Saturday, January 7, 2017

Mufti Perlis Bukan Anak Jantan Tapi Ayam Jantan | Syarahan Perdana Isu Pergolakan Asia Barat Oleh Tuan Guru Haji Hadi: Ulasan Khalid Ismath (siri 1)


Sudah agak lama saya tidak menghadiri program anjuran PAS. Selepas isu penggantungan 6 mahasiswa KUIN di era pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan Razak di Kedah yang menyaksikan pertembungan dahsyat antara gerakan mahasiswa dengan pimpinan PAS itu, kami daripada kumpulan mahasiswa termasuk sebahagian besar mahasiswa dibawah GAMIS (bawah Dewan Pemuda PAS), dan beberapa kumpulan mahasiswa lain, ambil inisiatif untuk lawan PAS. Isu ini diheret sehingga ke mahkamah. Mendiang Karpal Singh pimpinan DAP ketika itu membela Ustaz Azizan Razak dan mewakili kerajaan PAS Kedah untuk berlawan dengan mahasiswa. Kami agak terkejut bagaimana pimpinan DAP itu gagal memahami konsep kebebasan pergerakan mahasiswa yang sebenar-benarnya. Namun, mujur firma guaman Hanipa Maidin sudi untuk mewakili mahasiswa. Hanipa melalui peguam anak didiknya telah mengalahkan Karpal di Mahkamah.

Selepas itu, saya memang tidak berminat dan berkecil hati dengan PAS. Sebelum itu lagi, ketika saya menjadi seorang mahasiswa dibawah GAMIS, saya sering diserang oleh pimpinan Jemaah ketika itu dan membuatkan saya “disingkirkan” daripada gerakan itu. Isunya bermula daripada “mazhab”. Anda boleh fahami kisah ini dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini.

Hari ini, beberapa hari yang lalu, saya ternampak iklan poster gambar Haji Hadi berpakaian ala tentera unit amal melangkah disebalik letupan bom. Poster yang menarik. Berjaya menarik pandangan saya untuk meneliti kandungannya.

Sebenarnya, dari dahulu lagi, saya memang suka membaca mengenai isu mazhab dan perbezaan agama. Sejak di tingkatan 4. Saya satu sekolah dengan anak Subky Latif ketika di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamudin. Namanya Huzaifah. Huzaifah ini seorang yang anti Syiah. Kami kenal sejak kecil. Selalu mengikuti bapa-bapa kami ke muktamar PAS setiap tahun. Kenal dalam muktamar dan kemudiannya menjadi kawan sehinggalah ditemukan di sekolah yang sama. Banyak yang saya berdebat dengan Huzaifah ini ketika sekolah dulu. Saya pro Iran dan Hizbullah, manakala Huzaifah anti kedua-duanya. Minat saya ini bersambung ketika saya di Matrikulasi. Saya bergaduh dengan seorang naqib usrah yang belajar di Morocco yang sering datang ke kampus kami untuk program usrah, tamrin dan lain-lain. Saya ambil keputusan lari dari kumpulan ini yang terletak dibawah bimbingan pemuda PAS Negeri Sembilan. Seterusnya apabila saya ke UITM Kedah, saya dikader semula dibawah PAS Kedah.

Apabila membaca mengenai mazhab ini, saya memang akan menjadikan Haji Hadi Awang sebagai rujukan. Tulisannya sejak dahulu zaman 80an lagi memang saya lihat sama, konsisten dan stabil. Haji Hadi ada menulis beberapa buah buku menceritakan mengenai pembahagian mazhab ini. Antaranya ialah “fahaman dan idelogi umat Islam” pada 2008. Sebenarnya banyak lagi tulisan ulama seluruh dunia mengenai perbezaan mazhab ini termasuk rektor al-Azhar pada tahun 1959 dan juga Mustafa Masyhur Mursyidul ‘Am Ikhwan Muslimin ke 5 yang pernah melantik Haji Hadi sebagai wakil gerakan Islam untuk menguruskan beberapa konflik menimpa dunia Arab pada tahun-tahun berkenaan.

