Tuesday, July 9, 2013

faham sambutan ramadhan golongan berbeza fahaman

di serata dunia, ada pelbagai fahaman dalam Islam. 

maksud saya mazhab. 

yang sunni adalah majoriti. 

ada lagi yang lain sbg minoriti yang tak dpt kita nafi kewujudannya

ahmadiyyah

syiah imamiyyah

zaidiyyah

dan lain2 lagi yg maha banyak pecahannya

saya menulis mengenai sambutan oleh dua mazhab utama

sudut sunni dan sudut syiah 

org sunni menyambut ramadhan dengan meramaikan tarawikh. 

tazkirah beberapa minit di pertengahan tarawikh 

dan juga mengejar lailatul qadar di malam2 ganjil. 

bagi syiah pula, mereka sambut ramadhan tanpa tarawikh. 

syiah tidak berpegang pd keharusan bersolat tarawikh kerana mereka berpegang kpd hadis bukhari dan ahmad mungkin mengenai ibadah sunat harus dilakukan di rumah.

bunyi hadis tersebut: " sinarilah rumahmu dengan ibadah sunat, sinarilah rumah allah itu dgn ibadah wajib" 

wallahuaklam. itu yg saya rasa. tapi syiah memang tak da solat tarawikh. 

tapi apa?

tapi...mereka rajin bersolat malam. bulan puasa setiap malam mereka aktifkan dgn pengajian mengenai ramadhan, fiqah, aqidah dan peristiwa2 yg berlaku ke atas nabi dan ahlulbaitnya sepanjang dalam ramadhan. 

setiap malam selama sebulan itu, setiap malam akan ada ulama yang dihantar utk menyampaikan ilmu. 

dan pada jumaat terakhir dlm bulan ramadhan, pengikut Syiah ini akan merayakan hari kesatuan ummah iaitu hari menyantuni dan meraikan kepelbagaian fahaman dimana kempen Sunni-Syiah-Salafi bersatu melawan zionis. setiap jumaat terakhir dalam ramadhan, mereka akan gerakkan ke jalanraya utk berarak ke kedutaan amerika menunjukkan kpd musuh umat Islam bersatu lawan Zionis dan objektifnya adalah utk membebaskan bumi yg dijanjikan Tuhan sbg "centre" perjuangan islam, iaitu Palestin. 

apapun, dalam ramadhan yang mulia ini, marilah kita mulakan nafas baru. bukan sahaja sekadar berhenti merokok. malah, berhenti daripada perbalahan sesama umat. isu mazhab perlu disedari bahawa ia adalah agenda israel utk musnahkan kekuatan satu padu umat islam. 

saya jemput, saudara saudari membaca kenyataan terbaru persatuan ulama al-azhar semalam mengenai isu mazhab. 

SHEIKH DR AHMAD THOYYIB : saya bapa syiah dan sunni (klik)

beliau mengaku beliau sbg bapak syiah. harap ustaz nazmi karim dan DR MAZA tak kafirkan dia. 

seruan ulama agung syiah. jumaat terakhir ramadhan setiap tahun. 

selamat berpuasa. tenang. jangan marah-marah. kita semua mendokong pluralisme agama.