Sunday, September 16, 2012

terus liberal, seislamik negara teluk parsi

kesibukan bekerja, hanya Allah sahaja yang tahu. sejak mengurus kempen Pakatan Rakyat di Perak ini, terasa bagaimana lah peritnya usaha dan duka lara mehnah tribulasi. syukur, rakyat pasir salak menghargai diri ini. 

16 september yang orang lain menghabiskan masanya untuk bercuti, menikmati saat lapang dan indah bersama keluarga, rumah terbuka dan ada pun pasangan yang belum berkahwin, mereka boleh berdating dan menonton wayang bersama. 

aku pula menghabiskan masa dalam kereta, pusat khidmat dan juga program untuk mahasiswa dan anak muda. 

matlamat untuk menggerakkan satu gerakan yang liberal tanpa didokongi mana-mana kefahaman sempit mengenai perjuangan. tanpa mengikat pemikiran penggerak gerakan dengan ideologi agama atau kumpulan. 

bukan mudah. 

untuk menggerak dan menyebar ideologi fahaman kumpulan islamis adalah mudah.

mampu melahirkan ribuan penyokong dengan menggunakan 1 nama iaitu "islamik". 

namun, tidak bergunalah itu semua untuk gerakan andai hanya nama sahaja tetapi gerakan nya dibaculi dengan rasa yang pendam dan takut untuk menyatakan kebenaran dan penentangan kepada pihak yang dalam barisan yang sama. 

sebab itu, aku cuba menjadikan KAMI sebuah kumpulan yang LIBERAL. 

membebaskan diri daripada pelbagai ideologi yang mengikat. bermakna, tidak salah berideologi, tetapi jangan mengikat kepada gerakan. 

dalam KAMI, ada india dan ada cina dan ada melayu jua. 

yang india berminum arak, yang cina membuka aurat dan yang melayu boleh terus kekal dengan gaya hidup seorang muslim yang baik. 

saling menghormati amalan kita. 

apakah masa depan kita semua andai...

- Malaysia menjadi sebuah negara yang seperti Arab Saudi
hukuman hudud ke atas pesalah yang miskin. 
pesalah yang kaya boleh terlepas dengan membayar duit. 
yang miskin papa mencuri pun dipotong tangan. 
terpaksa mencuri kerana miskin. 
maka berlawan lah dengan sabda nabi bahawa yang miskin tak perlu dipotong tangan kerana mencuri. 

andai yang melaksana hukum hudud itu adalah ekstremis
andai yang melaksana hukum hudud itu adalah yang degilist
andai yg melaksana hukum hudud itu purbabist

maka habislah terseksa sekalian umat kerana hudud dan negatiflah ISLAM di mata rakyat

biarlah yang melaksana hudud seterbukanya Ahmadinejad
biarlah yang melaksana hudud itu sedetailist khamenei, 
biarlah yang melaksana hudud itu semengkajinya khomeini, 

insha allah, hudud berjalan dengan adil dan tidak ada seorang yang terlepas kerana kaya, dan tidak ada seorang pun yang dihukum kerana mencuri dek kemiskinan. 

semoga Allah selamatkan. 

tidak akan dihukum hudud jika PAS memerintah kerana dia anak sultan. 

rugget dan seksi. anak muda teruna di Iran yang begitu open minded mengaji di tepi-tepi masjid. fenomena yang tidak akan anda lihat di negara lain.

persidangan fikah Islamiah di Perak minggu lalu. ramai mahasiswa terpukau dengan kecerdikan dan keterbukaan pemimpin spiritualis Iran, seorang bertaraf ayatullah. ribuan hadir. 

anak perempuan Imad Moughneh(syahid lubnan) ketika ulangtahun mengingati palestin

lambang perpaduan. dari mengkritik, kini mencintai. semoga Allah jadikan kita dan mereka dua golongan yang berpaksi kepada syahadah, melaksana dengan adil dan sejahtera. 

salam muhasabah