Wednesday, January 9, 2013

Ketua Polis Negara dibuang kerja kerana sokong HKR???

sejak dua minggu lalu lagi, kawan2 dalam cawangan khas polis di bukit aman sudah beritahu saya, polis akan benarkan himpunan, kemudian semalam bila mat sabu dan isham rais serta delegasi HKR berjumpa IGP, maka memang benar polis sendiri mengizinkan perhimpunan ini.

untuk pengetahuan, dalam PDRM hari ini, ada dua kumpulan.

satu kumpulan yang totok tak mahu berfikir mengenai masa depan kerajaan. yang taat melulu tanpa menilai dan menghakimi tindakan kerajaan. mereka tak mahu bezakan mana salah mana benar.

satu kumpulan lagi, mereka ada basik dalam pemikiran. mereka mampu buka mata melihat kejamnya kerajaan dan arahan pimpinan Barisan nasional. cuma mereka tidak ada kemampuan untuk melakukan perubahan dalam polis.

hari ini , kumpulan yang kedua ini sudah semakin ramai.
kebanyakan yang mula memegang jawatan tinggi dalam polis semuanya ada kelulusan sekurangnya diploma.

jadi, mereka mampu menilai dan mengadili.

mereka juga ada banyak yang terdiri daripada latarbelakang keluarga PAS, PKR dan DAP. ada juga pernah saya jumpa anak orang PSRM dulu yang kini bertugas sebagai seorang ASP.

ini satu pembaharuan dalam polis.

rentetan perisitiwa dan kenyataan ketua polis negara yang akan menjadikan perhimpunan ini bersejarah iaitu dengan membenarkan rakyat berarak dan berhimpun, maka apakah akan ada tindakan dari kerajaan keatas ketua polis malaysia ini????????

bakal bawa perubahan dalam sistem kepolisan. akan turun HKR 112 sabtu ini. 

bakal mengikuti jejak langkah Musa Hassan. akan turun HKR setelah esok dibuang kerja? hahaha


ayuh rakyat kita marah! jadikan revolusi sabtu ini berubah menjadi malaysia baru. malaysia step to change the egypt revolution !! bawa bunga kuning...wohooo