Sunday, December 9, 2012

Menanti saatnya ke sukhirin dan pattani

Bersempena dengan pertemuan gerakan mahasiswa islam asia tenggara, pihak Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) telah pun secara rasmi dijemput oleh sekretariat utk pertemuan penting ini. Tidak jadi di indon spt yg diwar-warkan sblm ini sebaliknya lokasi tukar ke thailand. Di hat yai.

Gerakan mahasiswa islam di thai amat kuat.

Mereka langsung tidak dicemari kepentingan parti politik.

Kewujudan mereka juga dihormati oleh tentera kerajaan thai yg terkenal dgn kerakusan dan kezaliman sebagaimana pasukan polis dan FRU malaysia.

Di INDON, ada satu geraman Islam juga namanya KAMMI singkatan bagi KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA MUSLIM INDONESIA. Kumpulan ini mcm GAMIS. Tapi lebih radikal dan agresif. Gerak kerja yg menggerunkan kerajaan dan pemerintah.

Ramai kata kumpulan ini agak jumud krn asal ada konsert saja di indon,pasti ahli KAMMI akan turun berprotes.

Lantak lah. Itu negara mereka. Tp mereka amat terbuka dengan sesama islam dari segi kritikan dan kerjasama pelbagai mazhab. Buktinya dalam KAMMI ada pemimpin gerakan yg bermazhab syiah, sunni, salafi dan talfiq mazahir. Ayah pin saja blum bertapak. Hehe

Penghujung bulan jan tahun depan KAMI akan bersama dengan gerakan mahasiswa islam thailand dan indon serta brunei utk menelusuri pengalaman perjuangan gerakan mahasiswa dan anak muda disana,

Saya dan kawan2 pernah dijelaskan mengenai isu kebangkitan pattani. Sekali oleh ust Abu Turab bekas pejuang pattani yg dipenjarakan. Satu lg oleh anak2 mahasiswa thai di  malaysia.

Alang2 singgah di thai, jgn lupakan lokasi sejarah bertapak utk kemerdekaan negara kita. Perkampungan sukhirin. Kisah para gerilla komunis melawan penjajah british. Wajib singgah.

Sawarikap. . meknow meknow kecepuk. -bahasa thai ni siapa boleh translate.

Gmbr 1: presiden PMIUPM dan saf pimpinan SIM menjalani ritual di puchong bersama aku

Gmbr 2: ahli jemaah UNIKL dan HAZIQ FIKRI KAMI penat lelah setelah berjalan sejauh 10 km ke markaz tarbiyah pas pusat