Tuesday, May 14, 2013

pluralisme. pasca 13 mei.

rakyat semakin faham

apa erti keterbukaan

kebebasan

bukan sekadar liberalisasi

tapi juga pluralisasi

benarkah pluralisasi itu salah dan dosa?

Nabi ketika sohifah dibentuk di madinah

meraikan pelbagai agama walau yahudi

yahudi yang sudah terkenal dgn kejahatan membunuh para nabi dalam islam

pun nabi meraikan kebebasan buat mereka membina rumah-rumah ibadat mereka

merayakan perayaan-perayaan mereka

membenarkan pengikut mereka menganuti

itu Nabi Muhammad SAW

betapa satu sosok tubuh yang maha agung dalam kalangan manusia

mengajar umat zamannya menjadi "terbuka"

semangat "keterbukaan" ini juga akan mendidik kita supaya belajar erti hormat dalam kalangan manusia

hormat menghormati perbezaan agama dan fahaman

inilah yang berlaku di cambodia

yang saya pergi beberapa hari lalu

dimana orang-orang buddha meraikan semangat orang islam

yang berperang dan berjuang melawan rejim khmer yang zalim

nama-nama islam seperti aishah, zainuddin diletak dalam muzium yang dimuliakan

itu sebuah negara yang amalkan buddha secara total.

namun, tetap agungkan Islam dan hormat hak Islam sebagai pejuang

inilah yang berlaku di aceh walau ia sebuah negara islam

sebuah gereja besar di tengah bandar tidak jauh dari masjid bandar aceh

inilah semangat keterbukaan yang kita raikan

pluralisme...ini lah dia. dan ia tidak langsung mengurangkan nilai2 islam dan martabat agama islam

malah ia akan mengajar manusia seluruhnya memahami setiap agama dan hormat padanya

selamat mendengar war epic music battle disini:

muzium yang dipenuhi colok memuja muji tuhan Buddha, namun, dipasak dan diframe keagungan pejuang Islam. ini di cambodia. dan ada beberapa tempat pameran lg yg sy tak rakam


lihat. walaupun buddha majoriti di cambodia. namun, atas dasar memahami warna Islam, semua org buddha turut pakai sama warna putih sbg warna kesucian islam. dibelakang, tuan puan boleh nampak yang berkopiah dan bertudung. semua dalam satu warna. putih. 

seorang msiswa muslim yang diberi ruang utk mewakil mahasiswa yang majoriti buddha disana utk berdialog dgn seorang delegasi dari amerika dan jepun dalam misi kemananan utk cambodia

ini nama pejuang2 krisitian di acheh. sebagai seorang muslim, saya diberi penghormatan oleh rahib bertugas utk masuk dalam kandangan dan menyentuh tugu dan pusara mereka.

pada hari saya melawat gereja, gereja ditutup. atas usaha teman beragama kristian di acheh, saya berpeluang  utk masuk

jika inilah yang dikatakan pluralisme. apa salah dan dosanya?
kita ke arah keamanan 



jika ini pluralisme. bukankah kita sedang meniti bahagia apabila semua agama bersatu atas dasar aman dan sejahtera utk meraikan kemanusiaan. 

amal dan ibadat, kekal dipraktiskan. Islam tetap Islam. Kristian tetap Kristian. Buddha tetap Buddha. 

tiada masalah bukan? yang jadi masalah ialah...

MOMOKAN DAN PROPAGANDA UMNO untuk memecah belah perpaduan kaum dan agama. 

moga mereka mendapat pengajaran akibat segala mcm tragedi yang menimpa atas fitnah mereka.