Wednesday, November 8, 2017

mengenali wanita besi, Asiah Abdul Jalil

Dilahirkan dalam tahun 82, daripada belasan jumlah adik beradik, puteri kepada seorang penjawat awam berpangkat tinggi dan guru, iaitu Abdul Jalil dan Hendon, siapa menyangka nama Asiah Abdul Jalil kini dikenali di seluruh Malaysia. 

Seorang penghafaz Al-Quran, menjadi Johan Hafazan Al-Quran dipertandingan hafazan Quran Petronas Malaysia, Asiah tidak kekok dan rangkak mengenali setiap bait ayat dan kalimah didalam Al-Quran. 

Luarannya sahaja pun sudah bertudung labuh, dan memahami bahasa Arab, orang yang tidak mengetahui latarbelakangnya akan semberono memanggil beliau ustazah. 

Namun, sebenarnya Asiah adalah seorang graduan anugerah pelajar dekan undang-undang UITM. 

Krew Revolusi Habib akan memperincikan secara ringkas latarbelakang Asiah supaya kita lebih mengenali tanpa sebarang tohmahan palsu dikeutarakan dalam tulisan-tulisan oleh para blogger upahan PAS dan UMNO. 

Pendidikan Menengah

DItawarkan ke Maahad Muhammadi Perempuan, Asiah memulakan pengajian menengahnya disekolah agama milik kerajaan negeri kelantan itu selepas berjaya merekodkan kejayaan cemerlang dalam pendidikan awalnya. 

Merekodkan anugerah top 3 setiap tahun di maahad tersebut, Asiah adalah antara pelajar terpandai dalam sekolah tersebut yang juga dikenali sebagai sekolah budak-budak pandai. 

Mula menghafaz Al-Quran di maahad ini, Asiah adalah seorang yang arif dalam tajwid, makhraj dan juga mengenai Al-Quran. 

Ustaz-ustaz selebriti, ataupun penceramah murahan, belum tentu mampu menandingi kehebatan Asiah dalam membaca AL-Quran mengikut tartibnya. 

Ijazah Sarjana Muda

Bermula dengan sikapnya yang lantang mengkritik monarki, khususnya ketika penahanan ke atas adik lelaki, Ahmad dan Ali yang merupakan kepala dalam gerakan anarki Malaysia untuk menjatuhkan sistem monarki di Malaysia, Asiah muncul sebagai peguam dalam kamar bagi membela adik-adik lelakinya itu yang dibelasah dan ditahan di penjara. 

(Asiah ketika ditemuramah oleh wartawan-wartawan antarabangsa di Dewan Cina Kuala Lumpur.} 
Krew Revolusi Habib mengenali Asiah sejak beliau di UITM, ketika beliau merupakan mahasiswa tahun akhir di UITM, dalam jurusan perundangan dengan kepujian. 

Semasa di UITM, menurut rekod daripada capaian sistem HEA UITM, Asiah Abdul Jalil mendapat anugerah dekan dalam majoriti semester bermula semester pertama hingga tahun akhirnya. Dalam kesibukannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada hampir 1O orang anak, Asiah berjaya menewaskan mahasiswa-mahasiswa lain dan mendapatkan anugerah dekan dalam semester-semester pengajiannya. 

Ketika itu, krew RH tertarik dengan Asiah Abdul Jalil yang walaupun menikah awal, iaitu ketika berusia belum mencecah 2O tahun, tetapi berjaya mendapatkan keputusan yang maha cemerlang dalam peperiksaan universitinya. 

Lebih mengejutkan, pelajar cemerlang bernama Asiah ini, tidak pernah naik ke pentas konvokesyen bagi mengangkat sembah kepada Naib Canselor ataupun monarki yang bakal menyerahkan skrol ijazahnya itu. 

(Asiah bersama kumpulan LLBnya di tahun terakhir UITM}

Adakah anda percaya bahawa seorang yang berjaya dalam ijazahnya dengan kepujian namun berprotes senyap dengan tidak hadir ke konvokesyennya itu? ya, kami juga tidak percaya sebenarnya hinggalah pada tahun lalu, kami menelefon pejabat HEA UITM dan mengesahkan, nama Asiah sebagai tidak hadir menerima skrol pada hari konvokesyen merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia. 

sungguh anarkis. 

benarlah kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia. 

Ketika penahanan Ali dan Ahmad Abdul Jalil, kita sering nampak selain daripada tetuan Edmund Bon yang diwakili Sin Yew, ada dua orang bertudung labuh yang warak perwatakannya bersama barisan peguam dihadapan media. 

