Sunday, January 8, 2017

Dr Fathi Yakan Keluar Ikhwan Muslimin | Syarahan Perdana Tuan Guru Haji Hadi Isu Pergolakan Asia Barat : Ulasan Oleh Khalid Ismath (Siri 2)

Sambungan kepada tulisan yang lalu, sebelum saya memulakan isi-isi terkandung dalam ucapan Tuan Guru Haji Hadi dalam syarahan perdana tersebut, saya ingin menceritakan bagaimana hasad dan dengki segelintir mereka yang bencikan perdamaian dan terlalu sarat otak pemikirannya dengan sentimen yang rasis dan fasis. Ketika saya dilantik sebagai campaign manager kepada seorang naib presiden parti politik pembangkang pada 2012, datang seorang pemimpin PAS (kini telah masuk AMANAH) kepada majikan saya. Dia mengugut bahawa jentera partinya itu akan memutuskan hubungan dengan parti majikan saya ini sekiranya saya terus bertugas untuk parti berkenaan. Ini soal cari makan. Saya bukan ahli parti berkenaan. Saya hanya bekerja. Menjadi campaign manager adalah kerjanya untuk berusaha memenangkan calon dalam pilihanraya. Namun perempuan bergelar doktor ini yang kini menjadi pemimpin AMANAH dan para ahlinya dalam PAS ketika itu bertubi-tubi menyerang saya dan majikan menggesa saya segera digugurkan. Orang ini berpura-pura sebagai seorang yang berpemikiran terbuka didepan penganut Hindu, Kristian dan Buddha. Walhal, jiwanya penuh sarat dan padat dengan cara berfikir seorang yang rasis dan fasis. Jahat.

Mujur majikan saya ini beragama Kristian. Lantak lah apa mereka mahu serang. Majikan saya mempertahankan saya bersama Pegawai Khasnya juga mempertahankan saya. ini soal pegangan peribadi. Mengapa agaknya perempuan tua in sibuk hal-hal seperti ini yang tidak ada kena mengena dengan gerak kerja jentera pilihanraya? Saya bersyukur apabila pemimpin AMANAH beri jaminan perempuan tua ini tak akan dapat bertanding di kawasan tempat tinggal saya lagi.

Berkait dengan “dengki” dan “hasad”, Tuan Guru menyebut, Pada 2006, ketika Majma’ alFiqh yang turut dianggotai Haji Hadi Awang dan beratus-ratus negara Islam lain membuat keputusan bersatu padu sesama Islam dan mengiktiraf banyak mazhab terpinggir sebagai Muslim dan wajib dihormati, Amerika tidak senang dan panas punggung. Amerika dengki sekiranya negara-negara Arab ini bersatu, maka Amerika akan dipinggirkan. Dollar berkemungkinan tidak akan digunakan. Petroleum, Titanium yang kaya di negara Arab itu tidak akan dapat dinikmati US. maka konflik mazhab dimainkan oleh Amerika semula. Tiba-tiba, Naib Presiden Amerika ketika itu membuat pengumuman di Iraq kononnya Amerika bersedia untuk bersama kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bagi melawan Syiah. Bayangkan, seorang pemimpin berketurunan Yahudi ini bercakap mahu berlawan untuk memenangkan Ahli Sunnah? Ya. Inilah realitinya. Maka ramailah pemimpin Sunnah menjadi gila mencium tangan naib Presiden US ini kononnya US ini pro Ahli Sunnah. Hinggakan, ada mufti negeri wahabi membela US dan Israel kerana membantu Saudi melawan Syiah. Katanya, ini strategi. Ya, bak kata haji Hadi, inilah strategi bodoh orang Arab khususnya Saudi yang tidak memahami bahawa dirinya sedang diperalatkan imperialis untuk menghancurkan negara-negara Islam dan Tanah Arab.

