Thursday, March 14, 2019

Bagaimana Iran Melayani Individu Yang Tidak Yakin Dengan Jantinanya

Golongan Liberal sering menganggap Iran sebagai sebuah negara yang bersikap kuku besi. Iran dilihat sebagai negara penindas, menafikan hak golongan minoriti dan sangat kejam dan zalim.

Liberal dan golongan Islam jumud seperti Salafi dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah sering menyalahkan Iran dalam setiap hal termasuk hal berniaga kurma hinggakan liberal, Salafi dan Sunni bersetuju dengan hukum memakan kurma Iran adalah Haram kerana Iran dikatakan membenarkan ajaran sesat.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu kumpulan LGBT yang dikatakan "hijack" perhimpunan hari wanita. Kerajaan, menteri dan mufti kita semuanya "terperanjat" dan melatah mengenai penyertaan golongan itu di ibu kota malah pihak kerajaan juga telah mengarahkan polis untuk menyiasat dan berkemungkinan akan menahan golongan itu dan penganjur.

Namun, disebuah negara yang "dikongkong" rakyatnya, "dipaksa" menerima kepimpinan ulama bermazhab Syiah itu, golongan LGBT diberikan hak untuk menukar jantina. Mereka dibenarkan membuat pembedahan dan megamalkan gaya hidup mengikut jantina yang diyakininya. Lebih luar biasa ialah, ada fatwa para ulama yang membenarkan golongan seperti itu untuk mengubah jantinanya.

keputusan dan polisi kerajaan Iran ini dibuat pada tahun 1980 bagi menghormati golongan yang tidak yakin pada jantina asalnya dan memberikan ruang untuk mereka dilayani sama adil dengan manusia lain.

Didalam Islam juga rupanya ada istilah khunsa dimana seseorang yang dikatakan dilahirkan cenderung kepada sesuatu jantina boleh memilih untuk hidup mengikut jantina yang lebih dia cenderung.

Shadi Amin antara seorang aktivis LGBT di Iran dan beliau diberikan kebebasan untuk memilih menjadi lelaki atau perempuan.