Mereka ialah Asiah Abdul Jalil dan iparnya, Fadillah Ahmad, juga seorang peguam graduan UITM. 
Sudah sah lagi bersuluh, wanita bernama Asiah ini ada dimana-mana sahaja apabila kes melibatkan penentangan ke atas monarki. Beliau akan mempertahankan aktivis anti monarki hingga ke titisan darah terakhirnya. 
(Asiah bersama Maria Chin, Pengerusi Bersih dan Dato Saifuddin ABdullah bekas menteri pengajian tinggi}

Krew RH ingin mengulang kembali masa penangkapan ke atas Benz Ali di Kuala Lumpur dan dibawa ke Perak. Semasa itu, Benz Ali belum dikenali dengan bukunya, beliau dikenali dengan sajaknya sahaja. Apabila beliau ditahan dan dibawa ke Perak, Asiah Abdul Jalil turun dari Kuantan hanya semata-mata untuk melawan perintah reman dan akhirnya membebaskan Benz Ali daripada tuduhan dan dakwaan. 

Benz Ali bebas daripada kes itu dan tidak ada tuduhan. 

adakah anda pernah mendengar mengenai kes Kamal Hisham Jaafar? 
Seorang peguam kanan istana yang melawan monarki. 

Kamal di awal penangkapannya, tidak ada peguam yang berani tampil bercakap untuknya, namun Asiah yang masih merupakan peguam baru ketika itu, menjadi jurucakap, pengkaji kes dan juga melakukan kerja-kerja untuk memastikan pembebasan Kamal walau tidak mendapat habuan yang setimpal malah menerima gangguan pula. 

Polis datang hampir setiap hari ke rumah Asiah untuk mengganggu anak-anak Asiah. Begitu juga dengan orang-orang istana yang cuba mengugut-ugut.

Namun, Asiah tetap cool dan terus melawan. 

Dibelakang Asiah, ternyata mempunyai seorang jejaka yang hebat, yang telah menjadi pilihan hatinya untuk berteman bagi memberi kekuatan. 

Kes-kes hak asasi

Asiah selepas dipanggil untuk Short Call (satu pengiktirafan oleh mahkamah supaya peguam boleh muncul di depan hakim peringkat majistret}, telah banyak mengambil dan melakukan secara probono kes berkaitan pencabulan di maahad-maahad tahfiz. 

Asiah antara aktivis yang memperjuangkan hak pelajar-pelajar tahfiz yang dicabul oleh para guru tahfiz termasuk dalam kes anak kepada Ustaz Kazim Elias yang dilapor sebagai mencabul seorang budak lelaki dan kes masih dalam siasatan polis. 

Menurut Asiah dan kumpulannya, kes-kes sebegini berlaku setiap bulan di pusat-pusat tahfiz namun kebanyakan ibu bapa mahu selesai diluar mahkamah dan kononnya mahu menjaga nama baik sekolah agama dan para ustaz. 

Asiah, walaupun arif dalam bab agama dan graduan sekolah agama, beliau berkeras untuk melawan gejala kurang sihat yang semakin berleluasa di pusat tahfiz hari ini. 

Asiah meneruskan kerja-kerjanya ini walaupun beliau tidak menerima sebarang bayaran untuk melakukan kerja-kerja "gila" ini.

Pendamping kepada Asiah 

Ir Hatta Saadon, seorang jurutera di Petronas, seorang aktivis muda PAS yang aktif di Pahang. Banyak berjasa kepada PAS terutamanya dalam bentuk wang ringgit. Walaupun PAS tidak menghargai jasa dan bakti Hatta, Hatta tetap istiqamah bersama PAS, ditipu siang dan malam oleh PAS serta diganggu pula rumahtangga mereka hingga membawa kepada proses perceraian. 

PAS memerah segala bentuk keringat dan kekayaan Hatta sehingga menimbulkan ketidakpuasan Asiah. Masa, tenaga dan harta Hatta dibazirkan untuk PAS yang tidak pernah menghargai Hatta. 

Apabila krew RH mendapat tahu Hatta Saadon , seorang jurutera PETRONAS ini dalam proses perceraian bersama Asiah, dan dimaklumkan puncanya adalah kerana PAS, jemaah Islam, krew RH terasa sangat kecewa dan sangat mengharapkan mukjizat dan keajaiban disaat akhir. 

Krew RH juga dimaklumkan, ustaz-ustaz PAS dalam peringkat cawangan dan kawasan sedang giat mengusahakan agar perkelahian antara Asiah dan Hatta diteruskan dan disegerakan kononnya demi menjaga nama Islam sehingga sanggup memujuk dan menghasut Hatta yang tidak arif dalam bab agama untuk menjatuhkan hukum murtad kepada isterinya sendiri. 

ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah. Ada banyak rujukan peristiwa dimana PAS memaksa ahlinya menceraikan pasangan atau membiarkan gantung tidak bertali pasangannya supaya jemaah Islam terpelihara. 

Revolusi Habib berharap Asiah dan Hatta dapat terus bersama dalam memperjuangkan hak asasi dan menjadi pendamping antara satu sama lain untuk melawan kezaliman. 

Laknat Allah ke atas parti Islam yang mencerai-beraikan,