Saturday, January 12, 2019

Mahathir dan Sultan Johor, Siapa "Menang"? - Sudut Pandang Aktivis Anti Monarki

Ramai netizen menganggap peristiwa semalam adalah tanda Mahathir "menyerah kalah". Tidak. Mahathir bukan "selembut" itu.

Sila baca laporan Pejabat Perdana Menteri mengenai "kunjungan" Mahathir itu. Mengikut kenyataan media, bukan Mahathir yang mahu pergi berjumpa dengan baginda sultan. Sebaliknya Sultan yang mohon untuk menjemput Mahathir. Ini menunjukkan Mahathir tidak teringin dan tidak pernah sama sekali meminta untuk masuk ke istana itu.

"Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Endie Shazlie Akhbar, berkata jemputan tertutup bersama Sultan Ibrahim itu ditunda sejak kira-kira dua minggu lalu.
Beliau berkata susulan penundaan itu, kedua-dua pihak tidak dapat menentukan tarikh mesyuarat sehingga Dr Mahathir memutuskan pertemuan itu diadakan esok (hari ini)."
Difahamkan, hampir 2 minggu Sultan menunggu tarikh lapang Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan namun hanya semalam Mahathir "mahu" berkunjung dan tarikh ditentukan oleh Mahathir sendiri.

Tidak ada sebarang maklumat rasmi apa yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak itu. Namun apa yang saya lihat, kedua-duanya sangat gah dengan nama besar masing-masing. 

Sehari sebelum pertemuan, Perdana Menteri sebenarnya sudah memberi "klu"(petanda) apa yang akan diperkatakannya esok hari itu(kunjungan ke Johor). Ini perkara biasa ketika Mahathir mula mahu "menasihat" Sultan.

"Pada masa ini pihak penguatkuasaan tak faham apa yang dianggap sebagai menghina. Jadi kita perlu 'spell out' (menjelaskan) apa sebenarnya perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina".
"Saya telah nyatakan di Malaysia sekarang ini kita amalkan kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini kalau dia bercakap sesuatu perkara yang factual (berfakta), dia tak boleh disalahkan."
"Sebaliknya kalau kita tutup mulut semua orang sehingga apabila jenayah berlaku pun kita tak boleh sebut, akan berlaku ketidakadilan dalam negara kita," kata Mahathir semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah di Putrajaya.

Jika kita lihat, Mahathir tidak tunduk sama sekali ketika bersalam dengan Sultan Johor, apatah lagi mencium tangan. Memang dari dahulu sejak menjadi Perdana Menteri ke-4, Mahathir tidak mencium tangan Sultan. "Keras kepala" Mahathir ini sama dengan rakan baiknya yang selalu membangkangnya, iaitu Almarhum Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS.

Adat Mahathir bersalam dengan Sultan lain. 

Mahathir ketika bersalam dengan Sultan Johor. 

Beberapa kali Sultan mahu menganugerah pingat dan pangkat kepada Almarhum, namun Fadzil Noor menolak dengan alasan tidak mahu mencium tangan dan menyembah Sultan. Fadzil Noor akhirnya menerima pelawaan istana dan kerajaan negeri yang ingin menganugerahkannya pingat dan pangkat dengan syarat, dia tidak perlu angkat sembah dan mencium tangan Sultan yang menganugerahkan pingat kepadanya. Sangat mengejutkan, Sultan negeri tersebut setuju.

Sama-sama berbangsa Kedah, Fadzil Noor dan Mahathir berkongsi pemikiran yang sama terhadap monarki. Dalam isu antarabangsa juga, Mahathir berkongsi cara pemikiran sama dengan Almarhum sehingga kedua-duanya boleh sepentas untuk menghimpunkan ahli parti masing-masing menyatakan penentangan kepada Israel dan Amerika secara terbuka di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dahulu. 

Selepas tamat pertemuan antara PM dan Sultan Johor itu, Sultan menghantar PM menaiki kereta lama model proton pertama. Pecinta Sultan Johor cuba mengumpamakan Tun Mahathir seperti kereta itu yang sudah lama dan nampak buruk namun, Mahathir membalas pula, seolah-olah mengumpamakan dirinya yang sudah tua namun masih berdiri megah menjadi Perdana Menteri. Berkuasa. Dibimbangi kawan dan lawan. 

Apapun, Apakah krisis Mahathir dengan kerabat Johor akan berlarutan seperti zaman Perdana Menteri ke-empat dahulu? sehingga dibogel semua kelakukan Sultan Johor itu didalam Parlimen dibaca oleh Shahidan Kasim orang kanan Mahathir ketika itu? Sama-sama kita nantikan. 


Petikan Handsard Parlimen tahun 1993, krisis yang ditimbulkan Istana Johor:











Saya harap akan berlaku lagi di Parlimen, kerana jarang-jarang kita disajikan perdebatan hangat sebegini.