Saya rasa kita cukup jelas dengan pengalaman Haji Hadi Awang sebagai pemimpin antarabangsa sejak usia belia beliau. Sesiapa yang tidak pernah tahu siapa Hadi Awang ketika zaman mudanya, anda adalah orang yang sangat rugi kerana ketika usia 20an lagi beliau telah menjadi pemimpin peringkat antarabangsa dalam gerakan mahasiswa luar negara, timur tengah dan asia tenggara. Jawatannya sebagai pimpinan itu sudah cukup menunjukkan kita betapa pengalaman beliau dalam isu-isu berkait Asia Barat ini sudah sebati dengan jiwanya.

beberapa orang budak muda yang menjadi ahli majlis fatwa yang hanya belajar bab bahasa Arab selama 5-6 tahun itu, eloklah jangan membangga diri jika mereka sendiri gagal dalam bab siasah syar’iyyah. Orang yang belajar dan ada PHD dalam Bahasa Arab belum tentu pandai dalam mengolah bab politik antarabangsa. Kalau mereka ni pandai, dah lama mereka ni kritik aqidah pemimpin kerajaan Malaysia ni dulu sebelum nak cakap pasal aqidah pemimpin Syria. Ini bila tanya bab Malaysia, semua takut, membisu, diam macam anjing kena tambat. Sebab itulah mereka menjadi ahli majlis fatwa. Ahli majlis fatwa di negeri Perlis ini tidak sama dengan Penang. Majlis fatwa Pulau Pinang berani, dan tegas serta tidak takut menyentuh isu kepimpinan dan pemerintahan. Tapi Perlis? Haram. Hanya mengkafirkan, membidaahkan dan menyesatkan orang. Itu sahaja kepakaran mereka. Ini contoh graduan universiti tidak berkualiti. Ada yang marah saya kata begini? Saya mengucapkan “fuck off” kepada mereka yang bersama ulama PERLIS yang bersekongkol dalam forum-forum anjuran penerima dana daripada George Soros dalam mengembangkan ajaran salafi di negara kita.

Kembali semula kepada ulasan program tadi. Ketika saya datang ke tempat itu, saya sebenarnya mempunyai satu kes berkenaan dengan seorang pekerja asing ditahan oleh polis di KL dan dia diminta membayar 7k kepada pembuat report bagi ditarik balik laporan polis berkenaan. Dia ini difitnah, dan saya serta kawan-kawan peguam muda yang lain berusaha untuk membantu kes warga Bangladesh ini yang kini masih ditahan di lokap polis hampir seminggu. Kesalahannya hanya kerana gagal tunjukkan permit sedangkan permit ada pada majikannya. Oleh itu, saya merancang untuk berada dalam program Syarahan ini pada sebelah pagiya sebelum ke PKNS untuk berjumpa keluarga mangsa. Seperti yang saya kata, saya berat pada awalnya nak bayar RM 15 ini, hendak-hendak lagi untuk program PAS sebuah parti yang sudah kaya dan banyak duit. Namun saya sangat berminat untuk mendengar pendirian yang jelas dihadapan mata saya sendiri oleh Presiden PAS itu sendiri. Maka saya ambi keputusan untuk hadir bersama kawan daripada PSM, Mazuan Mansor dan seorang pimpinan pemuda AMANAH namun akhirnya kawan dari AMANAH ini tidak dapat hadir kerana ada kecemasan di Bangi.

