Friday, November 9, 2012

Anakku dinama Sukayna

Tragedi karbala meninggalkan memoir luka dan duka buat mereka yang prihatin dan cinta soal ahlulbait nabi.

Tragedi keguguran anakku juga meninggalkan memoir luka dan duka buat ayah yg masih muda,

Biar pun belum sempat dia melihat apa itu dunia, tapi sebaiknya Allah telah pilihnya utk bawa ku dan isteri ke syurga

Sempena pemergiannya yang tanpa dosa, maka boleh la aku memanggilnya insan maksum,

Tanpa dosa bukan?

Dan namakannya sempena nama insan syahid karbala anakanda puteri kpd sayyidul syuhada saidina hussein bin ali bin abi thalib.

SUKAYNA

Nama yang pasti jarang didengari buat mereka yang bencikan fakta kemaksuman ahlulbait nabi

Sukayna

Insan yang remaja berjuang mempertahan hak nendanya baginda nabi saw yg diturunkan kepada ayahandanya saidina ali.

Apakan daya, penguasa raja bernama yazid yg terkenal dgn kezaliman dgn menggunapakai nama ISLAM, memanggil bunuh keturunan nabi ini lantas gugur syahid sukayna bersama seluruh familinya di karbala.

Diseksa, didera di atas padan pasir

Sukayna, adalah kebanggaan saya sejak saya "kenal" namanya dan peribadinya mulia itu.

CARAVAN OF PRIDE sebuah cerita yg menarik berlandas sirah dan fakta keturunan nabi itu.

Jenguk2 lah movie islamik ini bagaimana menceritakan keturunan nabi berjuang utk menuntut keadilan drpd pemerintah ISLAM yg kejam zamannya.

Ini adalah makam sukayna di syria.

Gambar anak sy, biarlah menjadi tatapan sy dan isteri shj. Krn kesuciannya amat kami cinta. Moga Allah pelihara