Sunday, February 17, 2013

"Aku adalah Allah"- al-Hallaj

orang-orang yang belajar tareqat dan mengkaji salasilah wali allah pasti tahu nama al-Hallaj. 

beliau dihukum mati dengan cara yang begitu kejam sekali oleh gurunya sendiri yang juga merupakan hakim kerajaan Islam pada ketika zaman itu. 

Hallaj ini wali Allah. ilmunya tinggi. kematiannya yang dibunuh itu telah menandakan bahawa beliau sememangnya wali Allah apabila tertera pada darah, langit dan laut akan kalimah La Ila Ha Illa Allah 

saya dapat ini setelah pegawai khas kepada YB DR Xavier(exco kerajaan negeri selangor) menyuruh saya baca kisah wali Allah yang diuji seperit ini kerana menyatakan pendiriannya dan dalam usaha wali allah ini berjuang, dia diuji dengan dibunuh oleh orang yg paling dihormat dan disayangnya sendiri iaitu gurunya sendiri yang beliau hampir habiskan seumur hidupnya bersama gurunya yang dikasihi sangat-sangat. 

kawan-kawan boleh rujuk kitab bisyar al-anwar yang ada di setiap perpustakaan negeri 

Hallaj , seorang wali Allah, yang amat dikasihi Allah diuji dan diakhir hayatnya baginda Hallaj telah dibunuh kerana beliau menyatakan pendirian beliau bahawa dalam dirinya ada Allah. 

ya, yang dimaksudkan Hallaj ialah Allah tidak ada di tempat tertentu. sebaliknya Allah ada disetiap sisi sudut hidup kita. allah tidak bersemayam di suatu tempat tapi Allah ada dimana saja kita berada. 

segala apa yang kita ada adalah milik Allah termasuk diri kita

Hallaj disalib, digantung, ditikam, diseksa dengan pelbagai cara untuk mematikannya tapi gagal. akhirnya Hallaj memberitahu cara untuk membunuhnya dan setelah mayat beliau dicampak ke laut, air sungai tigriz naik membanjir hinggalah jubah Hallaj diletakkan di tepi sungai, sungai itu kembali tenang. 

saya juga diuji seminggu dua ni. 

apabila kita kehilangan orang yang kita sayang, maka kita akan fikir seolah mahu menjadi separa gila.

tapi tak apa. 

Tuhan maha tahu. 

Tuhan beritahu saya kisah hambanya, walinya , utusannya, yang lebih memilukan dan tragis. 

Hallaj menangis. 

saya juga menangis. 

tapi ujian saya tak sehebat hallaj. 

saya hanya hilang satu sudut dalam hati saya. 

sudut yang kini sudah tidak bernilai lagi. 

tapi saya ada ibu ayah. saya ada tuhan maha esa, saya ada rasul dan saya ada imam yang sentiasa alert untuk menjaga. saya juga ada pusat ilmu yang tidak akan membingungkan saya ketika saya resah. husainiah. 

berangkat ke perlis.