Saya tiba awal. Sebelum jam 10. Masa itu belum ramai orang. Ketika saya melangkah masuk ke ruang legar pendaftaran, mata-mata yang memandang saya kelihatan pelik. Saya tahu ada yang pandang saya dan tidak berpuas hati. Ada yang tegur saya dengan baik dan mesra sekali. Menghalakan saya ke ruang pendaftaran. Petugas-petugas minta saya daftar di satu meja lain iaitu pendaftaran untuk wakil-wakil parti politik namun saya tidak hadir mewakili parti. Parti saya tidak kisah bab agama dan mazhab ni. Jadi saya daftar sebagai peserta biasa dengan bayaran RM 15. Diberikan kupon makan dan sticker peserta. Ketika saya duduk dibahagian tengah dewan, seorang petugas lagi minta saya duduk di depan sekali dan minta saya mengubah tempat. Saya malas. Saya beritahu saya tunggu kawan. Namun kawan saya datang lambat dan akhirnya saya minta duduk di baris ke 4 bahagian tepi. Lebih mudah memandang penceramah dan moderator tanpa sebarang halangan di depan.

Saya tidak tahu siapa moderatornya. Yang saya tahu hanya Haji Hadi seorang. Jadi, saya pun menanti ketibaan penceramah dan moderator itu. Ketika ketibaan penceramah diumumkan, semua orang bangun dan melaungkan takbir. Bergema satu dewan. Saya pun duduk sahaja disitu sehingga majlis dimulakan. Alunan bacaan alQuran oleh seorang ustaz muda berlangsung lebih kurang selama 10 minit dan majlis dimulakan dengan pengenalan kepada biodata Haji Hadi Awang. Bila saya mendengar penglibatan dan jawatan pernah disandang Hadi Awang ini, rupanya banyak lagi yang saya tidak tahu tentang peranannya dalam gerakan di peringkat antarabangsa. Hadi Awang ini adalah antara sahabat kepada Dr Erbakan, musuh ketat Erdogan sekarang ini. 




(Gambar semasa makan-makan dengan Pak Mat Sabu, Isterinya Makcik Normah, Abg Francis dan Abg Tarmizi dan juga kawan-kawan saya Haizal, Mat Pon dan lain-lain)


Erbakan ini, pernah diceritakan kepada saya oleh Pak Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) ketika saya dibelanja makan di Penang. Mat Sabu pernah menceritakan mengenai Erbakan ini. Gerakan Islam di Turki sebenarnya banyak dimulakan dan dipengaruhi oleh Dr Erbakan. Erbakan lah yang menubuhkan sekolah-sekolah Islam dan madrasah-madrasah serta menanamkan sifat dan sikap anti Barat dan Eropah. Erbakan bukan sahaja pemimpin gerakan Islam malah seorang nasionalis yang sangat berkaliber dalam melawan imperialis. Erbakan bersikap anti Amerika dan proksi-proksi Amerika. Sebab itu gerakan Erbakan ini sering diharamkan sehingga terpaksa ditukar nama beberapa kali sejak era Attaturk lagi. Erdogan adalah anak didik Erbakan awalnya. Namun Erdogan ini sangat rasis dan fasis. Erdogan suka menghina agama selain ISLAM dalam ceramah-ceramahnya. Hanya ketika 90-an apabila Erdogan melihat tindakannya itu merugikan, Erdogan mengambil pendirian untuk “berlakon” seperti seorang yang terbuka. Darah muda Erdogan juga sebelum itu telah berkelahi dengan Erbakan. Erdogan lari dari jemaahnya dan bersama dengan kumpulan baharu yang kononnya membawa Islam “terbuka” ataupun kita sebut sebagai Liberal Muslim di Turki. Walhal, Erdogan ini bukan seorang yang open minded. Apabila parti Erdogan ambil keputusan meletakkan Erdogan sebagai calon Presiden, Erdogan tiba-tiba melawat program-program gereja, masuk ke tempat perayaan orang-orang Syiah, berpakaian serba hitam ketika Asyura dan berjabat tangat dengan golongan anti Islam. Ini kempen dan taktik pilihanraya untuk raih undi. Maka ramailah yang mengundi Erdogan dan Erdogan menang.

