Sunday, May 26, 2013

rasional la wahai pemuda oii...

hari ini sy tgk berita paparkan kenyataan media beberapa ketua pemuda kawasan (yang saya percaya terlibat dengan agenda UG-UMNO) ugut mahu hina Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR seandainya shamsul tidak ambil tindakan ke atas ucapan beliau sendiri yang mengkritik haji hadi presiden PAS kerana benarkan calon PAS lawan sesama calon pakatan di beberapa kerusi yang akhirnya sebabkan kekalahan pakatan rakyat di tempat-tempat tersebut. 

Shamsul Iskandar yang juga mempertahan Che GU Bard iaitu salah seorang calon dihantar PKR utk berlawan di pulau pinang telah dihentam sehebatnya oleh lapisan pemimpin pemuda PAS di peringkat kawasan. 

pertama sekali mari kita lihat kronologi

dalam tempoh berkempen semasa PRU 13, beberapa hari sebelum buang undi. dalam satu ceramah umum. di khalayak. 

presiden PAS yang terkenal dengan khabar angin bahawa beliau sebagai org kuat UG telah mengeluar kenyataan menghina kepada calon-calon PKR. antaranya ialah tuduhan-tuduhan palsu iaitu calon PKR tak layak. Calon PKR jual dadah. Calon PKR suka komunis. dan macam-macam lagi. 

bukankah dalam tahaluf siyasi yang telah dipersetujui bahawa gerakan Islam seperti PAS boleh bekerjasama dengan org kafir sekalipun asalkan matlamat utama jatuhkan rejim zalim tercapai? 

jadi...apabila haji hadi mempertikai pegangan komunis atau ethist seseorang itu, maka dia telah melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui utk bekerjasama hatta dengan orang kafir. 

jadi...kritikan shamsul tu betul la kan?

haji hadi telah melanggar tahaluf siyasi. 

sepatutnya walaupun calon tu suka kat kafir ka..komunis ka..calon tu tetap bawa agenda PAS iaitu nak jatuhkan BN sepertimana dipersetujui dlm perjanjian bersama. 

baik. itu satu. haji hadi hina calon PKR di khalayak ceramah umum. dengan tuduhan tidak berasas. 

kedua, shamsul jawab. 

Shamsul ketua AMK pusat menjawab isu haji hadi hina PKR dalam sebuah kongres yang diadakan tertutup di dewan sivik PJ. 

shamsul jawab depan perwakilan. depan jawatankuasa. bukan depan khalayak awam. 

dan shamsul kritik balas haji hadi bahawa haji hadi sepatutnya sedar dgn perjanjian dan tahaluf siyasi yang disepakati bersama. 

ok. sekarang kita lihat. 

mula-mula..siapa serang siapa dulu?

kedua...adakah orang yang jawab tuduhan itu dikira menghina? 

ketiga, pemuda-pemuda PAS kawasan yang ugut nak hina anwar ni apa posisi dia?

setakat kawasan je kan? 

nampak tak? 

percaya tak kalau saya kata semua yang keluar kenyataan media pada tv3 ni adalah ketua-ketua pemuda PAS kawasan yang bakal melompat kpd UMNO? 

korang tahu kan isu UG? so...fikirkan la....rasional tak lagi pemuda PAS mcm tu..

harap pemuda PAS pusat ambil tindakan. 

sekian. 

Nik Aziz merupakan satu-satunya sosok ulama dalam PAS yang mempertahan PAS daripada anasir UG
gambar : beliau bersama bawani seorang anak muda fahaman sosialis

nik aziz juga seorang ulama dalam PAS yang begitu terbuka dan meraikan kepelbagaian asalkan kita sama-sama lawan rejim BN yang zalim. inilah tahaluf siyasi.