan tentera wanita di Iran. mana ada lagi negara Islam yang punya pasukan tentera sehebat ini. KEMENANGAN KE ATAS IRAN!