Monday, July 7, 2014

kenapa saya suka MB selangor bertukar?

Desas desus mengenai pertukaran MB selangor amat mengujakan saya. saya suka betul bila tengok orang politik ini bertelagah. sekurangnya boleh jadi penghibur hati yg duka.

bukan apa. bila politikus ini bergaduh, ada jenaka-jenaka yang best untuk kita tonton.

mengapa saya suka MB selangor ditukar?

1) sudah 2 penggal Khalid Ibrahim menjadi MB. kuasa yang terlalu lama, akan mencetuskan penyelewengan. bukankah sebelum ini kita membantah diktatorship yang dibawa mahathir? apalah salahnya jika kita meraikan pertukaran ini dengan jayanya?

ramai yang akan kata saya ni barua azmin. walaupun saya pernah bertugas lebih 1 tahun dibawah PKR, saya tidak pernah mendaftar keahlian sbg ahli parti itu walaupun ada kawan-kawan saya yang kemaruk dengan jawatan mendaftar walau masih belajar dan bergelar aktivis mahasiswa.

2) rakyat semakin terbeban dibawah Khalid Ibrahim selepas 2 penggal. tidak dinafikan, penggal pertama kemenangan PR di Selangor, rakyat dapat macam-macam habuan. antaranya skim mesra usia emas yang memberi voucher Rm 100 setiap tahun kepada warga emas. 20 meter padu air percuma setiap bulan. dan ada lagi beberapa keistimewaan yang rakyat dapat. namun, penggal kedua menyaksikan kerajaan negeri cuba mengumpul semula apa yang telah diberi kepada rakyat dengan mengenakan pelbagai bayaran. antaranya, bayaran parking yang semakin merepek termasuk di kampong-kampong. ramai yang mengeluh khususnya orang kampong. bila buat demo, PR akan tuduh ini agenda UMNO. dimana rakyat mahu mengadu? ini belum lagi perihal cukai yang semakin dinaikkan di selangor. bayaran tapak meniaga tepi jalan yang semakin tinggi. hak2 peniaga jalanan yang dirampas barang-barang mereka. dan banyak lagi kalau hendak dikatakan disini.

3) mencuba selera baru. apalah salahnya kita lihat bagaimana MB baru memerintah? lepas setahun, kita desak dia berundur pula sebagaimana kita desak khalid ibrahim berundur. MB baru tidak akan dapat menyeleweng kerana disekelilingnya ada pelbagai pemimpin yang memerintah bersama iaitu PAS, DAP dan PKR yang lainnya

4) pertukaran MB akan menukar para exco. rakyat selangor sangat muak dan mual melihat muka-muka exco yang sama sejak 2008. exco-exco ini bukan sahaja sombong malah bodoh dalam mengagihkan peruntukan. banyak duit kerajaan negeri dibelanja oleh exco-exco ini kepada perkara-perkara yang tidak memberi manfaat kepada rakyat kebanyakan. exco-exco ini kuat membodek KHalid IBrahim. apa sahaja exco buat, khalid ibrahim akan setuju punya. exco ini boleh dikatakan sebagai perosak kepada imej khalid ibrahim juga.

5) orang kanan MB yang busuk hati. semua jelas dan maklum bila sebut sahaja nama orang kanan MB, orang akan marah. mereka ini bertindak seolah MB itu mereka yang punya. hanya mereka yang boleh kulom dan peluk. hanya mereka yang boleh cium dan rogol. MB perlu berada dekat di hati rakyat. bukan sekadar duduk di pejabat. MB ada kawasan sendiri untuk dijenguk. bukan sekadar menang pilihanraya. apabila MB gagal berada rapat di hati rakyat, maka MB akan jadi asing di hati rakyat.

kenapa rakyat kedah suka MUkhriz walaupun rakyat kedah tahu mukhriz ni punya la jahat jika nak dibandingkan dengan pemimpin PAS yang berjiwa hati nurani ulama wal umara'? kerana mukhriz sering menjenguk rakyat dan menambat hati rakyat dengan berada hampir setiap minggu dengan rakyat. pemimpin PAS? sibuk mengkafirkan orang di Kedah. rakyat menyampah. nah sekali PAS tertonggeng di kedah walaupun pemimpinnya ulama. bala!

6) suara golongan tertindas dihina dan tidak dihiraukan. ramai golongan seni datang ke SUK. mintak jumpa dengan MB. tapi mereka ini langsung tidak dilayan. ramai aktivis yang dianiaya oleh kerajaan pusat melalui pelbagai cara, datang berjumpa MB, tapi? mereka ini dihalau. dulu kita marah bila ustaz azizan bekas MB Kedah halau mahasiswa kuin yang datang merayu. tapi zaman Khalid Ibrahim apa kurangnya? mahasiswa yang boleh membodek MB, pasti akan dilayan. mahasiswa yang dilihat tidak sekepala dengan MB, biarlah agendanya mulia dan murni sekalipun, pasti akan ditendang.

ini antara sebab kenapa saya suka MB ditukar di Selangor. sekian.

saya bukan orang azmin. saya peminat tegar Azwan Ali.

tentera kerajaan Iraq yang baik. hati melayan tawanan dengan budi pekerti. inilah tentera Islam. bukan kerjanya sembelih orang seperti pihak mujahidin. 

nabi tak pernah semelih. nabi hanya layan tawanan dengan baik. ingat!