Sejarah silam tercatat dalam buku karangan Maryam Jamilah. Seorang pemimpin wanita yang dipenjara oleh Israel bersama beberapa ekor anjing liar dan buas. Maryam menyatakan dengan jelas bahawa Muhammad Abdul Wahhab sememangnya pernah bersekongkol dengan Amerika dan keturunan Saud bagi menguntungkan Amerika. Ini ditulis oleh Maryam Jamilah. Satu nama besar yang tidak asing dalam perjuangan gerakan Islam. Walaupun didalam buku itu Maryam tidak memperlekehkan gerakan Wahabi secara mutlak dan hakiki, namun apa yang kita dapat faham ialah jelas, nyata dan terang Muhammad Abdul Wahhab bersekongkol dengan Amerika dan keturunan Saud.

Haji Hadi juga memetik Wall Street Journal pada 2006, akibat panas punggung dengan keputusan kesatuan sesama mazhab dalam Islam, tiba-tiba, Condoliza Rice, Setiausaha Agung Amerika Syarikat ketika itu membuat pengumuman di White House bahawa kerajaan Amerika telah bersepakat dengan beberapa negara konco untuk memetakan semula dunia Arab. Polisi baru Amerika ini dipanggil sebagai peta berdarah oleh harakatul Islam seluruh dunia kerana strategi untuk memetakan semula ini akan menggunakan taktik pengeboman, pengusiran dan pembunuhan mereka yang ingkar. Anda tahu siapa yang tandatangan menyokong peta berdarah ini?

Majoriti negara Arab bersetuju dengan pemetaan semula ini. Laknat Allah ke atas mereka semua. Mereka bersetuju Amerika membuat polisi membunuh ini ke atas rakyat bangsa Arab? Inilah yang kita sebut sebagai “motherfucker” ke atas semua pemimpin Arab. Walaupun begitu, ada beberapa negara yang melawan. Syukur Alhamdulillah. Ustaz Hadi Awang menggelar dalam ucapannya bahawa negara arab ini bodoh kerana mengikut telunjuk dan arahan Amerika. Ya, saya setuju, Arab memang bodoh.

Ketika Ikhwan Muslimin Mesir termakan umpan Barat, pemimpin kanan Ikhwan yang tidak asing lagi namanya dalam masyarakat kita, iaitu Dr Fathi Yakan yang beberapa kali datang ke Malaysia mengambil keputusan untuk keluar dari Ikhwan. Ini rentetan kepada keputusan Ikhwan Muslimin Mesir yang seolah mahu bersama barat dalam memerangai Bashar. Antaranya ialah Dr Morsi Presiden Mesir yang paling bodoh sekali bagi saya. kenapa Morsi bodoh? Masa ini Morsi belum menjadi Presiden.  

Morsi bodoh kerana, sewaktu dia menjadi presiden Mesir, dia meminggirkan aspek ekonomi rakyat Mesir dengan mengikut prinsipal Amerika dalam menyelesaikan kemelut ekonominya. Membuat perjanjian dengan Amerika dan sekutu untuk diperdayakan lagi oleh Amerika dan sekutunya. Morsi terburu-buru membuat musuh dengan Iran dan sekutu Iran kerana Iran bermazhab Syiah. Morsi termakan dakyah Yusuf Qardhawi agar mengutamakan Israel demi “hukum Islam”. Al-Sisi (presiden Mesir kini) dilantik menjadi orang penting dalam kerajaan pusat Mesir. Apakah Morsi tidak kenal siapa Al-Sisi ketika itu?


(Morsi bersama Alsisi ketika melantik Alsisi sebagai General dan Menteri Pertahanan Mesir. Entah kenapa Morsi ikut telunjuk Amerika ketika ini untuk melantik Al-Sisi sedangkan Iran kata "jangan masuk lubang yang sama dua kali")

Al-Sisi ini ialah proksi US di Mesir. Morsi tahu. Namun mungkin ini syarat bagi Morsi memudahkan hubungan ekonomi dengan US. Ketika Morsi membuat keputusan ini di mesir untuk bersama US, saya dan kawan-kawan ada anjurkan forum di Shah Alam Seksyen 7 menampilkan penganalisa ekonomi kiri, Saudara Anas Abd Jalil untuk menghuraikan kebodohan Morsi ini. Ramai ahli tanzim daripada Ikram, ISMA, PAS dan lain-lain turun menyerang panel dengan soalan-soalan berbau Islamik. Ternyata, beberapa bulan selepas kebodohan itu diceritakan, Morsi digulingkan dengan mudah oleh Al-Sisi. Kini, siapa yang menyelamatkan Morsi daripada hukuman mati?

