Friday, February 22, 2013

mahasiswa bersatu tolak penipuan PRU

DEMA, GEMPUR dan KAMI serta INSTEF memang sepakat menolak cara PRU yang kotor.

Sebab itu, kumpulan utama mahasiswa ini tidak bersetuju apabila ada segelintir oemimpin mahasiswa yang tergila-gilakan kuasa utk menjadi YB dengan mempertaruh harapan mahasiswa yang mahu melihat gerakan mahasiswa sbg ejen pendesak, bukan ejen pengampu.

Oleh yg demikian, 4 front utama kumpulan mahasiswa bersepakat bhw cara PRU yang kotor, perlu dilawan dan ditolak, bukan diraikan.

KAMI dan INSTEF ambil langkah kerjasama dengan SAMM melalui segmentasi mahasiswa utk menganjurkan penerangan bertema "tipu PRU,rakyat bangkit humban kamu"

Seluruh negara telah dijelajah dan sambutan masyarakat amat menggalakkan. Setiap kali program, ribuan org hadir menyokong termasuk golongan atas pagar.

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI) sendiri merupakan penganjur utama utk jelajah di klang. Ramai mahasiswa turun dari jauh utk melihat perkembangan kempen ini.

Berikut saya sertakan foto daripada album KAMI.

Gambar 1 menunjukkan kumpulan INSTEF UIAM bersama kumpulan KAMI di lokasi

Gambar 2 menunjukkan che gu bard sedang berceramah menggesa rakyat bangkit

Gambar 3 menunjukkan booth KAMI yg menyediakan pelbagai buku kiri