Monday, November 13, 2017

MB Selangor ini ditangkap berbohong 2 isu besar dalam dewan negeri demi mendapatkan undi

Baru-Baru ini kita dikhabarkan dengan bonus penjawat awam dibawah kerajaan pusat dan negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Harapan. Ramai yang memuji Pulau Pinang dan Selangor kerana berjaya memberi bonus melebihi sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri masing-masing namun, tahukan anda bahawa kegembiraan yang dinikmati oleh kakitangan kerajaan negeri ini akhirnya terpaksa dibatalkan akibat kekurangan wang kerajaan negeri?

ikuti fakta kes berikut:

Selepas Pulau Pinang mengumumkan bonus 2 bulan kepada kakitangan kerajaan negeri, MB Selangor rasa tercabar dan cuba menunjukkan pentadbirannya lebih baik daripada Khalid Ibrahim, Selangor yang sedang tenat dalam indeks akauntabiliti yang dilaporkan Jabatan Audit Negara jatuh ke tangga nombor 1O berbanding nombor 2 ketika zaman menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin terlepas cakap dengan mengumumkan bonus sebanyak 3 bulan semasa membentang belanjawan negeri Selangor demi memastikan beliau mendapat liputan media terbaik agar imejnya yang sedang gagal mentadbir kerajaan negeri hari ini dapat ditutup.

Maka, pekeliling yang keluar selepas belanjawan dikeluarkan menjelaskan bahawa hanya sebulan gaji akan dibayar pada bulan 21 disember dan lagi 2 bulan bonus yang diperkatakan ditafsirkan sebagai bantuan aidilfitri yang telah diserahkan pertengahan tahun lalu. Bermakna, hanya sebulan bonus dapat dan mampu diberikan oleh kerajaan negeri.

Krew Revolusi Habib yang berkunjung ke SUK semalam mendapati, 14 daripada 19 kakitangan awam yang ditemubual berasa tidak puas hati dengan pemberian bonus tersebut yang disifatkan hanya ibarat manis di bibir, kerana kerajaan negeri memberikan harapan seolah-olah memberikan 3 bulan gaji bonus kepada kakitangan awam.

Selain daripada isu bonus tersebut, minggu lalu Azmin Ali dilihat cuba melobi didalam DUN kononnya peristiwa perobohan rumah para penduduk di Kampung Subang adalah agenda kerajaan Barisan Nasional.

Pemimpin AMANAH, yang juga timbalan Presiden AMANAH, Saudara Salehudin Ayub mengesahkan pegawai-pegawai yang merobohkan rumah tersebut adalah kakitangan kerajaan negeri, MBSA dan Pejabat Tanah Petaling. Krew Revolusi Habib juga cuba mendapatkan respon para aktivis yang ditahan ketika hari kejadian, kesemua mereka yang ditemubual mengesahkan mereka dipukul, ditahan dan dibelasah oleh kakitangan MBSA.

Menurut Sivarajan, Setiausaha Agung PSM, ketika dalam forum menjelaskan isu tersebut didewan Pak Amjal, dewan milik aktivis lama PAS dan kini dalam AMANAH, menunjukkan surat perobohan yang datang daripada kerajaan negeri dan pihak kerajaan negeri sendiri bercakap dalam telefon kepada Sivarajan, ia semenangnya hasrat kerajaan negeri untuk merobohkan kawasan itu.

Kerajaan Selangor juga dicabar mengulang pendirian diluar dewan dan menyaman mereka yang menuduh kerajaan negeri jika benar kerajaan negeri tidak terlibat dengan arahan perobohan dan pengusiran yang dilakukan itu.

Kerajaan negeri Selangor mempunyai barisan peguam yang handal, sememangnya mereka boleh pada bila-bila masa mampu untuk membersihkan nama mereka di mahkamah jika mereka berada di pihak yang benar. Namun sehingga kini, tidak ada tindakan berani diambil walau nama Azmin disebut secara terbuka didalam media, forum terbuka oleh pemimpin-pemimpin politik ternama.


jelas, pegawai berbaju biru adalah memakai uniform MBSA yang bertindak mengawal perobohan dan mengarahkan jentolak kepada bahagian dirobohkan.

Polis hanya menghantar 2O orang anggota, manakala selebihnya lebih kurang 1OO adalah anggota MBSA. lihat pada uniform mereka. MBSA diarahkan memukul mereka yang melawan, 

wakil penduduk bersama SUA PSM berunding dengan pegawai pejabat tanah dan disaksikan oleh pegawai MBSA beruniform dan pereman. 

masih kata bukan salah kerajaan negeri? 

Azmin, sila saman.