Saturday, December 15, 2012

UMNO ulang demo BALING 1974! UMNO BANGKIT!

pada tahun 1974, DSAI, HISHAMUDIN RAIS dan kawan2 anjur demontrasi BALING untuk membela nasib petani dan peladang yg dilanda kemiskinan dan kebuluran.

minggu yg lalu, UMNO pula anjur DEMO sama berkenaan baling. tapi kali ini bukan utk membela nasib kaum tani yg miskin. rupanya, UMNO buat demo BALING botol, BALING BATU, dan baling pisau pada aktivis2 yang anjurkan JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI. hahaha

natijahnya 2 cedera parah akibat terkena BALING-an UMNO itu. hebat.

beza demo baling zaman anwar dan isham itu dengan demo baling zaman UMNO minggu lalu ialah, para demonstran zaman anwar semua kena ISA, kena tangkap, kena pukul. tapi demontran UMNO minggu lalu yg terbukti bawa senjata berbahaya tidak disentuh hatta setuding jari oleh pihak polis. ini satu lagi kebobrokan polis malaysia yg jahil murakkab dan takut dengan UMNO.

aku dalam tulisan kali ni hanya nak lemparkan pujian dan tabik buat AMK kerana telah berjaya anjurkan SYARAHAN BALING sempena memperingati demo baling zaman mahasiswa 70-an yg dipimpin anwar ibrahim, hisamudin rais, syed husin ali dan lain2 lg.

lebih buat aku tabik pd AMK ialah dalam syarahan baling ini, TRAGEDI MEMALI tahun 85 turut dikenang. kezaliman UMNO pada tahun itu disebut-sebut bagi membakar api kebencian anak muda ke atas pemerintah yg zalim dan kejam bernama UMNO. hinggakan ulama sanggup dibunuh oleh UMNO pada tahun 85 itu.

Gambar 1: perempuan tu namanya ginnie. Mantan pimpinan DEMA dan SMM batch 2001. Dia akan train KAMI utk plan masa hadapan

Gambar 2: saff panelis yg terlibat dalam demo baling hingga di-ISA-kan

Gambar 3: DSAI duduk dalam kebanyakan hadirin. X perlu kerusi VIP

Gambar 4: berbual dgn samsul iskandar dan tian chua mengenai masalah mahasiswa yg gipang,  gijaw dan gila babi. Wallahuaklam.