Wednesday, November 8, 2017

Pengurus di Bank Negara Dipecat Kerana Pertahan Hak Pekerja

Belum lagi reda dengan isu seorang aktivis pekerja, Zakaria Zambri yang dipecat kerana mempertahan seorang pekerja migran yang parah kemalangan tanpa diberi pampasan oleh majikan, kini timbul lagi satu isu seorang pekerja di bank, dipecat kerana memperjuangkan akta gaji minima dan hari buruh.

Saudari Kogi merupakan seorang pengurus didalam sebuah jabatan di Bank Negara Malaysia. sudah berkhidmat lebih 14 tahun dan mempunyai banyak sijil kepujian semasa tugasnya.

Kogi pada 1 Mei yang lepas telah menghadiri satu himpunan aman meraikan hari buruh di Kuala Lumpur bersama dengan Parti Sosialis Malaysia. Pihak kerajaan telah menghantar seorang mata-mata untuk mengekori Kogi dan menangkap gambar-gambar Kogi di hari perhimpunan. Mata-mata itu kemudiannya menyerahkan gambar itu kepada pihak atasan dan Kogi diberi amaran keras serta kemudiannya dibuang atas alasan menunjukkan sokongan kepada gerakan pekerja dan gerakan Sosialis.

Kogi yang juga seorang peguam dalam kamar, semalam telah memfailkan kes di mahkamah tinggi KL bagi mencabar pemecatan itu. Difahamkan kerajaan agak gelabah semalam dan menghantar pegawai-pegawai mereka untuk mengikuti kes tersebut.

Apa yang dipersoalkan oleh Kogi ialah, kenapa kehidupannya selepas waktu bekerja juga mahu diperhatikan oleh pihak kerajaan sedangkan beliau sorang pekerja yang cemerlang dan menjadi seorang pengurus kerana kecemerlangan beliau dalam urusan kerja di pejabat.

Kogi juga menyatakan, beliau hanya memperjuangkan hak pekerja, gaji minima, waktu kerja 8 jam sehari serta hak-hak lain yang patut dinikmati pekerja khususnya golongan buruh berpendapatan rendah, takkan itu pun dikira satu kesalahan?

Krew Revolusi Habib mengucapkan selamat berjuang untuk Kogi dan semoga mahkamah menganugerahkan kemenangan kepada Kogi agar dikembalikan ke jawatan sama didalam Bank Negara.
Kogi berbaju merah berdiri sebelah Arul PSM. Turut hadir ialah Aiman Atirah ketua wanita Parti Amanah Malaysia.