Friday, April 12, 2013

kenapa mahu lawan calon PR di Pekan?

Pakatan Rakyat telah pun sebulat suara mengumumkan Saudara Cikgu Fariz Musa(ahli majlis pemimpin pusat PKR) sebagai calon Pakatan Rakyat bagi parlimen Pekan. 

Namun, kita dikejutkan dengan sekumpulan mahasiswa yang umum mahu masuk bertanding kononnya mewakili Pakatan Rakyat. 

saya tidak mempertikai polisi yang dibawa dan dicadang oleh kumpulan mahasiswa berkenaan.

Namun begitu, saya mempertikai, apa dia yang cuba dibawa oleh mahasiswa berkenaan dengan melawan keputusan pakatan rakyat?

saya ingat lagi apabila ISMA mengisytihar mahu bertanding sebagai parti bebas dalam PRU, antara hebat yang mengkritik dan menghina penyertaan ISMA adalah pemuda PAS sendiri dan juga pemimpin kumpulan mahasiswa yang mahu bertanding tersebut(mereka juga sebenarnya dibawah pemuda PAS)

pelbagai kempen memburukkan ISMA dan memperlekeh ISMA sebagai pemecah belah undi kepada pakatan rakyat. YA, saya setuju! 

ISMA memang pemecah belah undi!

namun, apabila kumpulan mahasiswa yang memperkenalkan diri mereka sebagai GM 13 (ditaja oleh sekumpulan pemuda PAS UG) mengisytihar diri mereka untuk bertanding melawan BN di pekan dan juga dalam masa sama mengisytihar melawan PKR yang menghantar wakil AMK mereka melawan najib di pekan.

ini apa?

tidak cukup dengan usaha puak United Government(UG) dalam PAS ni yang halang Che Gu Bard bertanding lawan BN di Sg Aceh, penang? 

tidak cukup dengan usaha puak UG ini halang Dr Juanda melawan BN di Kangar? 

kini, gunakan tiket mahasiswa untuk halang dan pecah undi PKR di Pekan? 

sudah-sudah lah...

Mahasiswa tidak akan mudah dipegang oleh kumpulan pengkhianat! 

yang rela dipegang hanyalah kumpulan mahasiswa yang berlagak ustaz! 

esok dah menang, boleh sokong UMNO. kah kah kah! 

tuan-tuan boleh baca kenyataan kumpulan aktivis mahasiswa independen(KAMI) yang turut disokong oleh semua gabungan front mahasiswa seperti Gempur dari pantai timur dan DEMA daripada mahasiswa bangsa cina. 

kenyataan oleh KAMI: (klik)



kumpulan UG yang isytihar lawan 3 penjuru dan ingkar keputusan majlis presiden Pakatan Rakyat!