Saturday, July 27, 2013

The Pluralism Project: satu projek mendendangkan keharmonian

ramai yg sudah dengar istilah pluralisme. 

yang tolong dan bantu mempopularkan istilah PLURALISME ini adalah pertubuhan ISMA. 

ISMA banyak bantu dalam mempromosi isu ini. 

walaupun apa yang dipromosinya itu adalah negatif, namun, setidaknya ramai yg sudah dengar dan tidak janggal lagi. memudahkan lagi usaha kami sekumpulan dari dalam dan luar negara utk bawa istilah ini ke dalam negara. 

hari ini, setelah berminggu saya tidak tulis dalam blog kerana sibuk dgn tugasan baru dalam sebuah parti, saya nak maklumkan mengenai sedikit permulaan akan isu pluralisme yang semakin mengembang ini 

macam biasa, ramai golongan yang tidak mahu mengkaji dan membuka mindanya, akan terus menolak pluralisme. 

walaupun kita mendakwa, bahawa baginda nabi sendiri amal pluralisme ketika sohifah madinah, namun, macam biasa, dalam dunia ini khususnya ustad-ustad melayu dan arab, akan jadi lebih hebat daripada nabi. 

zaman nabi, nabi tidak mengkafirkan orang itu dan ini, tapi zaman kini, ustad-ustad yang baru dpt title doktor sikit dah berani mengkafirkan orang sesuka hati. 

sebab itu, saya tidak pernah percaya ustad-ustad dari kaum majoriti. mereka langsung berpemikiran sempit. 

dalam usaha saya sementara bermuqaddimah mengenai pluralisme ini, saya telah berjumpa rambang dengan beberapa orang yang idealis dan saya bertanya akan pluralisme ini. 

antaranya ialah,

Ustaz Wan Ji (mantan ahli majlis dewan ulama PAS selangor)

Peguam Razlan (peguam kepada Datuk Seri Anwar) 

Abdullah Ismail (Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia)

Amanda (Malaysian Catholic Student Society) 

Manivannan Gowindasamy ( Member of Parliament)

dan beberapa orang lagi dari pelbagai kumpulan

seterusnya, petang ini, saya akan catatkan beberapa orang penting yg bergerak dan berjuang utk menggerakkan kempen dan agenda ini. 

sebelum saya "khalas", saya nak tegaskan bahawa agenda Pluralisme adalah jauh lebih baik daripada "interfaith dialogue". dan saya tidak nafikan usaha "interfaith dialogue" di universiti-universiti adalah selangkah ke arah PLURALISME. tahniah UIAM yang banyak menganjurkan program sebegini.