Wednesday, May 15, 2013

pluralisme. semakin rancak. bukan agenda Israel.

tulisan saya dalam posting yang lepas, menceritakan bagaimana disetiap pelosok saya pergi di asia ini, budaya dan semangat pluralisme semakin menular tinggi. sihat perkembangannya. 

cuma di myanmar, pemimpin buddha terlalu degil. harap pihak junta segera tangkap sami-sami yang tidak waras itu yang jadi pembunuh

saya menekankan pluralisme sebagai satu jalan dan wadah utk mengatasi konflik perkauman dan agama yang cuba diapikan oleh para pemimpin Barisan Nasional. 

semangat perkauman ini merupakan senjata yang antara termaktub dalam deklarasi serangan israel ke atas bangsa palestin pada 1948 dulu dalam satu sidang di eropah sebelum berlaku serangan. 

semangat Israel yang dijulang-julang oleh pemimpin bangsa mereka bahawa hanya bangsa Israel yang masyhur dan mulia manakala bangsa lain adalah hina dina ini lah yang dipasak dalam jiwa dan tubuh mereka yang jahanam itu untuk memastikan rakyat dan seluruh angkatan israel menjadi kuat dengan berlaku zalim dan tanpa perikemanusiaan ke atas bangsa palestin. 

anak-anak israel dibesarkan dengan lagu dan proses didikan watan mereka di sekolah malah universiti serta dlm sistem khidmat negara dengan budaya perkauman pengamalan agama yang menebal dan melampau. ekstrim.

ini semua berlaku apabila pluralisme tidak diketengah sekaligus membuang rasa hormat. 

justeru, Pluralisme adalah dengan tegas sekali bukan agenda israel utk merendahkan martabat Islam. malah, pluralisme adalah jalan untuk memastikan bangsa Israel itu tidak angkuh. malang, masih majoriti rakyat israel masih tidak terima pakai konsep pluralisme yang ajar kita budaya hormat dan tabik pada setiap agama yang mengajak kepada kedamaian sesama manusia. 

Deklarasi Madrid pada julai 2008 menegaskan semangat pluralisme diamal bagi elak perpecahan sesama agama

Dr MUjahid AJK PAS pusat antara insan dalam Pakatan yang tegar dalam hal perpaduan beragama

ahmadinejad dan chavez(mendiang) merupakan dua sosok yang paling membawa imej pluralisme dalam perihal perpaduan dan menghormati perbezaan pegangan

mufti bosnia, mustafa ceric dalam satu perjumpaan bersama ketua agama kristian, Pope Benedict ketika hari dialog perbezaan agama menekankan secara jelas pada november 2008 akan perbezaan itu penting untuk dihormati dan dirai walau berbeza agama


mufti Sudan dan pemimpin-pemimpin agama lain dari Sudan, Burundi, Albania and Kosovo dalam satu persidangan pada tahun 2000, menjamin pluralisme adalah sebagai jalan untuk menjadikan dunia lebih berperikemanusiaan. 

dan akhir sekali, ini gambar ketika saya bersama seorang aktivis hindu malaysia dari HINDRAF (tulen, bukan yang pro BN). dia seorang yang amat mengamalkan hindu dan percaya kepada penghormatan sesama agama adalah amat perlu bagi menjamin kesejahteraan sebagaimana yang ditegas dalam kitab veda nya

jadi, adakah PLURALISME itu bermasalah? 

apa yang berdosa dan salah?

masyarakat sudah tolak mereka yang cuba lawan pluralisme dalam pilihanraya. 

calon yang memainkan isu untuk menentang pluralisme jatuh tersungkur semuanya hilang deposit. 

saya harap budaya sihat ini terus diamal rakyat malaysia bagi memastikan kita faham mengenai budaya sihat agar negara aman dan sejahtera 

percayalah, dengan pluralisme, yang Islam tetap dapat mengamal Islam dengan baik. yang Kafir, tetap dapat mengamal kepercayaan mereka dengan baik. 

Islam tetap boleh dianggap sebagai nombor satu oleh umat Islam dan tidak ada paksaan kepada mereka yang bukan Islam untuk menidakkan agama mereka juga.