Monday, November 5, 2012

Menulis untuk hilang sedih

Kebanyakan pengalaman bukan takat habis utk dicerita mulut. Adakalanya dihabis dengan tulis.

Bila saya maklumkan mengenai berita sedih dicabut ajal anak saya yg 4 bulan dlm kndungan itu serta pendarahan serius yg berlaku ke atas isteri sy, berpusu kawan2 tak kira agama dan mazhab mengucapkan takziah. Baik syiah, baik sunni, baik ethist, baik kafir, semuanya ucap takziah dan iringkan doa.

Tapi saya pelik, ada beberapa insan yang kononnya menentang kesesatan syiah, tapi sibuk mengutuk kematian anak saya. Konon dalam fb dan twitter mahu membawa ajaran ahlulsunnah, tp terus mengherdik peristiwa malang ini.

Sebab itu, kita perlu berhati hati atas mereka yang guna title mahu lawan kesesatan, tapi tak faham apa itu ajaran imam syafie. Even, akhlak imam syafie dan nabi muhammad pun dia gagal paham.

Bila saya teliti, rupanya mereka yg bawa agenda mahu lawan kesesatan ini semuanya dibayar umno ataupun puak yang menentang gabungan PAS, DAP, PKR.

Hanya krn itu,mereka menggunakan modal mahu lawan kesesatan syiah sedangkan syiah itu kalau kafir sekalipun, pasti tidak akan berjaya gugat kedaulatan islam krn islam kan agama yg dijamin. Pihak ekstremis kristian yg cuba buat quran palsu pun gagal hancurkan dakwah islam, takkanlah dgn syiah yg kecil dan jauh lebih lemah berbanding besarnya jumlah kristian inipun kita nak takut? Kalau benar lah kalian percaya islam itu agama yg djamin.:-)

Lepas ini sy x akan percaya lg kata2 puak yg menuduh syiah itu sesat krn akhlak mrk berhadapan dgn org yg ditimpa musibah amat lah mengecewakan kita sbg umat islam dan pengamal sunnah nabi.

Jannah sekarang berada di wad 2b, hospital putrajaya. Sedang menunggu proses mengeluarkan bayi dlm kndungan. Moga Allah hilangkn sakitnya dan kurniakn nikmatnya. Amen ilahi.