Selain itu, banyak lagi peranan Haji Hadi di peringkat antarabangsa dalam usaha menangani krisis mazhab dan agama serta politik di Asia barat. Agak panjang lebar jika saya mahu menerangkan satu per satu di sini. Namun, sejak zaman muda Haji Hadi Awang, beliau dihantar ke seluruh pelosok dunia arab bagi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin negara arab dan gerakan Islam dalam menasihati dan membimbing gerakan Islam dalam pembentukan gerakan Islam dan isu-isu berkaitan. Ini tidak ada dalam diri Yusuf Qardhawi. Yusuf Qardhawi seorang yang penakut. Yusuf Qardhawi lari dan menjadi pemuja pemimpin dunia Arab yang membisu ketika Palestin disembelih. Yusuf Qardhawi hanya berani mengutuk Syiah, namun tidak berani mengutuk pemimpin Arab yang senyap sunyi diam seribu bahasa ketika Israel menyembelih umat Islam dan Kristian di Palestin. Kita kena faham apa isu Yusuf Qardhawi ini. Yusuf Qardhawi ini orang yang bermasalah. Ya, kita semua ada masalah. Namun masalah Yusuf Qardhawi ini adalah, dia sendiri tidak pernah menafikan tuduhan isterinya. Bekas isterinya yang kini seorang Ahli parlimen di Algeria mendedahkan satu dokumen mengenai penglibatan yusuf Qardhawi dengan CIA dan Amerika. Ini dedahkan ketika Yusuf Qardhawi sibuk mencanangkan mengenai “jihad” di Syria. Hey, saya bercakap tentang fakta. Anda sila cari google untuk membaca berita bahasa Arab itu. Isteri Yusuf Qardhawi sendiri dan dari Parti Islam di Algeria sendiri mengatakan sedemikian. Ini bukan tuduhan kosong, tetapi ISTERI sendiri.

Kini, selepas pengerusi majlis memperkenalkan seorang lagi tokoh yang akan menjadi moderator untuk memandu majlis, saya terkejut juga. Rupanya moderator itu adalah Prof Dr Kamaruzaman Yusof, kini sebagai Pakar Rujuk Politik Asia Barat di Universiti Teknologi Malaysia. Rupanya kita ada pakar dalam hal ini yang sependapat dengan Haji Hadi Awang. Maka inilah rujukan yang betul bagi aku. Isu politik antarabangsa ini kita bukan kena belajar daripada mufti tetapi dari orang yang pakar dalam isu dan bidangnya. Moderator “sound” penonton supaya jangan jadi pak turut yang hanya datang untuk tidur. Sebaliknya jadilah orang yang belajar dan rajin untuk mengkaji ilmu. Maka berbulu lah pecinta mazhab “penyembelihan” (wahabisme).

Ada 3 perkara yang perlu kita teliti dalam menganalisa isu di Asia barat ini.

1) sejarah
2) perkembangan ilmu
3) perkembangan politik.

Ini diterangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS sebelum meminta para ahli membuka minda dan pemikiran mereka sebelum menghukum.

Haji hadi Awang memulakan pendapatnya dalam analisa isu ini dengan sejarah pada zaman awal era khulafa ar-rasyidin.

Antara yang dapat saya garap ialah, Haji Hadi meminta supaya orang Islam jangan teragak-agak dalam menyatakan kebenaran. Contohnya dalam perang Siffin, Saidina Ali adalah dipihak yang betul. Mereka yang melawan Ali dalam perang ini adalah salah. Tidak kiralah sama ada dia Aisyah atau Muawiyyah. Kerajaan bani Umayyah naik sebagai kerajaan bukan melalui proses yang adil dan demokratik. Bani umayyah naik menjadi kerajaan kerana ketika itu boleh dikatakan sebagai “darurat”. Keadaan kucar-kacir. Rakyat tidak memilih mereka sebagai kerajaan. Semua orang termasuk bukan Islam menyokong Ahlulbait (keturunan Imam Ali) untuk menjadi pemimpin negara dan kerajaan. Namun, keturunan Saidina Ali sangat berlembut hati dan tidak sanggup melihat negaranya musnah kerana perbalahan, maka adapun Hasan dilantik menjadi khalifah, Hasan hanya beberapa bulan kemudiannya menyerahkan kepada keturunan Muawiyyah yang sangat tergila-gilakan mahu menjadi khalifah.

