Wednesday, June 12, 2013

semua parti dalam pakatan tolak

lewat kebelakangan ini, 

setelah rakyat bosan dengan himpunan,

maka berkoalisi lah gabungan NGO pro pakatan dan pro kepada perjuangan rakyat

untuk membentuk satu jawatankuasa 

bagi mendesak supaya hari angkat sumpah ahli parlimen diboikot

ya, memang lah sebagai tanda protes

namun, cuba kita fikir,

kalau diboikot majlis angkat sumpah tu,

adakah ahli parlimen boleh mendapat elaun-elaun nya yang akan menjadi sumber untuk membantu rakyat di kawasannya?

kerana ahli parlimen pakatan tidak ada sumber lain untuk mendanai rakyat kawasan mereka melainkan elaun ahli parlimen yang 13 ribu ringgit sebulan itu

jika  ahli parlimen memboikot angkat sumpah,

gaji kakitangan pejabatnya mahu dicekau dari mana?

proses  pemberian elaun itu hanya berjalan apabila ahli parlimen angkat sumpah dan mula duduk dalam dewan bukan?

tapi yang paling penting sekali...

bagaimana YB-YB kita nak bantu rakyat dari segi bantuan kewangan jika tidak ada sumber pendapatan itu.

saya hanya melontar, tapi tuan-tuan tolong jawabkan.


kali ini kamu tembak, kami tak berganjak. kami berlagak.