Thursday, April 18, 2013

ARUL dan PERJUANGAN

gempar apabila PKR mengumumkan satu nama calon di semenyih yang entah dikutip dari mana

sejak 2004, Arul telah melakukan kerja-kerja rakyat di semenyih

dari pembelaan sekecil-kecil, hinggalah pembelaan sebesar-besar

Arul, nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat selangor khususnya kawasan semenyih. 

saya pergi ke kenduri kahwin orang UMNO di semenyih pun, mereka kenal arul dan hormat arul sebagai seorang individu yang prihatin dan menghormati pegangan orang lain

ya....mungkin PKR akan kata , masyarakat tidak berapa nak kenal lambang tangan PSM tersebut. 

tapi..masyarakat sudah kenal sosok tubuh bernama Arul yang setiap hari tidak akan ketinggalan turun padang

Arul bukan sekadar berjuang dalam sidang media spt aktivis lain. 

arul bukan sekadar berjuang dalam surat khabar spt politikus lain

tapi Arul, berjuang daripada segenap sisi masyarakat berbilang agama dan bangsa

tuan-tuan., lihatlah gambar dibawah:

tragedi kg berembang. Arul turun ke padang mempertahan golongan setinggan yang dihalau oleh kerajaan

ditangkap sudah, dibelasah sudah, dipenjara sudah! Arul sudah rasai semua!


bawani KS juga menyokong perjuangan arul! mengapa tidak kita?!!!


muka-muka para pejuang.para revolutioneer! 

akhir sekali..sila jalankan kempen untuk undi dan menangkan Arul di semenyih!