Apa yang saya tertarik ialah, Haji Hadi menyebut, kerajaan bani Umayyah ini memang solat tidak pernah tinggal, tapi arak pun tak pernah tinggal. Semua buku-buku karya ulama tarikh islamiyyah menyebut tentang masalah ini.  Ini yang menyebabkan empayar Islam itu musnah. Ini juga ditulis dalam buku-buku sejarah anak-anak kita di Sekolah menengah menceritakan mengenai bagaimana runtuhnya kerajaan Islam bani Umayyah dan Abbasiyyah.

Hadi menegaskan bahawa isu pergolakan di negara Arab ini bukan mengenai mazhab dan agama. Ini bukan mengenai perbezaan kita semua. Namun ini adalah kerana sejak perang dunia pertama lagi, peranan barat untuk memetakan dunia Arab mengikut selera mereka agar mereka boleh mencuri sumber-sumber alam negara Arab yang maha kaya ini.

Hadi Awang cuba menguji kebolehan peserta untuk berfikir dengan kritis, mengatakan mengenai pecahan mazhab dalam Syiah ini sangat banyak. Pecahan mazhab dalam Syiah ini ada berpuluh-puluh dan dibacanya satu demi satu nama-mana pecahan mazhab dalam Syiah ini termasuk imamiyyah, Zaidiyyah dan Ismailiyyah. Hadirin gelak dan mentertawakan Syiah ini yang sangat banyak berpecah. Kemudian selesai hadirin ketawa, Hadi Awang pun berkata, “begitu juga Sunni. Jangan kita ingat Sunni ini ada 4 sahaja.” Hadirin yang terdiri majoriti Ahli PAS itu terdiam lagi. Yang ketawakan Syiah itu mesti rasa malu sendiri. Rupanya ada banyak pecahan juga Sunni ini. Bukan 4 sahaja. Ada berpuluh juga.

Hadi Awang menyebut rujukan demi rujukan. Antaranya yang saya sempat catit ialah kitab “maqalat al-islamiyya” karangan Imam Abu Hassan Ashari pengasas mazhab ahli Sunnah wal Jamaah. Dalam kitab itu diceritakan secara terperinci bagaimana pecahan dalam Ahli Sunnah berlaku. Faktanya ialah, AhliSunnah juga berpecah kepada banyak mazhab seperti Syiah. Ini adalah kerana puncanya perbezaan politik. Kerana kuasa. Kemudiannya berkembang menjadi perbezaan kerana perbezaan kefahaman fiqh dan sedikit furuq dalam bab aqidah.

Haji Hadi secara tidak langsung, menyentuh mengenai kewujudan fahaman Salafi atau kita lebih senang menggelarkan sebagai Wahabi. Siapa Salafi Wahabi ini? Adakah anda rasa haji Hadi saja-saja mahu mengkritik fahaman ini? Bagi saya tidak. Kerana haji Hadi adalah bekas anak murid tokoh Salafi terkenal iaitu Abdul Aziz Bin Baz. Beliau adalah seorang pelajar yang sangat pandai ketika berada di Arab Saudi. Kalau tidak, takkan lah Ikhwan Muslimin ketika itu melantik beliau sebagai pemimpin malah mahasiswa seluruh dunia sendiri yang terlibat dalam gerakan mahasiswa di zaman Haji Hadi belajar di sana melantik beliau sebagai setiausaha gerakan mahasiswa Asia Tenggara. Saya yakin Haji Hadi sangat teliti dalam bab hal ehwal keantarabangsaan.