Ya, Morsi sudah dijatuhi hukuman mati pada May 2015 oleh mahkamah agung Mesir.  Apa tindakan Saudi? Apa tindakan pemimpin-pemimpin negara Ahlul Sunnah Wal Jamaah? Apa mufti Perlis buat untuk menentang ini? Beranikah pemimpin-pemimpin Sunni membela Morsi?
Middle finger untuk mereka semua yang mengaku ahlu Sunnah tetapi berdiam diri ke atas hukuman mati ini. Middle finger!

Selepas mendapat tahu Morsi mahu dihukum mati oleh kerajaan Mesir, satu-satunya negara Islam yang berani yang kebetulan ada kepentingan dalam hubungan dua hala dalam sudut ekonomi dan hasil bumi dengan Mesir, iaitu Iran, memulakan langkah dan strateginya bagi menghalang hukuman bunuh ke atas Morsi.

Walaupun Morsi telah mengkhianati persahabatan berpuluh tahun Ikhwan Muslimin Mesir dengan Kerajaan Iran sejak zaman Ayatullah Ruhullah Khomeini, pimpinan baru Iran Ayatullah Ali Khamenei tetap mengarahkan supaya kerajaan Iran bertindak dengan langkah bijak bagi menyelamatkan Morsi dan beberapa yang lain yang dijatuhi hukuman mati pada 2015 itu.

Apa Iran buat?

Iran mengugut dengan beretika dalam kepentingan ekonomi. Mesir ini negara miskin. Hanya kaya dengan ilmu tetapi miskin dalam pentadbiran akibat korupsi dan diktator berpuluh tahun pemimpin Mesir terdahulu. Saya tidak tahu apa “ugutan” Iran itu. Namun, dalam diam, Iran tidak mahu menempa nama kerana bagi Iran, ini adalah tanggungjawab sebagai anggota gerakan Islam untuk menyelamatkan “sahabat”nya. Inilah contoh hakiki bahawa orang Syiah (Iran) ini memang suka "mengkhianat".

Pada November 2016, ya beberapa bulan yang lalu sahaja, kita dikejutkan dengan keputusan kerajaan Mesir membatalkan hukuman mati ke atas Morsi dan kawan-kawannya. Tiba-tiba batal? Anda tidak terkejutkah?

Anda tidak terkejut kerana anda kisah apa dengan pemimpin Sunni itu walaupun anda ini Sunni yang pakai serban lilit berpuluh kali dan berjubah putih bersih menggunakan klorok supaya sentiasa nampak putih suci.

Ikhwan Muslimin Mesir akhirnya mengakui Iran sebagai the best comrade in struggle. Maka mereka menarik diri daripada menentang kerajaan Syria dan Iran. Ikhwan Muslimin Mesir sekarang ni ada apa? Hidup segan mati tak mahu saja. Iran tolong mereka, apa balasan yang Iran dapat? Tidak ada apa-apa balasan! Harta gerakan Ikhwan semua sudah disita oleh kerajaan Mesir dan polis antarabangsa. Iran ni bodoh kerana tolong orang yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepadanya! tetapi sebab orang Syiah ini suka khianat! habis orang yang tak penting itu pun hendak ditolongnya! bodoh!

Kembali kepada ucapan Haji Hadi, beliau menyentuh mengenai perjanjian Oslo. Perjanjian Oslo ini adalah diperkenalkan oleh US, Israel dan sekutu. Didalam perjanjian ini, Israel mahukan wilayahnya sendiri. Israel mahu lebih daripada separuh tanah Palestin itu menjadi hak milik Israel. Saya rasa kalau Israel hanya minta 10 peratus kawasan Palestin itu sebagai sebuah negara Israel, mungkin tidak ada masalah, tetapi ini lebih daripada separuh! Sudahlah datang dengan membunuh, minta tanah lebih daripada separuh pula?

