Saturday, March 16, 2019

Mengenali Antifa Dalam Bahasa Mudah



Hari ini kita digemparkan dengan satu tindakan seorang anak muda Australia yang bertindak memecahkan telur di atas kepala Senator Anning, seorang senator yang berideologi Neo Nazi, seorang white supremacist dan anti kepada migran, kulit hitam, dan juga anti kepada agama selain Kristian.

Tindakan ini disebut sebagai "direct action" oleh kumpulan Antifa. Antifa kebanyakannya dianggotai oleh anak-anak muda kumpulan anarki. Mereka tidak dikenali bahkan tidak mengenali satu sama lain. Tidak dibiayai dan tidak membiayai. 

  
kumpulan ANTIFA Malaysia ketika tahun 2015 sempena hari pekerja dan protes bantah GST.



Pernah berlaku di Australia, kumpulan Neo Nazi bertindak mengepung masjid dengan senjata api. Namun begitu, kumpulan Antifa yang kecil di Australia pantas bertindak berkumpul sama berdekatan masjid bertindak berdemontrasi membantah kumpulan Neo Nazi yang berdemo dengan membawa senjata api di depan masjid berkenaan. Peristiwa ini berlaku pada bulan Januari 2015 dan kehadiran Senator Anning turut direkodkan dalam kumpulan Neo Nazi berkenaan.
kumpulan Antifa mempertahankan minoriti muslim di Australia ketika diserang kumpulan White Supremacist. 

kumpulan Neo Nazi White Supremacist Australia ketika protes dihadapan Masjid di Australia. 


Siapa Neo Nazi dan siapa Antifa?

Neo Nazi adalah satu kumpulan yang agak besar yang bersandarkan kepada kepercayaan dan ideologi Nazi yang mendabik dada sebagai “tuan” kepada sesuatu kawasan. Dizaman Hitler, Nazi ini percaya bahawa hanya kumpulannya sahaja yang benar, bagus dan empunya kepada tanah air mereka. Mereka mengambil keputusan membunuh orang-orang Yahudi dan Islam di serata kawasan jajahan mereka. Orang Yahudi paling ramai dibunuh.

Ada sesetengah kumpulan Islam memuji Hitler kerana membunuh ramai Yahudi, walhal orang Islam juga dibunuh oleh Nazi di zaman Hitler.

Antifa pula adalah satu kumpulan yang wujud bagi menentang dan melawan kumpulan Nazi ini. Mereka kebanyakannya berpegang kepada semangat anarkisme. Antifa tidak ada organisasi. Mereka wujud berlandaskan semangat menentang penindasan dan budaya Nazi yang menular dan semakin membesar.

Di negara barat, eropah, kumpulan Antifa besar dan kuat. Disertai ramai cerdik pandai dan juga pelbagai kelas termasuk pelajar sekolah, universiti dan buruh pekerja. Antifa tidak percaya kepada batasan negara, kerajaan dan undang-undang yang mendiskriminasi atau menyekat kebebasan seseorang. Ramai juga dalam kalangan Antifa ini dari kalangan budak Punk. Namun tidak semua Antifa adalah Punk.

Golongan Antifa banyak membela golongan migran termasuk orang-orang Islam yang lari dari negara Arab yang berhijrah ke negara Scandavinian, Eropah dan Barat.

Blackbloc

Blackbloc adalah satu bentuk tindakan secara terus oleh kumpulan Antifa ketiika berlakunya protes. Mereka memecahkan pusat-pusat dan objek-objek bersimbol “kapitalisme” seperti bank, kereta terlampau mewah, polis dan ahli politik fasis dan berkiblatkan kepada kapitalisme.

Jika kita lihat blackbloc yang pernah berlaku di Malaysia yang dilakukan oleh kumpulan Antifa Malaysia pada 2015, hanya bank dan polis yang menjadi sasaran. Antifa tidak semberono memecahkan bangunan dan harta benda. Jika kereta biasa diparkirkan di tepi jalan tempat orang berdemo, mereka tidak mensasarkan kereta itu, sebaliknya jika kereta Ferrari, mereka akan pecah, bakar dan terbalikkan. Ini salah satu contoh. Dakwaan bahawa Antifa suka-suka menyerang harta benda awam adalah tidak benar.

antara objek yang diserang golongan anarki/antifa adalah kereta-kereta mewah. 


bas milik PDRM pernah diserang kumpulan Antifa pada 2015. 

Antifa menentang penindasan polis. keganasan polis banyak direkodkan di Amerika seperti membunuh tanpa usul periksa dan memukul tahanan ketika dalam siasatan. 

Bank adalah institusi yang dianggap menindas oleh Antifa.


Pakaian Hitam, symbol A dan bendera Antifa.

Antifa biasanya akan muncul dengan pakaian hitam, bertopeng dan membawa bendera berwarna hitam merah. Mereka akan mempertahankan kumpulan-kumpulan kecil yang menjadi sasaran Neo Nazi. Dimana-mana protes dianjurkan Neo Nazi di Barat dan Eropah, kumpulan Antifa akan memobilisasi bagi mematahkan usaha dan semangat Neo Nazi yang berkobar-kobar.

Antifa juga ada terlibat dengan perang melawan ISIS. ISIS sebenarnya adalah salah satu kumpulan yang sama dengan Neo Nazi, menggunakan agama Islam sebagai modal mendakwa mereka sahaja yang benar dan mewajarkan orang yang menentang mereka untuk dibunuh.

Simbol A bermakna Anti-fasis ataupun anarki. Tidak bersetuju dengan golongan fanatik perkauman dan supremacist manakala baju hitam sering dipakai golongan Antifa melambangkan kesamarataan dan solidariti bersama golongan ditindas. 

Bendera Antifa yang berwarna merah dan hitam mula diperkenalkan ketika perang dunia ke-2. Menurut tulisan Chicago Anarchist, hitam membawa maksud "the fearful symbol of hunger, misery and death" manakala merah bermaksud golongan pekerja. gabungan hitam dan merah didalam bendera diperkenalkan oleh kumpulan anarcho-syndicalist dalam 
Spanish Civil War pada tahun 1936. 


Adakah kita tahu siapa antifa?

Kita tidak akan tahu siapa ahli Antifa. Mereka bergerak atas kesedaran, berkumpul kerana satu semangat, dan berlawan dengan satu matlamat iaitu melawan segala bentuk penindasan.

Setiap kali adanya persidangan kuasa-kuasa besar seperti G-20 atau G-8, satu rusuhan akan berlaku dan rusuhan ini dilakukan oleh Antifa sebagai simbol bantahan kepada negara-negara kaya yang menindas golongan rakyat yahg diperintah. 

Berikut saya sertakan video untuk ditonton:


Adakah Antifa jahat?

Tidak. Antifa hanya berkasar dengan penindas. Anda tidak perlu takut jika anda bukan penindas. Didalam protes-protes, jika anda melihat kumpulan Antifa melakukan blackbloc, anda tidak perlu bimbang kerana mereka mempunyai kesedaran tinggi untuk tidak menyerang orang awam, pasukan bomba atau ambulan.

Biasanya target kumpulan Antifa dalam protes adalah polis, bangunan kerajaan, dan pusat-pusat komersial yang ada unsur penindasan seperti bank, syarikat-syarikat yang mempunyai rekod menindas pekerja seperti H&M, Nestle dan juga Zalora.  

Antifa tidak suka media yang menghalang mereka dan mengarah-arahkan mereka untuk tujuan bergambar. Mereka boleh direkodkan namun tidak suka menerima arahan untuk tujuan publisiti media.