Wednesday, November 21, 2012

mubaligh wahabi bernama Khalid berdakwah kepada Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat

Dr Asri pernah bersabda, PAS diresapi Syiah. khususnya dewan ulama nya. 

sebab itu hari2 DR ASRI kasi balun sama PAS. 

isu doakan UMNO K.O pun Dr Asri sudah naik angin kerana katanya itu tak ada adab. 

yang beradab hanyalah mendoakan kekafiran kepada syiah. hahaha


pi lantak la. bukan dia pun yang bayar aku gaji. 

hari ini aku nak cerita pasal hasil sembang aku dengan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

kak Aiman Athirah al Jundi namanya

seorang graduan USM dalam sains politik

membesar dalam keluarga kristian

tapi dia boleh masuk PAS

malam tadi...selepas dia beri penerangan dalam satu majlis di Klang, kami pun duk sembang dalam sebuah markaz PAS lantas mengupas isu2 politik massa

apa yang menarik ialah, beliau tidak suka cara sesetengah pemimpin PAS yang menyekat kebangkitan dan kebebasan bersuara anak muda

keduanya ialah, beliau tegaskan, banyak pemimpin PAS, PKR dan DAP sekarang terlalu demand untuk berceramah dengan crowd yang grand dan tak mau turun ceramah2 kelompok serta ceramah2 kampung. 

betul. ini realiti. aku pernah contact seorang pemimpin PKR yang korang tak akan sangka kalau tengok muka dia tu, tapi demand kalau nak dia cramah, pastikan ada crowd dan sila ikut prosedur dengan hubungi orang itu dan ini kemudian pergi refer pada perhubungan negeri dan bla bla bla. 

langsung, aku tak mau panggil dia ceramah. kalau kalah, lagi aku gelak. memang aku harap biarlah dia kalah dan UMNO pun kalah tapi BEBAS menang kat kawasan dia tu kat KL. 

untuk pengetahuan... AIman Athirah ini adalah individu yang hangat diperkatakan semasa muktamar hari tu selepas dia menyindir dewan ulamak yang minta haji hadi jadi PM. 

berkenaan dengan pegangan dan mazhab, dah banyak pemimpin PAS yang akademia dpt menerima kepelbagaian ini termasuk sis Aiman. 

yang lalu, aku pernah nyatakan sembang aku dengan Ustaz Abd Ghani Samsudin dewan ulamak PAS yg juga presiden Majlis Ulama Asia semasa aku di PJ dan di Alor Star. 

aku harap golongan2 serupa ini perlu lebih banyak dilahirkan dalam PAS agar projek kerjasama dalam PR dan kepelbagaian dalam idea bercambah

orang2 pandai mcm ini perlulah kita hargai. agar tidak ada golongan yang kononnya berpenampilan ulamak tapi mahukan kerjasama dengan UMNO mcm yang didedahkan ABU NAWAS

doa aku (tak kira la apa agama aku) agar sis Aiman menang di Sabah lawan Rais Yatim. 

Sis Aiman Atirah Al Jundi - Ketua Penerangan Muslimat PAS pusat

"aku Islam Hussein, bukan Islam Muawiyyah" - Assyahid Ibrahim Libya
pemimpin PAS Kedah tahun 80-an

Abu Nawas tampar Mat Sabu kerana Mat Sabu syiah, Abu Nawas wahabi. 

hanya Khalid saja yang mazhab Syafie dalam dunia ini. 

Abu Syafiq mazhab Syafiqi. bukan Syafie. hahaha