Haji Hadi berulang kali menyatakan negara-negara Arab ketika itu sebagai BODOH! kerana mempersetujui perjanjian ini. Namun, hanya ada beberapa negara yang berani menyatakan pendirian untuk menentang perjanjian itu iaitu Algeria, Syria, Yaman, Sudan dan Iraq. Parti Sosialis yang menerajui negara-negara arab ini menentang OSLO. Mana negara Islam yang mufti wahabi banggakan sangat menjaga Kaabah itu?

Dendam kesumat Amerika ke atas negara-negara yang melawan Israel ini tidak mati begitu sahaja. Iraq diserang. Syria diserang. Yaman diserang. Sudan diserang. Algeria mungkin menunggu masa. Gadafi ditembak di kepala oleh kumpulan pembangkang yang kononnya mahu membawa kemajuan kepada Libya. Kebetulan lewat beberapa tahun kebelakangan sebelum OSLO itu, wujud konflik dalam parti Baath di Tanah Arab menurut Haji Hadi. Hafiz Al-Assad tidak bersetuju dengan Saddam untuk berperang dengan Iran. Libya pula ambil posisi mahu bersendiri.

Perpecahan dalam parti kiri di Arab ini menyebabkan lebih mudah bagi Amerika dan sekutu menyerang. Ditambah pula negara-negara ini semuanya dalam sekatan ekonomi, miskin kerana ditindas dan dinafikan hak berdagang. Sekali lagi, orang bijak mana, ulama mana yang menyatakan negara pimpinan Hafiz al-Assad itu sial dan jahat? Siapakah yang menentang OSLO tajaan barat itu? Siapa pula yang hanya menjadi pak turut mengikut segala arahan Barat untuk memecahkan tanah Palestin? Mana Yusuf Qardhawi?

Dalam pengalaman Haji Hadi sejak awal 20-an dalam gerakan Ikhwan Muslimin di luar negara, menjadi pemantau dan juga penasihat dalam gerakan Islam di negara arab dan Asia Tenggara, Haji Hadi menyebutkan tahun-tahun  dimana Hafiz Al-Assad iaitu presiden Syria ketika itu yang banyak membantu HAMAS dalam memajukan persenjataan dan menyediakan latihan perang. Haji Hadi juga berani menampilkan bukti gambar yang masih disimpannya tentang perjumpaannya dengan pemimpin-pemimpin besar gerakan Islam ketika itu. Erbakan, Pengasas gerakan anti imperialis dan juga gerakan Islam awal Turki berulang kali menegaskan kepada Hadi Awang dan pimpinan-pimpinan Ikhwan di Syria yang datang berjumpa Erbakan menyatakan kemahuan mereka melawan Hafiz Al-Assad ketika itu kerana kediktatorannya. Erbakan mengingatkan bahawa jika Ikhwan menyerang Hafiz, maka Ikhwan akan mengikut rentak jari jemari Amerika yang sentiasa menunggu saat itu. Ternyata ini semuanya betul apabila Morsi naik menjadi Presiden akibat kebangkitan orang awam Mesir, Morsi terus nyatakan pendirian bersama Barat bagi menentang Bashar. Ahirnya dengan mudah, Barat menjatuhkan Morsi.

Kita mesti ingat, mengapa Dr Fathi Yakan, ulama senior dalam Ikhwan yang menyediakan modul-modul usrah gerakan Islam seluruh dunia, keluar daripada Ikhwan Mesir?

Mengapa?

Tepuk dada tanya selera.
(Dr Fathi yakan ketika melawat PAS di Malaysia di pejabat Allahyarham Ustaz Hassan Syukri, Timbalan Presiden PAS ketika itu. saja nak bangga, bapa saya Mohd Ismath Habib Mohamad yang berkulit gelap sebelah Ustaz Fathi Yakan itu. turut berada dalam gambar, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang kini sudah "bersama" UMNO)

Inilah yang dibangkitan Haji Hadi iaitu kebodohan pemimpin Arab dan Gerakan Islam yang mengikut telunjuk Barat.

Saya rasa saya tidak dapat menulis banyak hari ini kerana saya perlu membuat persiapan untuk perbicaraan kes saya di Johor.

Saya akan siapakan siri ketiga (yang terakhir) sebagai ulasan kepada Syarahan Perdana ini.

Bersambung.