Tuesday, June 18, 2013

Kisah Amina dan kebebasan anak perempuan dalam Islam

Amina, seorang anak muda keturunan pakistan. Cantik. Lawa. Saya dah tengok mukanya.

Dia bersama keluarganya menetap di US.

Ayahnya berpegang pd islam ortodoks.

Menafikan hak anak perempuan utk memilih jodoh pilihannya sndiri

Ayah amina membawa amina ke pakistan. Kira-kira 3 jam perjalanan dari lapangan terbang

Amina kemudiannya dipaksa kahwin dgn seorang pemuda pakistan

Sebaik tiba, segala persiapan diatur

Tinggal dinikahkan saja

Amina semasa sampai ke pakistan, dia menelefon seorang rakan baiknya di US yg juga org pakistan

Amina mohon pd rakannya agar berbuat sesuatu utknya dan dia dalam keadaan yg amat takut

Di pakistan, di sebuah perkampungan kawasan pengamal Islam yg jumud, hak wanita ternafi.

Mereka boleh dipukul, dipaksa sesuka hati

Rakannya segera memaklumkan kepada satu badan NGO di US semacam SISTERS IN ISLAM

Tapi namanya saya lupa.

NGO itu ada kaitan dengan satu badan yg dilantik kerajaan amerika dan mendapat kerjasama baik agensi keselamatan USA.

Mereka bergegas ke pakistan dan memohon kerjasama polis pakistan untuk membawa aminah pulang memandangkan amina merupakan pemegang kad pengenalan negara US

Amina selamat akhirnya drpd dinikahkan oleh bapanya dgn lelaki yg tidak dikehendakinya.

Ulamak US yg mengulas kes AMINA menjelaskan kpd golongan minoriti muslim kelompok di kawasan tempat tinggal amina di US bahawa usaha kerajaan US itu adalah bertepatan dengan Islam kerana ibu ayah walaupun wajib ditaati namun dalam isu jodoh dan masa depan tuan punya badan, Amina boleh keluar daripada belenggu so called taat itu demi sebuah hubungan yg halal dan suci.

Dalam kontemporari pula, bulan lepas saya melepak di HQ JAIS dgn kawan2 JAIS.

Mereka maklumkan, JAIS juga sudah mulakan langkah membebaskan belenggu jumud dlm perihal jodoh dimana hakim syarie berhak menikahkan pengantin perempuan tanpa persetujuan wali.

Tahniah atas liberalisasi yg dipraktik.

Jodoh kita, masa depan kita, kita yg pilih. Mcm memilih pemimpin negara. Hak kita utk pilih.

Bukan mencari murka, tapi ini hak yg tuhan beri utk setiap manusia.

Oleh itu, wanita, sedari hak kalian!

*utk rekod, kes amina ditulis dalam reader's digest 2012.

~tonton lah oblivion utk pasangan bercinta