Friday, July 12, 2013

TPPA: PAS,PSM sepakat menolak bulat-bulat. PKR,DAP terima.

secara tidak rasminya, semalam saya dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS PUSAT, Dr Rosly Yaakob yang juga merupakan mantan pakar ekonomi bank negara, yg mewakili PAS dalam isu perjanjian tran pasifik (TPPA) ini, telah menyatakan bahawa PAS berpendirian utk menolak penuh TPPA kerana terlalu banyak keburukan.

pendapat sama ini turut dikeluarkan secara rasmi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM).

TPPA adalah satu perjanjian yang boleh saya ringkaskan sebagai satu bentuk penjajahan barat ke atas ekonomi negara kita dimana apabila perjanjian ini telah ditandatangani, rakyat negara yang menyetujui TPPA ini akan menjadi mangsa kepada kerakusan penguasa ekonomi dunia, khususnya Amerika.

golongan pekerja akan dinafikan pembelaan untuk menuntut kenaikan gaji, mahupun bonus, malah perlembagaan negara juga berpotensi untuk dirombak dimana hak keistimewaan kaum-kaum tertentu akan dinafikan dan terbatal.

turut mengalami kemusnahan, industri tempatan dalam negara. projek-projek akan dibida oleh syarikat-syarikat besar antarabangsa sahaja yang datang dari luar negara.

hak tanah rizab, tanah bumiputera, semuanya akan ternafi dengan berlakukan TPPA.

namun, PKR,DAP dan BN masih memberi muka kepada pelamar perjanjian ini iaitu Amerika.

semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) , saudara NIzam menjelaskan , Barack Obama menggesa supaya Malaysia menyegerakan menandatangani TPPA.

kita amat berharap agar kerajaan Malaysia terus menolak tanpa perlu sebarang perbincangan dengan Amerika kerana masa depan rakyat lebih penting berbanding poket kroni.

Barack Obama melampau apabila mendesak negara-negara Asia utk menyetujui TPPA mengikut kehendak Amerika!

(klik pada gambar utk paparan lebih jelas)




bersama Dr rosly yaakob, AJK PAS pusat, merangkap pakar ekonomi PAS. 

pesan Khomeini.