Ketika fahaman Salafi diasaskan pada abad ke 18, mereka ibarat budak-budak baru nak “up”. Lebih kurang itulah yang saya faham daripada ulasan Tuan Guru. Ini kerana, pada era itu, habis semua orang diserang oleh Salafi (bagi saya, hingga hari ini ulama salafi ini bersikap sedemikian). Maka antara kesilapan Salafi ialah, mereka menyerang ahli-ahli falsafah yang bukan beragama Islam tetapi bercakap mengenai Islam. Mereka mengajak ahli-ahli falsafah ini berdebat, namun di penghujungnya rakyat berasa mual dengan sikap ulama Islam Salafi ini dan persepsi oleh orang-orang bijak pandai yang bukan beragama Islam menjadi jelik terhadap Islam. Akhirnya, Mazhab Ashairyyah menghantar wakil untuk berdebat dengan para ahli falsafah dan mengadakan diskusi demi diskusi mengenai Islam dan falsafah yang mana akhirnya telah mengubah kembali persepsi golongan ahli falsafah ke atas Islam menjadi baik.

Malang sekali, nama-nama seperti Syeikh Mustafa Abdul Raziq daripada golongan Ashaariyyah (anak didik Imam Abu Hassan Al-Ashari, pengasas mazhab ahlulsunnah wal jamaah) dan nama-nama besar seperti Alghazali dan Ibnu Khaldun sendiri sering menjadi bahan cemuhan golongan Muhammad Alwahhab yang menentang golongan ahli falsafah Islam sebagai sesat dan rosak aqidah. Ini tercatat dalam karangan semua imam-imam salafi antaranya ialah Ibnu al-Izz dan Muhammad al-Munajjid. Mereka menjadikan buku-buku karangan Ibnu Taimiyah dan Alqayyim sebagai rujukan. Untuk rekod, risikan PDRM di negara kita ini mengklasifikasikan bahawa fahaman Ibnu Taimiyyah ini adalah sebagai fahaman ekstrim yang menjadi batu asas kepada gerakan pengganas Islam sehingga terlahirnya ISIS dan FSA. Semua yang ditahan kerana terlibat dalam ISIS mengakui silibus usrah mereka adalah berasal daripada buku-buku al-Qayyim dan Ibnu Taimiyyah. Ini bukan risikan orang biasa-biasa tetapi ini risikan polis Malaysia bahagian cawangan Khas yang diketegorikan sebagai pasukan perisik terbaik di Asia dan top 5 di dunia.

Menurut Haji Hadi Awang, dalam perkembangan sejarah, sejak dari diasaskan, kumpulan salafi suka menyerang golongan Ashairiyyah. Mereka hanya pakar dalam 1 bab namun ulama Ashairiyyah ketika itu pakar dalam banyak bab. Menurut Tuan Guru lagi, didalam Islam ini, perbahasan ilmu tidak boleh dirujuk dalam 1 perkara sahaja. Jika seorang ulama itu pakar dalam Tauhid, dia tidak boleh mengulas isu politik Islam mengikut kefahaman Tauhidnya sahaja. Ini yang berlaku dalam kalangan Salafi. Mereka pakar dalam bab bahasa. Mereka pakar dalam mengkaji kesahihan hadis, tapi mereka gagal dalam bab siasah. Mereka tidak tahu apa strategi dan teknik untuk berhadapan dengan situasi dan masalah yang meruncing dalam pemerintahan. Sedangkan dalam gerakan Islam, mereka bukan sahaja menguasai dalam bab ketauhidan dan fiqh, sebaliknya mereka perlu belajar dan faham bab siasah syar’iyyah supaya tindakan mereka berpandukan kepada strategi yang betul dan baik.

