Monday, July 14, 2014

harapan rakyat selangor jika Azmin jadi MB

Dalam post-post yang sebelum ini lagi, saya amat tidak bersetuju jika wan azizah menggantikan Khalid Ibrahim. 

Dan calon yang ada hanya dua. sama ada azizah, atau azmin. 

6 sebab utama mengapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan daripada takhta MB telah pun saya tulis dalam post-post yang lalu. boleh baca sini: "kenapa saya suka MB selangor ditukar?"

Khalid Ibrahim banyak bertindak angkuh. mengenepikan suara rakyat dan menafikan hak para aktivis yang berlainan pendapat. 

saya yakin, jika Azmin menjadi MB, maka dia dilihat lebih mudah menerima idea dan pendapat orang berbeza kerana kemahiran politiknya. 

Namun, apabila Azmin Ali menjadi MB, rakyat hanya harap satu sahaja. satu sahaja perkara yang akan membuatkan akar umbi kekal dan setia untuk mempertahan negeri Selangor. 

apa dia?

Bela nasib aktivis yang dianiaya

bela nasib marhaen tertindas

kurangkan beban rakyat dengan hapuskan apa yang dibuat Khalid Ibrahim selepas PRU 13 lalu:

dizaman khalid ibrahim:
-peningkatan cukai, 
-bayaran parking majlis perbandaran, 
-saman dan rampas peniaga2 kecil 
-menafikan peruntukan diminta kumpulan kebajikan dan hak asasi
-menafikan rakyat dan menangkan exco yang membuat kesilapan ke atas rakyat
- tidak turun padang
- meremehkan pandangan akar umbi 
- angkuh dan sombong dengan orang kebanyakan

jika azmin  berjaya menghapuskan ini semua daripada pemerintahan kerajaan selangor, sudah pastinya rakyat akan menilai azmin sebagai MB yang baru dan membawa nafas baru kepada mereka dengan mengagungkan rakyat

jika azmin gagal menunjukkan keteladanan ini dalam tempoh 3 bulan, maka team khalid ibrahim ataupun rakyat marhaen akan menilai Azmin sama sahaja seperti Khalid

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago melawat dan mempertahankan peniaga2 kecil. inilah antara yang membuatkan rakyat tertarik.