Sunday, June 2, 2013

kenapa turki memberontak hari ini?

selepas tuan tuan tonton video dipapar dibawah ni, tuan-tuan akan terkedu. 

sebuah kerajaan Islam bernama AKP 

dikepalai beberapa pemimpin yang acah acah parti islam

yang berjabat dengan israel

yg berjabat dengan setiausaha agung amerika syarikat

bertindak ganas seolah olah mereka kerajaan Barisan Nasional. 

sebab itu, saya tak pernah yakin kalau negara diperintah oleh parti Islam


mula-mula cakap nak perintah guna hukum allah

tapi lepas tu, hukum Allah jadi bapak dia punya hukum

siapa tak mau ikut cakap, terus dibelasah. tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan

di malaysia juga., 

parti islam suka buat fitnah

siapa tak sekepala dengan mereka, akan dicop sehabis-habisnya

syiah, sekular, sesat, kafir semua jadi mainan mulut mereka sahaja seolah mereka tuhan

hanya kerana kita tak nak ikut mereka bersama. 

ini perangai parti islam seluruh dunia

bukan sekadar turki. 


kerjasama dua hala israel turki membangkitkan kemarahan golongan kiri di turki

hubungan yang berkesinambungan turki israel menimbulkan bantahan kaum pekerja


sosok yang dibanggai golongan kiri turki


video keganasan polis turki israel


rakyat dan anak muda kepalai demo lawan kerajaan turki


rakyat turki bangkit melawan kerajaannya yang diterajui parti islam itu adalah kerana bukan mereka tidak suka pada Islam. 

rakyat turki bangkit melawan kerajaannya itu kerana parti pemerintah gagal tunjuk sikap sebenar pemerintahan islam

Islam bawa keadilan. islam bawa demokrasi. Islam bawa kebebasan bersuara. Islam bawa kepentingan rakyat dan ummah. Islam bawa kesejahteraan. Islam melawan penindasan Israel. 

Turki, apa jadi?

peninggalan tradisi dimusnah.

suara rakyat akar umbi dibakul sampah

kebebasan rakyat berbeza agama diceroboh dengan menafikan amalan dan gaya hidup mereka. 

saya terpaksa tabik pd kerajaan kelantan. 

org kafir dibenar minum arak walau pemerintah berserban. 

inilah Islam ajar. jgn nafikan kebebasan berlainan agama. 

berita pasal turki mari baca disini: