Monday, January 14, 2013

bawani, bakal menggarap kembali kelab sosialis di universiti?

Ketika kejumudan melanda kampus seluruh malaysia pada 80-an hingga 90-an,

Ketika itu kelab sosialis di kampus-kampus semakin suram.

Natijahnya, budaya rock dan punk tidak sempat bertapak dalam membawa agenda seni dan perjuangan di setiap dewan2 milik mahasiswa.

Sebelum 80-an, kelab mahasiswa sosialis begitu hebat dan rancak.

Kesedaran mahasiswa pun tinggi.

Berlakunya era kebangkitan dan revolusi kampus pada 70-an dan 60-an adalah krn kewujudan dan kesemarakan kelab sosialis di universiti ketika itu khususnya UM yg ketika itu dikepalai beberapa kepala spt hishamudin,  syed hamid dan pensyarah bernama syed husin serta seorang lagi pensyarah singh yg sy lupa namanya.

Anwar ibrahim walaupun ketika itu bersama PKPIM, namun beliau menerima banyak pengaruh sosialisme dan banyak menggunapakai idealisme daripada sosialisme. Beliau mampu membawa kedua-dua ideologi islamis dan sosialis yang mana seterusnya menjadikan beliau seorang pemimpin serba boleh dan mampu diterima seluruh lapisan masyarakat

Bermula era 2007, apabila DEMA yang memegang ideologi sosialisme mula ketinggalan krn keseorangan, wujud beberapa lagi sekta yang dicetus anak didik Universiti Bangsar Utama UBU, maka KAMI ditubuhkan. Yang menganggotai KAMI ketika itu kebanyakannya dikenali sbg kaki lepak di jalan telawi. Tapi lepak mereka penuh dengan isi. Bukan sekadar lepak untuk mengusha awek cun atau lepak untuk mengisap ganja.

Mereka melepak membawa idealisme. Bincang soal politik dan isu semasa. Turut ada seni dlm lepak.

Hari ini, gerakan seperti ini semakin banyak. Sama ada dikaderkan oleh parti sosialis atau parti rakyat malaysia, lahir makin ramai pemikiran kiri. Adam adli juga menggerakkan LMP dengan idealisme kiri yang dibawa pulang dari indonesia mutakhir ini

KAMI masih menggunapakai nasihat orang2 kiri dari ABU dan menjadikan pendokong2 ideologi kiri sbg ikon dan mursyid.

Kisah Bawani yang berani melawan secara lantang di UUM bagi saya dpt membuka mata bagaimana anak muda yang lahir hasil didik tokoh2 sosialis spt Dr Nasir dan Arul serta Selvam, pastinya akan menunjukkan kembali keberanian idealis kiri sekaligus menyengkang mata mereka yang menggunakan nama gerakan dengan nama islam untuk sedar dan bangkit daripada lena mereka setelah mereka menguasai ramai anak muda kampus. Mereka islamis perlu bangkit dan semarakkan kembali kebangkitan yang pernah mereka cipta pada 90-an melawan kriket israel,melawan kerajaan pro US.

Saya kenal bawani ketika pertama kali saya ikut saudara Arul Su agung PSM tapi tak sangka gadis ini begitu berani memekik ke telinga ustazah tak bertudung di UUM itu.hahahah!

Gambar 1: bawani,  mahasiswa sosialis UUM

Gambar 2: hilman idham, penggerak KAMI tahun 2007. Juga anak didik ideologi kiri, UBU