Ulasan haji hadi ini buat saya terfikir ketika saya berjumpa dengan beberapa tahanan ISIS di penjara Air Molek di Johor. Mereka tidak berhenti berhujah bahawa jihad mereka itu adalah berpandukan hadis yang soheh. Ya, memang ada hadis yang menyentuh bab jihad melawan musuh Islam, namun kerana kemahiran mereka yang sangat pakar memahami hadis itu tanpa menguasai fiqh siasah dalam Islam menyebabkan mereka memahami jihad itu hanya satu iaitu pertumpahan darah orang bukan Islam. Inilah bahayanya apabila kita hanya mendengar kepada ulama yang bercakap berpandukan satu bidang ilmu sahaja. Begitulah juga penegasan Tuan Guru haji Hadi dalam bab fahaman Wahabi dan Salafi ini. Saya setuju 100 peratus.

Menyentuh mengenai segelintir ustaz yang hanya syok bercakap mengenai isu Syria berdasarkan sentimen perkauman dan mazhab yang dimainkan oleh barat, haji Hadi menjelaskan bahawa Sunni dan Syiah bukan masalahnya yang berlaku dalam pergolakan di Asia barat. Ini bukan soal mazhab siapa patut memerintah. Tidak ada masalah dalam perbezaan mazhab. Majma’ alfiqh dibawah OIC pada 2006 telah membuat keputusan dan tidak pernah membatalkan keputusan itu sehingga kini bahawa Syiah mesti diperangi kerana mahu hancurkan Ahlulsunnah. Ini semua cerita-cerita dongeng bawaan dan jelmaan ustaz-ustaz yang cari makan dengan membawa cerita-cerita sensasi. Sama lah macam apa yang berlaku pada 13 mei. UMNO mahu mengaut sokongan orang Melayu dan terus mengutip duit rakyat majoriti dengan memainkan sentimen perkauman Melayu-Cina. Akhirnya orang Melayu yang tidak berfikir ketika itu terus termakan dengan api perkauman itu dan bergaduh dan menyerang Cina. Maka UMNO lah yang untung terus mengutip kekayaan negara dan orang Melayu terus takut mahu mengubah kerajaan walau tahu UMNO ini korup dan cekik darah.

Sebenarnya bab mazhab ini banyak disentuh dalam banyak konferens rasmi dan persidangan serta deklarasi. Selain yang disebut oleh Haji Hadi dalam syarahannya, ada beberapa lagi deklarasi rasmi seperti AmmanMessage pada 2004 dan MeccaDeclaration pada tahun 2006 juga. Yang menyatakan Islamnya Syiah, Khawarij dan Sunni ini bukan satu dua orang ulama tetapi beratus Ulama dari beratus negara Islam. Malahan pemimpin kerajaan Islam juga seperti YB Dato hamid Othman dari BN dan juga Anwar daripada PR juga turun menandatangani di Jordan menyatakan persetujuan dan pendirian bahawa mazhab-mazhab dalam Islam seperti Sunni dan Syiah adalah sebagai satu fahaman yang jelas dibawah Islam. Apa lagi Dato Sohibul Samahah belaan Shahidan Kasim di Perlis itu mahu katakan? Dia pun bila pergi ke United Kingdom tak berani cakap Syiah ni kafir depan ulama Islam di sana. Di Malaysia nak cari makan punya hal, habis semua kafir sesat haram bidaah setan semua keluar. Inilah yang saya kata sebagai hipokrit. Bukan saya nak menyerang, tetapi saya tak suka orang hipokrit macam ni. Cakap soal keterbukaan ilmu, tapi dalam diam hantar surat kepada kerajaan gunakan kuasanya sebagai mufti kerajaan minta kerajaan haramkan buku tulisan seorang Profesor di UKM kerana dengki. Hanya kerana Prof UKM ini menyentuh bab kebebasan memilih mazhab di Geneva, minta haramkan tulisan ilmiah Prof ini dalam buku-bukunya? Inikah anak jantan? Ini mungkin ayam jantan.

Cerita seterusnya akan bersambung di tulisan siri ke 2 esok.