Wednesday, July 3, 2013

Mesir, kebangkitan rakyat atau kelemahan parti islam?

Situasi di mesir makin meruncing. Kawan dari mesir maklumkan saya bhw kini tentera dlm proses ambil alih dan telah jatuhnya kerajaan dipimpin mursi.

Ini buat saya terpanggil utk tulis mengenai mesir berdasar apa yg saya tahu dan perbincangan sy dgn kawan2 dari pelbagai fahaman termasuk islamis, sosialis, sekularis dan sebagainya.

Saya merupakan salah seorang pengkagum kpd morsi dan gerakannya ikhwanul muslimin.

Jd, sila jgn anggap kritikan sy sbg celaan, teguran saya pula sbg penghinaan.

Revolusi yg berlaku di mesir, tidak dinafikan ada sumbangannya oleh ikhwan.namun, majoriti yg melancarkan jalan berani mati meredah tentera dan kerajaan hosni dulu adalah terdiri drpd anak2 muda kiri yg sy difahamkan ada berfahaman anarkis.

Kematian seorang demi seorang rakn2 mereka di tangan kerajaan hosni, telah membangkitkan amarah rakyat seluruhnya hasil drpd bantuan facebook yg diguna sbg alat propaganda paling berkesan

Rakyat selepas jatuhnya hosni tidak nampak sosok lain yg lebih layak selain morsi. Penonjolan morsi dlm poltik pilihanraya telah mendapat sokongan ramai dgn cara kempen menggunakan fahaman agama dan sentimen akademik serta agama.

Namun, pemerintahan morsi hanya dilihat rakyat sbg populis semata mata krn hanya beberapa perkara yg morsi kuatkuasakan mengenai rakyat iaitu sbg contoh kuasa polis. Yg lain, hanya sekadar pembaharuan dlm sistem yg berbentuk islamik yg ingin dketengah morsi.

Rakyat yg telah hidup puluhan tahun dibawah kuasa sekular, sudah tentu tidak dpt menerima perubahan mendadak yg cuba dibawa morsi.

Baik. Itu menimbulkan kemarahan golongan yg sekular dan amal cara hidup sosial.

Keduanya, tindakan morsi yg bekerjasama dgn amerika dlm isu syria telah bangkitkan kemarahan blok kiri atau sosialis krn mrk menjatuhkan hosni krn keintiman hosni dgn barat. Namun, keterdepanan morsi sejak isu syria dgn bergabung dgn amerika utk memerangi arab syria, ternyata timbulkan sentimen kemarahan membuak golongan kiri di mesir termasuk parti islam haluan kiri.

Morsi patut tidak lupa bahawa mesir itu pernah didokongi oleh pejuang2 sosialis satu masa dahulu ketika awal ba'ath walaupun kini ba'ath sudah lama hilang arah di mesir dan iraq akibat kemaruk kuasa. Namun, pejuang2 bawahan yg masih berpegang teguh dgn idea kiri, tidak sukakan tindakan morsi yg bekerjasama dgn US.

Ketiga nya, gambar morsi yg bergelak tawa dan bersalam mesra dgn pelbagai pemimpin amerika dan zionis juga telah menimbulkan kemarahan sebilangan kecil anggota2 ikhwan yg masih berpegang teguh dgn idea gerakan islam tulen. Mereka yg terdidik secara terus melalui syuhada-syuhada mesir di zaman perjuangan ikhwan lama dahulu.

Ole itu, morsi kini sudah tidak selamat dikerusi presiden. Namun, andaikata morsi bijak melalui penasihat politiknya, morsi pasti dpt mengubah semua kecelaruan yg sdg berlaku ini dgn melakukan reverse action dlm hal2 utama yg telah beliau putuskan selama ini.

Saya harap, morsi dpt menjadi lebih terbuka dgn tidak tergopoh gapah membawa pembaharuan islam di mesir krn misi utama dlm perjuangan hari ini ialah misi sosialistik iaitu memberi kepentingan kpd masyarakat terlebih dahulu. Itu kunci utk berjaya dlm politik.

Gambar: amerika tekad bantu FSA. Amerika jahat.