Thursday, July 11, 2013

intipati Forum Mesir: kebangkitan Rakyat atau Kelemahan Parti Islam?



Bismillah

tanggal 8 julai jam 8 malam yang lalu,

satu forum mengenai Mesir diadakan. 

membincangkan sama ada kejatuhan ikhwan di Mesir adalah kerana kebangkitan rakyat yang marah ke atas pemerintah atau kerana kelemahan parti islam yang memerintah mesir itu sendiri

Anas Abdul Jalil merupakan seorang pakar ekonomi graduan universiti di UK

beliau menjelaskan tindakan MUrsi yang menyambung sistem ekonomi zaman Husni dengan menandatangani banyak perjanjian ekonomi dgn barat dan eropah 

ini akhirnya membuatkan Mesir terperangkap dengan sistem ekonomi yang semakin memburukkan keadaan hatta lebih teruk dan lebih merudum berbanding zaman Hosni

menurut beliau, sepatutnya Mursi tidak menyambung legasi pemilihan ekonomi pandang ke barat sepertimana yang dilakukan Husni sebelum revolusi awal mesir

apabila rakyat rasa setahun dibawah MUrsi , ekonomi makin mendesak jatuh, mereka makin miskin, maka mereka terpaksa memberanikan diri utk turun ke jalanraya kerana mereka tidak tahan. 

ini bukan pasal mereka sekular, tapi pasal mereka sudah miskin sangat dan tidak tahan dengan kemiskinan, kelaparan dan seumpamanya. ini juga berlaku di indonesia satu masa dahulu apabila rakyat sudah terlalu miskin dan derita, maka tidak lagi dikisahkan mereka turun ke jalanraya hatta beberapa hari asalkan mereka dpt pemerintah yang boleh buat mereka senang semula

wakil daripada IRF pula, sebuah front Islam yang juga merupakan seorang timbalan pendakwaraya, saudara Rizqi Mukhriz, menjelaskan bahawa antara kelemahan MUrsi ialah mungkin kerana beliau terlalu cepat dalam mengumumkan sistem hukum Islam yang ingin dibawa yang boleh kita rumuskan bahawa masyarakat Mesir takut dan bimbang dengan mendengar sistem hukum Islam yang ingin dibawa MUrsi kerana kebanyakan mereka yang berevolusi adalah pro-sekular. 

malah, yang memulakan sendiri revolusi awal mesir ketika menjatuhkan Husni adalah anak2 muda non partisan yang pernah dikutuk ikhwan kerana memilih jalan radikal. anak-anak muda ini tetap menaikkan ikhwan walaupun ikhwan pernah memperlekeh mereka ketika mereka melancarkan revolusi menjatuhkan Husni dulu. 

menurut beliau lagi, sikap pemimpin IKHWAN yang mutakhir, yang suka ambil kesempatan juga telah membuatkan rakyat marah. 

ust wan ji, seorang pengkritik terkenal yg juga mantan ahli dewan ulama PAS selangor, menjelaskan bahawa Mursi perlu mengetengahkan dulu sistem sekular sebelum menegakkan konsep negara Islam. beliau memberi contoh bagaimana PAS membatalkan kempen ke arah negara Islam dan senyap dalam membawa isu hudud kerana dalam konteks situasi dunia hari ini, konsep kebajikan adalah lebih utama. beliau juga beri contoh bagaimana parti Islam di Turki dpt sokongan suara rakyat apabila mengenepikan soal hukum Islam terlebih dahulu dan menekankan kebajikan kepada rakyat sekaligus berjaya membolot undi majoriti. 

Rizqi MUkhriz turut menyentuh isu lebih kurang sama. konsep negara kebajikan adalah lebih prioriti dalam menegakkan negara yang lebih islamik berbanding konsep negara hukum hudud. AKP di turki berjaya dalam membawa imej islam dalam bentuk sistem sekular berbanding ikhwan menurut beliau. 

wan ji juga menyatakan, Mursi juga tidak akan berjaya menjadikan Mesir berjaya selepas revolusi sepertimana Iran kerana rakyat Iran melancarkan revolusi kerana dipimpin oleh ulamanya sendiri dan selepas revolusi ulama yang memimpin manakala rakyat mesir melancarkan revolusi bukan kerana IKhwan, tetapi kerana anak muda yang bangkit atas sikap bencikan kezaliman dan penindasan ke atas rakan mereka. mereka ini semua non-islamik. dan IKhwan naik hanya selepas pilihanraya dan bukan secara revolusi mutlak sebagaimana Iran.  

dari kiri, saya, ust wan ji, rizqi mukhriz, dan anas jalil.